Chapter 7 - Meronda Sakan Dengan Kereta Vintage (La Oss Gjøre Det Igjen)

420 20 20
                                    

ACHTUNG

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya

•••♦◄♥►♦•••

Mak aih, dah masuk chapter  tujuh pun. Lajunya aku naik papan selaju sambil karang citer 'Fjord' ni, ekk? Mungkin gak citer ni akan tamat dulu berbanding citer-citer aku yang lain tu. Hmm, siapa tau, kan? Aku tengah bermood happy  sekarang ni sebab 'Fjord' mudah & seronok nak dikarang. Harap korang terima seadanya, kay? Layan je.

•••♦◄♥►♦•••

"Hmm, on second thought, Sven. Aku rasa kau kena rehat kejap lepas crit tadi. Aku tau, kau mungkin rasa tak bermaya dan hilang mood, kan? Tak ape, aku boleh tunggu," Edin membuat cadangan sambil dia memadamkan lampu utama. Kini yang tinggal cuma samar-samar cahaya kekuningan dari lampu tidur.

"Betul ke ni? Kau tak kisah? Aku okey je, tak ade arr hilang mood  pun. Malah makin bersemangat je ni, tak sabar pun ade," balas Sven. "Kami bebudak jantan Norway memang lasak dan cepat sangap.. ha ha."

"Pergh.. riaknya kau. Okey, kalau dah kau kata cam tu, cuci arr aku sekarang."

Tersengih Sven mendengar permintaan yang amat ditunggu-tunggunya sejak kali pertama mereka berjumpa dan berkenalan tempoh hari. 

"Pucuk dicita, ulam mendatang. Ready or not, sekarang gak Sven nak terkam.. ha ha."


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Edin terjaga jam lapan dua puluh tiga pagi tatkala cahaya mentari menyuluh matanya. Dia melihat Sven masih lagi lena dengan dengkuran kecil kedengaran. Kedinginan pagi membuatkan dia rasa malas untuk bangun. Apatah lagi untuk mandi membersihkan diri.

Dia menarik semula selimut lalu berbaring rapat ke tubuh budak mat salih itu. Terimbau peristiwa malam tadi yang merupakan satu pengalaman baru baginya. Masih terasa betapa indahnya apa yang mereka berdua lakukan.

Sekarang, hatinya berbunga seronok dan terasa amat nyaman. Tidak seperti sewaktu dia mula-mula menjejakkan kaki ke negara ini. Hidupnya kian bersinar bak pagi yang diterangi cahaya mentari. 

Tak dapat hendak digambarkan kegembiraannya tatkala bangun pagi ini. Jiwanya rasa lapang dan keinginan untuk menempuh hari-hari mendatang di pulau asing ini terbina kukuh dalam dirinya. 

• fj𝑜rd •Where stories live. Discover now