Chapter 2 - Saling Berkenalan Dalam Bilik Tidur Di Loteng (Han Blir Kysset!)

416 19 22
                                    

ACHTUNG

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya

•••♦◄♥►♦•••

Eh, seronok plak karang citer 'Fjord' ni. So, aku pun kayuh laju & dapat arr publish chapter  2 ni dalam masa empat hari je. Hebat kan aku? Layan je untuk hiburan korang. Ops, citer 'JMJ' & 'AIK' akan tetap ade update, cuma masa & feedback  dari korang yang akan menentukannya.. hee.

Wajah untuk watak Edin bertukar ganti lagi. Dah enam kali pun sebab susah nak cari wajah yang sesuai ngan watak utama tu. Mungkin akan ade perubahan lagi lepas ni.. hee.

Lagu country  kat atas tu memang menggambarkan suasana keindahan lanskap di kawasan negara empat musim. Sungguh mengasyikkan sekali. Terbuai-buai perasaan.. hmm.

•••♦◄♥►♦•••

 "Hah, ape yang dok tercegat lagi tu, Sven? Mari le duduk dan makan sama. Puan Ayari buat sandwic salmon kegemaran kau ni," Puan Haugen menegur dan mempelawa anaknya menyertai mereka.

Lambat-lambat Sven menapak ke arah meja besar di ruang makan tersebut lalu melabuhkan punggung segarnya di bangku kosong setentang dengan Edin.

Encik Haugen memperkenalkan anak remajanya itu kepada Encik Mukhtar serta Edin.

"Dia ni lasak dan aktif sangat, tak lekat di rumah, sentiasa je dengan dua kawan baiknya tu, si Niklas dan Vicki. Tambah pulak sekarang ni musim panas, merayau je. Dia orang ade team  bola sendiri yang disertai bebudak kampung ni. Kalau Edin minat main bola, boleh le join  sama nanti," terang Encik Haugen, bangga seraya memandang Edin.

Edin cuma mampu menundukkan kepala, segan hendak menatap wajah lelaki tersebut.

"Edin ni pemalu sikit budaknya, terutama dengan orang asing yang baru dia jumpak," sampuk Encik Mukhtar sambil mengusap-usap kepala anaknya itu.

"Ah, awal-awal ni mungkin dia malu. Nanti bila dah lama kat sini tentu dia pun ikut sama perangai macam si Sven. Merayau ke sana sini, bila balik rumah bau hapak dan masam je," balas Puan Haugen.

Sven buat muka geram dan tak setuju dengan kata-kata emaknya yang memalukan dirinya itu. 

"Lepas makan nanti bawak Edin naik dan tunjukkan bilik dia, ye?" pesan Encik Haugen seraya memandang tepat ke arah anaknya.

Sven mengangguk sambil mencapai cawan teh.

"Banyak benar barang-barang yang Encik Mukhtar bawak dari Malaysia tu. Berkotak-kotak dan berat jugak. Kalau tak jadi keberatan, boleh saya tau ape isinya?" dengan penuh sopan Henrik Olsen bertanya kerana dia terlibat sepenuhnya dalam memindahkan barangan tersebut.

"Oh, maafkan saya kalau barang itu berat dan bagi masalah kat awak, Henrik," balas Encik Mukhtar lalu menghirup kopi dengan penuh nikmat.

"Eh, tak ade le masalah sangat. Lagipun, tak payah le saya pegi gym  dua tiga hari ni.. ha ha ha."

Kata-kata lelaki kekar itu membuatkan semua yang ada turut sama ketawa.

"Sebenarnya, selain dari barangan peribadi saya dan Edin, ade jugak saya bawak buah tangan dan hadiah untuk semua yang ade di sini, termasuk le Pak Raustam dan isteri sekali," terang Encik Mukhtar.

• fj𝑜rd •Where stories live. Discover now