ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
Mak aih, makin mengganas aku dengan kelajuan yang menakjubkan, The Flash pun boleh kalah.. hee. Baru tiga hari lepas aku publish chapter 3, sekarang dah publish chapter baru. Hmm, aku seronok karang citer ni, sebab suka watak-watak di dalamnya. Rasa bebas & boleh buat ape je yang aku suka. Harap korang pun enjoy bace karya aku ni, ekk? Tak le panjang sangat, kira sederhana je dalam julat prestasi aku.. hee.
Kat 'Wajah-Wajah Fjord' tu ade aku tempelkan beberapa wajah untuk watak-watak baru. Cer korang pegi tengok & mula berimaginasi.
Sorry sebab 'JMJ' & 'AIK' terpaksa berehat sekejap sebab mood belum mari. Layan je ape yang ade. Thanks!
•••♦◄♥►♦•••
Edin dan Sven sampai di banglo sekitar jam tiga setengah petang. Mereka agak kelaparan kerana sejak pagi hanya menjamah buah-buahan saja.
"Sven, makan kat rumah aku, ekk? Entah ape yang Makcik Hameeda masak, tapi dijamin sedap," ajak Edin tatkala mereka menyimpan basikal di garaj.
"Pergh.. anak bos ajak makan. Siapa boleh tolak kalau makan free? Okey, jom," balas Sven, teruja dan tak sabar kerana dia arif benar akan hasil masakan wanita Tunisia itu.
"Makcik masak ape tengah hari ni?" tanya Edin manja kepada tukang masak mereka yang sedang duduk mengait di sofa di ruang tamu.
"Tengah hari? Sekarang dah petang pun, Edin. Ke mana le korang pergi merayau sampai sekarang baru balik?" balas wanita gempal itu, namun dalam nada mesra.
"Ala, kami pegi ronda-ronda tengok keindahan kampung ni. Saya ralit sampai terlupa nak balik. Lagipun, kat Norway sekarang ni siang lebih panjang dari malam. So, kira baru pukul sebelas pagi arr," jawab Edin.
Sven di sebelahnya terangguk-angguk bak flamingo, menyokong penjelasan kawannya itu.
"Hmm, jom ke dapur. Makcik akan panaskan nasi lemak sambal ikan trout dan salad Norway untuk korang. Jus ceri pun ade."
YOU ARE READING
• fj𝑜rd •
Teen FictionSesuatu telah muncul, tanpa amaran. Ia merayap, merangkak, melompat & berjalan keluar dari laut dingin. Mengganggu-gugat kedamaian kampung di sebuah pulau yang indah permai. Sebuah fiksyen remaja yang dikisar & dibumbui dengan misteri, petualangan...