Prolog

39 4 0
                                    

Suasana sepi di ruang tamu pecah apabila Nurul mula bersuara kembali.

   "Nurul tetap dengan pendirian Nurul! Nurul nak pergi sambung belajar dekat Jepun. Noktah! Apa yang Baba takut sangat Nurul nak pergi belajar jauh-jauh ni?! Nurul dah besar Baba, tahu lah nak jaga diri sendiri. Sampai bila nak duduk bawah ketiak Baba dengan Ummi je?!"

   "Nurul Ain! Mulut tu... Mulut tu jaga ea. Biadap punya anak," Encik Ghazali mula hilang sabar dengan perangai anak sulungnya.

   "Ummi... Come on lah, tak akan Ummi diam je dari tadi? Ummi pun tahukan apa Nurul nak? Please Ummi cakap dengan baba. Please!"

Puan Fatimah yang dari tadi membisu dipandang dengan penuh harapan.

   "Baba, look... Nurul memang minat dengan negara kepulauan tu. It's my dream," mohon gadis itu sekali lagi.

Gadis yang tak pernah kenal erti putus asa lebih-lebih lagi dalam perkara yang menjadi impiannya sejak dia mula memasuki Tingkatan 6 untuk mengambil STPM kerana sijil itu amat berharga.

Apabila situasi begini terjadi, rasa hasil usahanya bagai 'mencurahkan air ke daun keladi' sahaja. Apa gunanya kalau dapat pointer tinggi dan dapat tawaran belajar di luar negara tetapi mentah-mentah ditolak begitu sahaja untuk taat perintah ayah sendiri, bukan?

Mata hooded encik Ghazali yang memiliki warna hazel itu dipandang tajam oleh gadis yang memiliki mata thin almond berwarna hazel. Dah tiada rasa gentar dalam diri gadis melayu berdarah Malabari itu seperti dahulu.

   "Nurul tetap dengan keputusan Nurul, Baba... Sampai bila Nurul nak terkongkong dengan Baba je? Penat tahu tak?!" Suaranya naik seoktaf.

Tanpa tunggu lama, gadis itu melangkah laju ke biliknya. Malas mahu melayan karenah bapanya. Sudahlah penat dari bekerja belum hilang lagi, ditambah pula masalah di rumah. Haih lah penat begini.

Keluhan berat dilepaskan.


   "Nurul... Bukalah pintu ni. Jom makan, Ummi ada masakkan ayam masak lemak. Nurul sukakan?" Kata puan Fatimah cuba ceriakan suasana.

Suara Ummi yang menerpa gegendang telinganya mengejutkan dia dari terlelap disejadah. Amboi terlelap? Tahu-tahu dah Isyak!

Pintu bilik dikuak sedikit oleh Nurul dan segaris senyuman diberi buat Ummi tercinta.

   "Okay, ummi. Jap ya, bagi Nurul kemas ni sikit," Kata gadis itu sambil ukir senyuman.

   "Nurul... Nurul nangis ke ni?" Tanya Puan Fatimah apabila melihat mata anak sulungnya itu sembam.

   "Janganlah macam ni sayang Ummi. Ummi faham apa yang awak nak. Ummi nak tengok awak capai cita-cita awak. Fasal baba tu..."

Puan Fatimah helah nafas panjang.

   "Ummi cuba cakap dengan dia okay...?"

Mata Nurul membutang.  Dia salah dengar ke ni?!

   "W-wait... Betul ke ni Ummi!? Ummi jangan main-main lah!" Suaranya keriangan.

   "Betul..." Balas puan Fatimah sambil menghusap bahu anak sulungnya.

'Yay score!'

   "Oh, my Ummi! Love yaa!"

   "Ha haa! Sebagai balasan... Esok awak cutikan? Jom, teman Ummi gi paso beli ikan, okay?" Puan Fatimah tergelak kecil.

   "P-pasar?!" berfikir sejenak. "Huh... Okay. Anything for my Ummi terchinta!" Balas Nurul sambil kenyit mata.

**********

Keesokkan hari...

Selepas membawa puan Fatimah ke pasar, Nurul memandu kereta untuk pulang ke rumah.

   "Anak Ummi ni memandu kereta ke termenung?"

   "Eh. Memandu ni lah Ummi, aaa kenapa?" Belakang tengkuknya dihusap.

   "Ummi tengok muka tu mencuka je, sama je dengan Baba awak tu. Muka asyik mencuka aje. Cool aje mukanya." Respon puan Fatimah.

   "Ek?" Muka Nurul membahang.

   "Ohh, mesti anak Ummi ni dah ada apa tu? Boyfriend?" Puan Fatimah gelak besar.

   "Eh mana ada Ummi!" Hampir nak terkulai Nurul mendengar kata-kata Umminya.  Cepat-cepat dia megemaskan kembali kedudukannya di tempat duduk kereta.

   "Hahaha. Yelah... Yelah... Ummi gurau je..."

   "Ya Ummi, Nurul tahu Ummi gurau." Genggaman tangan di stering kereta dikemaskan.

   "Nurul... Mana kawan awak yang awak jumpa masa tingkatan 6 tu?"

Ah sudah, ni mesti Ummi nak bukak cerita fasal mamat tu ni, bisik hatiku.

Mati aku. Kaku. Tak tahu nak karang isi apa untuk diucap kepada Umminya.

Puan Fatimah pandang anak sulungnya itu lama. Tahu sudah dia bahawa anak gadisnya itu kurang selesa dengan soalan yang diajukan sejak lelaki yang muncul dalam hidup anak gadisnya itu hilang bergitu sahaja tanpa khabar 1tahun yang lalu.

Puan Fatimah mengambil keputusan untuk menukar tajuk perbualan.

   "Sebenarnyakan..." Ayat puan Fatimah tergantung menyebabkan Nurul menoleh kearah ibunya sejenak. Gadis itu diam dan hanya menunggu ibunya melanjutkan ayatnya.

   "Sebenarnya, masa yang Nurul cakap Nurul tak nak kahwin masa tu, Ummi rasa macam... Tah lah ek. Macam sedih pun ada. Ummi teringin juga nak tengok anak Ummi kahwin dan Ummi dapat cucu."

Suasana dalam kereta menjadi sunyi seketika.

   "Haha, dah lah jangan fikir fasal tu lah... ok? Awak tumpukan kat awak punya pelajaran dan cita-cita."

Nurul angguk tetapi dalam satu masa fikirannya melayang ke tempat lain.

Aku sakitkan hati Ummi ke?

   "You know Ummi. In my opinion, married is suck. Banyak benda nak kena hadap and I take it macam menyusahkan tau..." Nurul bersuara setelah lama mendiam.

   "Astgfirullah, apa cakap macam tu Nurul? Tak baik tau." Balas Ummi.

   "Huh... Yeah. Tahu. Tapi still tak nak lah. Nak enjoy luu! Lagi best!" Balas Nurul ceria sambil mata di jalan raya.

   "Lek lah Ummi. Nurul tak kahwin, adik ada. Hahaha! Nanti Ummi paw lah dia 10 cucu!" Sambungnya memecahkan suasana sunyi.

Lega sedikit apabila dia lihat umminya tersenyum.

   "Ummi..."

   "Ya sayang...?" Sahut puan Fatimah lembut.

   "Um- Nurul sakitkan perasaan Ummi ke? Sepuluh jari Nurul angkat Nurul tak ada niat pun nak sakitkan hati Ummi dengan ayat macam tu..."

Kata gadis itu sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke sisi kepalanya.

   "Eh! Engko boleh lepas dua-dua tangan masa memandu! Eh budak bertuah ni." Kata puan Fatimah yang sudah kecut perut dengan tindakkan anak sulungnya melepaskan genggaman dari stering kereta itu.

   "Hahaha! Relek lah Ummi!" Nurul gelak kecil.

   "Relek jadah mu!" Sebuah buku lima hinggap di kepala gadis itu.

GelapWhere stories live. Discover now