"Dengan ini saya, Tun Khalid bin Tun Jamaluddin, melancarkan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Laksamana 20XX."
Ya, hari ini merupakan hari angerah kecemerlangan buat semua pelajar bermula dari tingkatan satu hingga enam. Tingkatan enam batch aku dah tamat persekolahan lima bulan lepas. Bulan ini dapat keputusan STPM dan hari ini baru cikgu-cikgu panggil kami semua kembali untuk mengambil sijil serta hadiah. Siapa je tak suka dapat kumpul balik ramai-ramai betul tak? Aku lah kot. Tapi suka sikit lah dapat reunited balik ramai-ramai macam renuion.
Aku dengan pantas ambil tempat duduk bersebelahan dengan Teah. Belum habis tarik nafas panjang selepas selepas duduk, Teah dah menyiku lenganku. Aku pandang dia sambil mengerutkan dahi dan kening.
"Asal kau lambat? Borak nak datang pukul sembilan lebih pastu breakfast kat kedai depan tu," ungkitnya sambil pandang aku tak puas hati.
Aku hanya tayang pandangan biasa padanya. Sabar. Bagi aku bernafas dulu. Aku ni sudahlah berlari dari pagar utama hingga ke dewan besar sekolah ni. Dari hujung ke hujung. Dengan tak sempat sentuh sarapan lagi. Ummi dah pelawa untuk bungkuskan aku bekal pagi tadi, tapi aku tolak. Dah lambat sangat.
Belum sempat aku jawab soalan Teah, aku rasa ada jari mencuit bahu kiriku. Aku toleh terus sahaja pipi kiriku ditarik kuat. Mengadu kecil aku sampai tergerak sedikit kerusi yang aku duduk. Siapa lagi kalau suka mencubit seperti tangan ketam ni, Adriana lah. Mahu je aku campak ke laut perempuan ni.
"Amboi Cik Nurul Ain, bukan main lambat. Asal lambat sampai setengah jam? Majlis mula pukul sepuluh pagi sekarang dah sepuluh tiga puluh pagi," dia picit-picit pipiku sebelum lepaskannya sambil tersenyum kecil. Aku pula kini yang bagi dia pandangan tak puas hati serta geram.
"Terlajak tidur," jawabku ringkas sambil pandang kehadapan semula. Harap menjawablah bagi soalan kedua-dua pihak. Upss, bukan dua orang yang nak tahu, ada lagi beberapa mata dan telinga yang turut terpasang.
"Tak apalah Ain, janji kau selamat sampai betul tak?" Kata Syaqilla sambil membongkokkan badannya sedikit untuk pandang aku yang duduk selang dua kerusi daripadanya.
Ddian, yang duduk di antara Syaqilla dan Teah hanya mengangguk tanda setuju. Perkara biasa sahaja baginya melihat sahabatnya ini lambat. Tetapi tak pernah pula dia nampak selambat ini.
"Ain, tengok tu Cikgu Juhana dah pandang-pandang kau," kata Adriana dengan nada suara perlahan, tapi aku boleh dengar dengan jelas. Aku hanya menjelingkan anak mataku sekilas pandang.
Glupp!
Ya! Cikgu aku dah bagi pandangan maut. Hanya tunggu bila-bila masa je untuk membaham. Tiba-tiba sahaja rasa butir-butir peluh jatuh walhal dewan itu tidaklah panas sangat.
**********
"Asal kau lambat?" Soal Ddian.
"Aku... Terlajak tidur, haha..." Jawabku sambil menghirup air lemon honey yang baru sahaja sampai setelah dipesan beberapa minit lalu.
Usai selesai majlis di sekolah tadi, Ddian, Teah dan aku ambil keputusan untuk melepak dikedai baharu tepi sungai. Dahaga, lapar serta penat. Penat bergambar dan melayan guru-guru yang asyik bertanya khabar kami.
Itu belum kira aku menerima pukulan manja oleh Cikgu Juhana sebab dia nampak aku lambat. Alasan yang aku bagi selepas dia minta pula lagi menambahkan bebelannya kepadaku. Tapi tak apa, jujur sahajalah. Aku tahu dia hanya marah-marah manja. Tiada gunanya dia nak marah lebih-lebih. Aku pun dah jadi bekas pelajarnya.
Aku hanya bersetuju untuk ikut mereka selepas aku mungkir janji pagi tadi.
"Kau nampak macam tak cukup tidur lah Ain. Kau okay tak ni? Mata kau nampak sembam. Dark circles kau jangan cakap lah." Tanya Teah selepas nampak respon aku seperti acuh tidak acuh. Tahu benar mereka muka aku ni nampak kusut bagai penuh dengan pelbagai masalah.
Aku terdiam. Selepas menyedut seteguk air, aku helah nafas panjang.
YOU ARE READING
Gelap
RomanceAlangkah gembiranya apabila gadis berdarah kacukkan Melayu Malabari itu dapat menyambung ijazah ke luar negara. Walaupun bapanya kurang berpuas hati dengan impian anak sulungnya itu, tetapi dia termakan juga pujukkan anak dan isterinya. Hidupnya be...