BaB 2

23 4 1
                                    

Nurul melangkah menuju ke kelasnya untuk berehat seketika daripada berlatih bola tampar. Selesa berehat di dalam kelas ini. Sejuk. Maklumlah ada aircon baharu.

Sampai sahaja di hadapan pintu kelas, laju sahaja tangannya menguak pintu utama kelas untuk masuk ke dalam.


Terasa seluruh tubuh badannya bagaikan tidak berfungsi lagi apabila melihat figura jejaka tempoh hari sedang berdiri bersama-sama dengan rakan lelaki sekelas gadis itu.

Apa dia buat dekat kelas aku ni?!

   "Ehem. Um- Hi... hehe," tegur Han dengan nada riang tetapi masih mengekalkan raut wajah seperti biasa. Langkah Han diatur ke arah gadis yang tinggi paras bahunya.

Nurul hanya berdiri di tempatnya tanpa sebarang pergerakkan dan respon. Kaki rasa baru habis ditukul dengan paku.

   "Sorry, tak bagi tahu nak datang kelas kau. Almaklumlah saya ni tiada nombor adinda..." Kata Han perlahan sambil membongkokkan sedikit badannya supaya perbualan itu hanya didengari oleh mereka berdua sahaja.

Apabila Zuhan melihat gadis itu mula berkerut dahi, terus ketawanya meledak sehingga mengambil perhatian beberapa pelajar perempuan yang lain. Mulalah segelintir daripada mereka berbisik antara satu sama lain.

   "Kau nak apa siak dari aku?!" Tanya Nurul rimas.

Wajah Zuhan hanya kekal seperti biasa. Sejuk beku. Tiada reaksi.

Langkah lelaki itu diatur menuju ke luar kelas sambil memegang hujung baju gadis di hadapannya itu. Ruang kelas dalam suasana dingin dan penuh dengan mulut longkang buat diri jejaka yang bersifat begitu kurang senang untuk menyesuaikan suasana. Tambahan pula dia mahukan suasana yang peribadi untuk dia bersembang dengan gadis dihadapannya ini. Bukan dia tidak tahu dan tidak dengar apa yang dikatakan oleh segelintir golongan wanita di dalam kelas itu. Menyampah.

Kening sebelah kanan aku jungkit menandakan sejuta tanda tanya terhadap jejaka di hadapan ini.

Wajah sama ditayangkan oleh Han.

"Apa?" Sepatah ayat dikeluarkan dari mulutnya.

"Apa kau tanya?" Jawab Nurul binggung. Dah panas hati ni. Ish geram.

   "Kau yang tarik aku keluar sini kan? Macam ada masalah dunia yang tak selesai nak ajak bincang je!" Sambungnya sambil mata dihamburkan ke tempat lain.

Segaris senyuman Zuhan bentuk. Pandai kau buat aku selesa dengan kau, kan?

   "Kita ni pernah jumpa ke?" Soal Han.

Huh? Apa mamat mengarut ni? Jumpa? Dekat mana? Last aku jumpa dia masa berhentam dengan dia dekat depan pondok tu lah kan.

   "Tak," jawab Nurul sepatah.

Riak muka Zuhan membeku kembali. Seram pula tengok.

Ah sudah. Makin serabut kepala aku dibuatnya. Sudahlah penat berlatih tadi belum hilang. Tambah pula masalah dihadapannya ini. Tolong aku Ya tuhan!

   "Eh. Apa nama kau?" Tanya Nurul.

   "Kayd-"

   "Haa ya! Kayder," belum sempat Han menghabiskan kata, Nurul sudah mencelah.

   "Tolong jangan nak mengrandom ke apa ea dekat sini. Aku punya penat pun tak lepas lagi. Tambah pula dengan kau yang nak ber-puzzle dengan aku ni. Rimas." Sambungnya.

Senyuman nipis Zuhan tayang.

   "Please don't call me by my first name. Only someone special can call me by my first."

Nurul sudah membahang. Malu! Tapi ada geram juga.

Nampak muka gadis itu berubah rona, Han tergelak kecil. Perwatakkan Nurul sedikit sebanyak berjaya menarik perhatian lelaki yang bersifat dingin dan tidak suka bercampur dengan orang lain.

Perempuan yang berdiri dihadapan Zuhan ini, berbeza.


   "Sudah. Aku tak ada masa dengan benda-benda macam ni. Aku nak rehat," Jawap Nurul sambil berpeluk tubuh.

   "Baguslah kau ni." Han bersuara setelah beberapa detik mendiam.

   "Huh? Bagus datang mana pula?"

   "Tak ada apa." Han senyum sinis.

Heh. Nurul buka langkah masuk ke pintu kelas. Syukur rasanya bila tindak tanduknya tidak dihalang lelaki itu.


Belum sempat panas punggungnya di atas kerusi, dua orang sahabat karibnya masuk ke kelas.

   "Weh! Mamat tu lah yang aku kata dia hensem tu! Asal dia berbual dengan kau tadi?! Kau kenal dia ke?! Macam mana korang boleh kenal?" Tanya Teah bagai tiada noktah.

Huh... Keluhan berat dilepaskan sebelum bersedia menjawap soalan rakannya itu. Aku dah agak Teah, Ddian serta rakannya yang di meja barisan belakang turut mahu mendengar jawapanku.

   "Tak tahu," respon Nurul sambil angkat bahu.

   "Engkau kan. Punya banyak soalan aku, kau jawab tak tahu je!"

Boleh nampak Teah mula hilang sabar. Ddian di sebelahnya hanya tergelak kecil. Faham sangat dia akan dua orang rakannya ini, seorang banyak mulut seorang lagi hanya menjadi pendengar dan seorang lagi menjadi penyedap suaranya. Tetapi bila mereka berbertiga ni di hinggap wabak penyakit gila, mahu saja bagai muka bumi ini mereka yang punya. Hadeh.

   "Nantilah aku cerita," jawab Nurul bersahaja.

Ddian dan Teah saling berpandangan.


**********


Lonceng berbunyi menandandakan waktu persekolahan sudah tamat.

Langkah Nurul laju diatur ke arah pacuan empat roda miliknya.

Semasa aku buka pintu dan masuk kedalam perut kereta, Han turut sama melakukan perkara itu.

Terjerit kecil aku bila jejaka itu masuk ke dalam kereta tanpa sebarang amaran. Nasib masih bernyawa lagi laki tu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mencucuk mata laki itu dengan kunci kereta yang dia pegang. Sesak nafas dibuatnya!

   "Astgfirullah! Apa kau ni?" Nurul melepaskan amarah.

   "Apa? Aku naik kereta kau la ni. Nak tumpang. Aku tunjuk arah, kau ikut je, cun?" Respon Han selamba.

Beberapa kali aku mengucap. Tahan marah. Buang tebiat apa dia ni?

   "Tak nak lah aku! Entah mana-mana je nanti kau nak bawa aku. Aku dengan kau ni pun kenal tak sangat. Tahu asal usul kau pun tidak! Entah dari keturunan Skrull ke apa."

   "Uish! Macam mana kau tahu?! Alamak! Hebatnya adinda ni. Habis kantoi sudah identiti aku." Han saja melawak.

   "Keluar..." Arah Nurul sepatah.

   "Malaslah. Panas."

   "Aku kata keluar!" Suara aku mula meninggi. Ini bukan hilang sabar. Ini dah tak tahu apa itu sabar.

Aku ketap gigi kuat hingga menampakkan rahangku bergerak.

Han hanya senyum sinis melihat tindak tanduk aku.

   "Bukak aircon laa. Panas la." Laju tangan lelaki itu menekan punat yang ada di hadapannya.

   "Suka hati kau je main tekan-tekan dekat kereta aku ni."

   "Panas," jawab Han bersahaja.



Selepas beberapa saat mendiam, Han bersuara Kembali.

   "Aku nak kawan dengan kau, Nurul..."

Terbatuk-batuk gadis itu dibuatnya. Apa yang cliché sangat lelaki ni.

   "Aku nak jaga kau..." Han senyum sambil pandang ke bawah. Kemudian, pandangannya dilontarkan ke arah tingkap.

Tanpa kata lain, Han keluar dari pacuan empat roda aku kemudian menghilang dalam kesesakkan ramai.

Aku terpaku.

GelapWhere stories live. Discover now