BaB 5

18 2 2
                                    

   "Berapa kau bagi rating cerita tu?"

   "Hurmm, kalau over ten aku bagi 6.9/10."

   "Ek eleh... Bagi je lah 7/10 terus."

   "Cis!  Biarlah tu pendapat aku."  Ddian mencebik.  Pandangannya di buang kearah bertentangan dari Teah.

   "Kau Ain, pada kau okay tak cerita tu?"  Soal Teah kepadanya seletah lama dia mendiam.

   "Tah lah.  Biasa je bagi aku..."

   "Tu jelah jawapan kau bila orang tanya, biasa jee, biasa je."  Teah juling mata keatas.

Aku tergelah kecil sebelum menyambung, "Bolehlah.  Plot twist cerita tu tak berapa twist bagi aku.  Tapi aku pasti mesti ada sambungan dari cerita tu nanti.  Kita tengok je lah macam mana nanti.  Overall, aku bagi 6.8/10,"  terang aku bagi memuaskan hatinya.

Sedang berjalan sambil melihat butik serta kedai-kedai berdekatan, mata aku tertangkap figura asing beberapa meter dari tempat aku berdiri.  Aku yakin dia sedang melihat kearah ku walaupun pandangan aku tidak beberapa jelas.  Badannya dihadang oleh dinding.

   "Tunggu sini jap,"  aku pesan pada Ddian serta Teah sambil meletakkan beberapa bag kertas disisi mereka.

   "Woi!  Kau nak pegi mana?"

Soalan Teah tergantung di angin.  Terus aku buka langkah untuk mendekati sosok asing itu.  Berani?  Memang berani.  Tetapi keringat di tubuh badanku sudah membasahi walaupun dalam pusat membeli belah ini sejuk belaka.

Seakan-akan sedar kehadiran Nurul,  sosok asing itu mula mengundur.  Belum sempat aku buka langkah seribu, figura tadi sudah lenyap ditelah lif.

Punat lif yang terletak di dinding aku tekan berkali-kali mengharapkan ia bakal terbuka.  Tetapi tidak.  Aku ambil keputusan untuk guna tangga kecemasan.

Baru sahaja aku pulas tombol untuk meloloskan diri, dua rakanku sudah berdiri tercungap-cungap dibelakangku.

   "Kau ni gila ke apa?  Kau kejar siapa tu? Perompak?"

   "Tak lah, tapi orang tu macam perhatikan kita.  Tu yang aku-"

   "Kau gila nak tunjuk hero kat sini?  Kalau jadi apa-apa tadi macam mana?  Jangan macam-macam weh!  Toppen ni besar.  Biarkan je la mamat tu,"  kata Teah panjang lebar.  Jelas kelihatan mukanya merah tanda marah dan penat mengejar aku.

Aku helah nafas panjang sebelum mengeluarkan kata-kata keji di antara nafasku.

   "Yelah, yelah.  Dah jom balik,"  ajakku sambil bergerak menuju ke lif dan menekat punat disitu.



**********



Aku tatap skrin telefon bimbit.  Kemudian letakkan kembali diatas meja bersebelahan dengan katil.

Nafas aku tarik panjang sebelum dilepaskan secara kasar.  Wajaĥku aku raup kasar sebelum aku garu kepala yang tidak gatal.

Sudah jam 1:37 pagi.  Tapi mata aku tak terasa berat untuk tidur.  Pelbagai arah aku pusing untuk dapatkan keselesan. Tetapi sama sahaja.  Badan aku dah letih tetapi otak tidak mahu hantar isyarat untuk tidur.

   "Insomnia ke ni?"  Teka aku sendiri dalam diam.  Cepat-cepat aku pejam mata rapat dan geleng kepala laju.  Moga dijauhkan!

Tetapi, kalau sudah hampir setiap hari bergini, mana tidak aku berprasangka buruk.

Kejadian petang tadi asyik aku ulang pita.  Siapa yang dia mahu?  Aku? Ddian?  Ataupun Teah?  Soalan sama aku putar balik.  

Aku ambil keputusan untuk berhenti memikirkan hal itu.  Sabar.  Baharu sekali je aku dapat tangkap, kalau selepas ni perkara sama berulang. Aku tak teragak-agak nak ambil tindakan sendiri!

Aku ambil kembali telefon bimbit kembali.  Tekan permainan video yang aku gemar main jika aku bosan.  Tetapi kali ni, aku tiada selera langsung mahu main.  Akhirnya aku tutup kembali.  Jari aku laju menekan galeri.  Setelah beberapa saat mencari gambar yang aku inginkan, aku berhenti.  Gambar yang satu-satunya aku simpan.  Kenangan?  Ya, kenangan aku dan dia.

   "Mana kau, Kayder?  Ramai tanya fasal kau.  Kawan-kawan aku... Ummi pun bukan main lagi rindu kau."

Senafas keluhan aku lepaskan lagi.  Skrin telefon bertukar menjadi gelap, aku letak kembali diatas meja.  Tangan kananku aku rehatkan atas dahi.

Dia hilang tanpa khabar.  Aku yang terasa berat dengan kehilangan dia.

Kenapa dunia aku rasa gelap selepas kehilangan dia?  Aku rindu?  Atau, menyesal?

Soalan-soalan tu bermain-main dalam fikiran aku.Aku pejam mata rapat.


Penglihatan aku kembali gelap sepenuhnya.  Aku perlu rehat.  Tidur.  Aku tahu kalau aku tidur,  mimpi yang sama akan menghantui aku lagi.  Tapi aku dah tak boleh tahan.  Aku nak shut down buat seketika.

GelapWhere stories live. Discover now