BaB 6

9 3 4
                                    

   "Douma arigatou gozaimasu!" (Terima kasih) Ucap Nurul pada pemandu teksi separuh abadnya.  Pemandu teksi tersebut balas dengan senyuman serta mengangguk setelah menerima duit daripada Nurul.

 Langit senja di tatap seketika sebelum melangkah menuju ke rumah sewanya.

 Sengaja balik naik teksi sebab malas nak berjalan.  Tambahan pula hari ini kelas sampai petang dan dia tidak bekerja. Walaupun yang penat otak tapi kaki automatik rasa penat juga, haha!

   "Tadaima!" (Saya pulang!) Laung Nurul sambil memasuki ke dalam rumah kecil tetapi sudah cukup selesa buatnya serta dua orang kawannya, Sofia dan Mi-Rai.

Nurul dan Sofia sudah saling mengenali antara satu masa lain semasa di sekolah rendah tetapi terpisah ketika di alam sekolah menengah.  Aku bertemu dengan Sofia ketika aku ingin mengurusan urusan sambung belajar di bank.  Kiranya terserempak dengannya.  Kami ambil keputusan untuk keluar minum di restoran berdekatan untuk berbual-bual, tak sangka dia pun berlajar di tempat yang sama denganku.  Elok juga kalau bincang dengannya tentang tempat tinggal dan sebagainya.  Tidaklah nanti aku bergerak solo di tempat orang, sekurang-kurangnya ada teman seorang.  Sekarang sudah hampir 3 tahun kami bersama.  Tambah pula seorang rakan daripada Jepun, Mi-Rai Shinozikazawao.

Kawan daripada sini juga penting, sebab ini negara asal diakan.  Jadi lagi mudah urusan dalam pelbagai aspek.  Mi-Rai pula sangat baik dan banyak bantu kami dengan sabar.

Syukur.



   "Okaerinasai! Ogenkidesuka?" (Selamat pulang! Awak apa khabar?) Sahut Mi Rai.

   "Daijōbudesu..." (Saya baik-baik sahaja...) Jawab Nurul sepatah.  Kasutnya disusun dengan rapi di dalam rak.

   "Um- I'm going to sleep," kata Nurul sambil melangkah ke biliknya. Otot-ototnya sudah lemah.

Mi Rai jungkit kening,  "Tidur?  Tapi. Makan malam sudah siap saya masak." Jawabnya dengan bahasa Melayu pelat.  Mi-Rai letak senduk kemudian datang kearah aku.

Makan malam kali ini boleh dikatakan makanan survive untuk students macam kami,  ramen homemade...

Sesungguhnya, aku jujur aku dah bosan dengan makanan di sini.  Rasa bagai mahu balik Malaysia kemudian duduk bawah lengan ummi sambil menangis minta dia masakkan aku nasi lemak sambal sotong combo dengan teh tarik!  Sudah pasti dua pinggan tak cukup.

Tapi nak buat macam mana?  Kena hadap juga betul tak?  Pernah juga aku beli roti canai segera dan buat sambal sendiri.  Tetapi kalau setiap minggu hendak keluarkan 500 hingga 600 Yen memang jawapan aku tidaklah.

   "Aku makan nanti.  Awak makan dulu dengan Sofia," kataku lembut kepadanya.

Selepas aku masuk dan letak bag galas di atas lantai.  Laju badan aku lemparkan badan ke atas katil.  Penat.  Penat.  Penat.  Aku memerlukan tidur seketika...


Laju aku berlari daripada dicekup beberapa orang lelaki yang aku tidak kenali.  Keringat membasahi tubuhku.  Sesekali aku hampir tersandung disebabkan pakaianku,  cepat-cepat aku tarik sedikit ke atas dan terus berlari.

Nafas aku terkapai-kapai.  Sudah kali keberapa aku hanya berlari dan berada di lorong yang sama, lorong yang gelap dan hanya disinari dengan cahaya bulan penuh.

Bukk...

Aku tongkat badan menggunakan kedua-dua belah tangan.  Baju aku basah sedikit kerana badanku jatuh di dalam lopak air. Aku pegang siku kanan yang sedikit sakit.  Mata aku membutang.

Darah!?

Lopak ni dipenuhi dengan darah!  Aku toleh belakang, mencari sosok beberapa lelaki yang mengejar aku tadi.  Tetapi, kosong.  Baju aku yang berwarna putih dan kini berubah menjadi warna merah aku tatap seketika sebelum aku cuba untuk bangun.  Entah mengapa, kaki dan lutut terasa berat untuk menyokong aku.

   "Nurul..."

Mata aku membutang.  Mendengar suara itu,  aku terdiam,  Suara lelaki itu lembut, bagaikan risau dengan keadaan aku.  Suara ni...

Belum sempat aku mendongak,  kedua-dua tangan kekar jejaka tersebut sudah mengengam lenganku dan menarik tubuhku ke atas.  Kemeja putih miliknya pun mempunyai darah serta luka.  Dia selamatkan aku?

Aku dengar nafasnya kasar.  Tangannya masih dia gengam erat dilenganku.  Tetapi aku dapat rasakan yang keadaanya semakin lemah.

Aku mendongak ke atas, mencari mukanya, aku mahu tatap matanya.  Tetapi pandangan aku kabur, aku tersadar yang aku menangis selepas dia letakkan telapak tangan kasarnya di pipi kiri aku sambil ibu jarinya hapuskan air mata yang jatuh.  Jari dia berlegar-legar seketika di pipi aku.

   "Fragile... Don't cry,"  suara maskulin dia bagaikan bisikan ditelingaku.  Aku cuba sedaya upaya untuk fokus supaya dapat pandang muka dia.  Tetapi sama.  Kabur.

   "Everything's gonna be fine, Nurul...

Suara jejaka tersebut semakin mendayu.  Kemudian suasana malam yang diterangi cahaya bulan itu bertukar menjadi hitam.  Gelap.  Hanya tinggal aku dan dia...



   "Ain...  Ain!  Wake-up!"

Tubuh aku digoncang dengan kuat.  Aku cepat-cepat bangun dari posisi baring.  Nafas dan jantung aku laju, dahi aku pun sudah dibasahi peluh.  Aku tarik nafas panjang untuk tenangkan diri.

   "Sorry."  Tangan aku genggam selimut erat sehingga buku jari aku bertukar pucat.

   "Awak okey?  Awak tidur tetapi nafas awak laju dan awak menangis.  Awak mimpi ke?"

Aku angguk sekali menjawap persoalan Mi-Rai.  Jelas terpancar kerisauan dimukanya.  Tangan mulusnya menghusap pipi dan dahiku.

   "Ya.  Jangan risau."  Aku gengam tangannya lembut,  tolak kesisinya perlahan-lahan.

   "Tulah, lain kali jangan tidur masa nak dekat magrib."

Aku berpaling kepada pemilik suara itu.  Segaris senyuman kelat terukir di bibir setelah nampak Sofia sedang bersandar di tulang pintu.  Nada suaranya bagaikan memperli,  tetapi tak tahu kenapa aku bagai tidak kisah dengan perkara tersebut.

   "Penat,"  jawab aku sepatah sambil lihat dia berlalu pergi.

Mi-Rai helas nafas pendek,  "Saya rasa awak tak sihat.  Awak rehat lah tapi pergi mandi dulu supaya badan awak segar."

   "Okey, Mi-Rai,"  aku bangun dan menapak ke bilik.

Minda aku masih sesak dengan mimpi tadi.  Mimpi perkara yang sama.  Hampir 4 tahun aku mimpi perkara yang berulang.

Ingatkan lepas datang ke Jepun untuk belajar sambil melancong, aku tak akan dihantui oleh mimpi yang sama, rupanya tidak.

Otak aku bermain dengan seribu persoalan.  Petanda buruk ke?  Atau hanya mainan tidur syaitan?

Aku helah nafas panjang.  Hanya mampu berdoa dan berserah kepada-Nya agar Dia melindungi aku dari sebarang perkara buruk atau bencana.

Tak lupa juga dengan pesanan ummi dan baba untuk baca surah-surah dengan tujuan melindungi diri daripada kesusahan, musuh serta muslihat jahat dan mulakan dengan bismillah setiap kali nak memulakan sesuatu perkara.  Ummi selalu kata dia akan sentiasa selitkan nama aku dalam setiap doakan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GelapWhere stories live. Discover now