BaB 1

36 4 2
                                    

1 tahun yang lalu...

Gelanggang bola tampar dipenuhi dengan penyokong dari dalam dan luar sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana.

Sorakkan yang mengegarkan suasana pada siang hari.


Nafas laju. Jantung berdegup kencang dan peluh membasahi diri aku.

Badan dibongkokkan sedikit sementara menunggu pihak lawan menghantarkan bola kepada pasukkannya.

Satu lompatan dan pukulan kuat diberi oleh ketua pasukan bola tampar itu. Suasana terasa sunyi sepi seketika. Apa yang aku nampak hanyalah pemandangan yang luas dari atas jaring. Mencari ruang kosong untuk menghentam bola ke simen gelanggang.


Pprriittt


"Yayy!!!" Jeritan pelajar sekolah kuat menghentam gegendang telingaku.

"Yayy! Nice spike Ain," kata salah seorang ahli pasukannya.

Ya Allah, dah menang ke ni? Bingung. Papan tanda kiraan dipandang lama.

Alhamdulillah!

"Korang memang nice lah geng! Tahniah!"  Kataku sambil bersalaman dengan ahli kumpulan.

Selepas sesi bersalaman dengan pihak lawan, Nurul berlari keluar untuk mendapatkan ummi dan babanya.


Tiba-tiba...


Bamm!

Terduduk Nurul selepas terlanggar figrura lelaki yang tinggi lampai dihadapannya itu. Sudahlah badan kehabisan tenaga selepas berperang dalam court. Mananya tidak longlai badannya selepas terlanggar figura seperti tiang lampu ini. Tetapi lelaki itu seperti tiada apa-apa respon.

"Aduhh..." Adunya perlahan. Tangannya membersihkan batu-batu yang terlekat di telapak tangan kirinya.

"Kau okay tak? Sorry," kata lelaki itu santai.

Selepas Nurul bangun dengan sendiri, muka lelaki dihadapannya dipandang lama. Marah. Berbeza pula dengan jejaka dihadapannya ini, hanya menayangkan muka tanpa perasaan.

Mata helang lelaki itu bertikam dengan mata thin almond nya.

Terus saja dia berpaling ke tempat lain, takut pula bertentanggan mata dengan lelaki bergini.

Figura itu terus berlalu pergi tanpa sebarang kata. Pelik dibuatnya gadis itu. Kenapa tiba-tiba air muka lelaki tu berubah lepas bertentangan muka dengan aku?

Dia hanya biarkan sahaja jejaka itu pergi, malas mahu panjangkan cerita. Itulah, siapa suruh lari-lari, kan dah berhentam dengan orang. Untung sajalah lelaki itu tidak naik angin haha.

**********

"Geng! Aku dah habis game ni. Jom lepak kantin! Aku nak minum neslo aa. Korang dua nak air apa? No worries, it on me hehe,"  kata Nurul kepada dua orang rakannya, Ddian dan Teah.

"Jom!" Jawab mereka serentak.

Ceh, bab gini laju je makhluk dua ni.


"Weh, ada sorang budak ni hensem do! Tapi dia atas kita lah, dah sem 3." Teah buka cerita.

"Uishh serius laa! Mana-mana?" Tanya Ddian keriangan. Kepalanya diangkat untuk melihat sekelilingnya.

"Eh engkau ni aku hempuk karang. Macam lah dia tu nak ada dekat-dekat sini je 24 jam. Dia kat depan tu laa dengan member-member dia," jawab Teah.

"Ah alaa kau, nak emo pulak. Aku tahu lah!" Balas Ddian.

"Mula dah budak dua orang ni," bisik Nurul perlahan sambil mendagu. Layankan sahaja mereka, kalau ada popcorn best juga ni haha.

"Emm maksudnya, kita 19 dia 20 lah ya?" Tanyaku bersahaja.

"Yelah. Dah tu kau ingat ada budak yang form 6 umur 21 ke 22 ke?" Jawap Teah.

"Eh kau ni Teah, nak emo pula. Nurul tanya baik-baik tu." Ddian bersuara terhadap cara rakannya memberikan respon.


Sedang mereka minum sambil bercerita sehingga mereka rasakan dunia ini hanya ada mereka bertiga sahaja, Teah mengajak mereka untuk ke tandas tetapi Nurul mengambil keputusan untuk tinggal di kantin sahaja kerana kepenatan.

"Nurul?" Suara garau menegurnya dari belakang. Asing sungguh suara ni.

Tak sempat dia hendak menoleh kebelakang untuk mencari pemilik suara itu, lelaki tadi sudah duduk di hadapannya.

Membutang mata Nurul apabila lelaki yang dihadapannya ini lelaki yang dia langgar tadi.

Mati aaa aku! Dia nak marah aku ke sebab langgar dia tadi? Aduu malunya! Apa aku nak buat ni? Okay-okay... Act cool, act cool, act cool Nurul Ain. Bisik hatinya yang sedang meronta-ronta.

Mukanya yang baru sahaja hilang kemerah-merahan akibat penat dan panas kembali membahang dan merah. Jantungnya laju, fikirannya bercelaru dengan pelbagai ayat yang disusun untuk dituturkan kepada lelaki itu jika dia ditunding salah dalam hal yang berlaku tadi.

"Relax..." Kata lelaki itu. Mungkin jelas kelihatan pada dia yang aku ni nampak gelabah.

"Aku tak marah kau pun fasal apa yang jadi tadi, aku kot yang kena minta maaf sebab tak nampak kau masa tu. Kenit sangat." Sambung dia. Terdengar dia mendesis kecil dihujung.

Hamboi mamat ni. Nak kena spike ke kepala tu.

Terkebil-kebil seketika gadis itu.

"Kayder Zuhan."

Nurul tayang muka pelik.

"Huh?"

"Miss, that's my name, Kayder Zuhan. People call me Han."

Oh, nama dia rupanya, ingatkan mengrandom apa tadi mamat ni. Bisik Nurul dalam hati.

"Oh okay, um- Nice to meet you..." Jawab gadis itu janggal. Tidak tahu nak respon apa sebenarnya.

"Cik Nurul tak mahu memperkenalkan diri ke? Walaupun saya sudah mengetahui nama yang diberi buat Cik Nurul." Kata Han sambil buat muka mengoda.

Setara dengan itu, Nurul terus berdoa di dalam hati supaya diberi kesabaran daripada memberikan buku lima kepada lelaki dihadapannya ini.

"Nurul Ain and people call me Ain. Please don't call me by my first name. Only someone special can call me by my first." Terang gadis itu.

Han mendagu sambil tersengih. Tapi, auranya lain macam bila dia tersengih.

"Tahu dah nama awak, tak payah nak introduce dah..." Kata lelaki itu sambil tersenyum.

Dah bosan hidup ke mamat ni.

Nurul hanya menahan amarah dengan mengenggam tangannya di bawah meja.

"Well... Aku tak special ke pada kau? Kira aku special lah bukan? Bayangkan kita punya first met kat depan tu tadi lepas kau lari membabi buta lepas tu langgar aku. Nasib yang jatuh tu kau, bukan aku."

Nurul sudah hilang sabar. Apa mamat ni nak sebenarnya haa?!

"Kau nak apa dari aku sebenarnya ni?" Suara gadis itu ditinggikan sedikit tapi masih tidak menarik perhatian orang sekeliling.

"Entahlah ek, nak kau kot..." Segaris senyuman jahat ditayang oleh lelaki itu.

Nurul hanya dapat membisu dengan kata-kata Zuhan.

"Tak lah, aku gurau. Jangan ambil serius okay?"

"Okay lah..." Dua tapak tangan Zuhan diletakkan di atas meja untuk membantunya mengangkat badan dari bangku.

"See you next time... and... Stay safe," segaris senyuman manis dihadiahkan buatnya oleh Zuhan.

Figruanya diperhatikan hingga dia ditelan oleh kesesakkan pelajar disitu.

Ngilu tulang bendulangnya. Seram.

GelapWhere stories live. Discover now