BaB 4

13 4 3
                                    

   "Normal ke mimpi berulang kali?"  Soal aku selepas lama mendiam.  Terhenti Ddian dan Teah ingin menyuapkan suapan pertama mereka ke dalam mulut.

Ddian meletakkan sudu kembali, "Asal?  Kau mimpi apa?"  Mata hazel dia bertemu dengan mataku.

   "Mimpi, someone."

   "Setiap hari?"

Aku angguk sekali.

"Yes, once every single day start dari bulan lepas tak silap aku," kataku acuh tak acuh sambil gosok hujung dagu guna jari telunjuk. Mataku dilarikan ke tempat lain.

   "Jodohlah tu,"  celah Teah sambil mengunyah.

Aku tergelak sinis , "Haaa, Jodoh?  Jodoh apanya kalau mimpi tu thriller ke horror genre?!"

Terlopong dua rakannya itu.

   "Cuba cerita."

   "Bukan ke tak bagus ceritakan mimpi pada orang lain?"

   "Cakap je lah kau tak nak cerita. Kan mudahkan lagi urusan aku nak makan ni."

Ain gelak.  Tahu benar Teah geram dengannya.

Dia berdehem sebelum menyambung perbualan,  mahu tukar topik sebelum mereka jadi lagi curiga.

"So, apa cite lepas ni?  Nak ke mana?"

   "Macam aku cakap, University of Cambridge jadi pilihan aku.  No other option and final," kata Teah dengan penuh kesungguhan.

   "Aku, University of Nottingham.  Seperti yang aku impikan,"  jelas Ddian pula sambil tersenyum lebar.

   "Kalau tak dapat?"

   "Haa, time ni lah kena gelabah check UPU!"

Tergelak aku dan Ddian.  Nasib sempat kawal.  Pelanggan dikedai ini pun tak lah ramai mana.  Betul juga kata-kata Teah,  memang menangis sambil buka UPU  lah jawabnya untuk tahu perkembangan dapat atau tidak Universiti awam Malaysia atau tidak.



Seketika menjeda.

   "Kau?"  Tanya mereka berdua serentak.

Terkebil-kebil aku seketika.

   "Aku?"  Aku senyum serong.   "Aku mohon dua universiti dalam satu negara. Mula-mula aku mohon University of Tokyo, lepas tu aku mohon Kyoto University,"  jelasku.  Mereka mengangguk sambil membundarkan bibir.

   "Memang Jepun je ke yang kau nak?  Tak nak sama negara dengan kitaorang?"  Teah mencebik.

Aku geleng.

   "Minat."

   "Bukan apa, kalau apa-apa jadi nanti senang nak contact. Even jauh, tapi atleast satu negara."

   "Faham. Aku boleh jaga diri," aku pandang Teah sekilas sambil menyedut air.

   "Semua tempat sama, bahaya ada dekat mana-mana.  Kita kenalah pandai bawak diri."

   "Tahu. Tapi kau tu bukannya pandai buat kawan,"  nada suara Teah bagaikan perli.  Tapi aku sebagai kawan sudah terbiasa.

   "Maksud kau? 'Kita ni bukannya pandai buat kawan'?  Sedar sikit weh!  Kita ni mengutip sesama kita masa dulu-dulu."

Terburai kembali gelak tawa mereka bertiga.  Silap hari dihalau oleh pemilik kedai.





   "Haishh. So depan aku ni bakal-bakal business woman berjaya lah?"  Ddian goyang kening kearah ku.

   "Sebelah aku ni pula bakal-bakal artis pelukis berjaya!"  Sambungnya sambil tepuk belakang badan Teah.  Kuat juga bunyinya.

Aku gelak kecil.

   "Eh! Depan aku ni pula bakal-bakal psychologist,"  kataku sambil ketuk meja guna hujung jari.

   "Dah makan-makan... Nak tambah apa lagi tak?  Aku belanja."

   "Seriously?"  Tanya mereka berdua.

Aku angguk sekali menandakan aku serius.

   "Ada rezeki lebih kan,"  kataku sambil hinjut bahu sekali.

Tersenyum lebar Ddian dan Teah.  Suka.

   "Terima kasih Ain sayang!"  Ucap mereka berdua serentak.

   "Ceh!  Time macam ni je aku dengar perkataan sayang tu dari mulut korang,"  kataku dengan nada suara mendatar.  Menjengkelkan kadangkala,  tetapi sayang dengan dua sabahat ni.

   "Weh, mana Han?  Dah lama aku tak dengar khabar,"  soal Teah kepadaku.

   "Haaa, ni malas ni tanya-tanya pasal orang ni.  Aku tak jadi nak belanja baru tahu!"

   "Eee!  Buruk siku."

   "Haha.  Bukan apa,  aku pun tak tahu mana mamat tu pergi..."

Nurul buang pandangan ke tempat lain.  Elak dari mereka nampak kesedihannya.  Dia memang pandai sorokkan rasa sedih atau sakit, tetapi matanya tidak.


   "Dah lah, awallah makan.  Kata tadi nak tengok wayang."

GelapWhere stories live. Discover now