3

138 25 1
                                    

"Hello, kau ada kat sini lagi tak?"

Satu tangan dilayangkan di depan matanya, dia yang termenung dari tadi tersentak seketika.

"Haa ada ada!" jawab Yoojung, gelabah. Ish, macam manalah boleh termenung tengah-tengah bercakap dengan orang? Pelik betul.

"Kau ni! Banyak termenung sama macam waktu sekolah rendah dulu! Tengah sembang kencang macam ni pun boleh singgah alam lain dulu eh?" Terkekek-kekek suka lelaki di hadapannya ini, sampai nampak whisker dimple di pipinya. Memang unik sebenarnya facial feature nya, bagi Yoojunglah. Lagipun, dia tak pernah lihat ada orang yang serupa macam apa yang lelaki di hadapannya ini ada.

Yoojung hanya tersengih-sengih, tak tahu nak cakap apa. Dia sendiri pun tak perasan dia termenung pula tadi.

Haruto menyenggol lengan Jaehyuk yang tak habis-habis lagi gelak dari tadi sampai nak terjatuh kerusi, nasib sempat disambut. Ni kalau tak, memang boleh patah pinggang tu. Tak pasal-pasal jadi kes nenek si bongkok tiga.

"Kau ingat lagi ke kat kitaorang? Yalah, kau kan pindah dulu, dah jumpa lagi ramai orang best-best kat sana mestilah dah tak ingat kitaorang. Yalah, kitaorang ni siapa jelah kan?" Haruto buat memek muka sedih, budak Jepun ni memang. Drama je lebih. Ibarat orang pegang lengan tu sikit je, tapi dia punya jerit macam kena culik bawa pergi Siam.

"Tak payah nak buat muka sedihlah. Kalau aku tak ingat korang, macam mana aku boleh sembang dengan korang macam ni kan? Aku ingatlah, korang kan selalu berkepit macam kembar siam waktu sekolah rendah dulu, sekarang pun sama jugalah kot!"

"Sama jelah, nak buat macam mana. Aku dah halau si Jaehyuk ni jauh-jauh daripada hidup aku pun, nak juga dekat-dekat dengan aku. Kadang-kadang aku rimas juga dengan dia ni, macam kucing miang!" Haruto buat-buat rolling eyes. "Yoojung, kau adopt lah dia ni. Penat dah aku jaga dia ni."

"Sampai hati kau cakap macam tu." Jaehyuk muncung, dia berpeluk tubuh. Tak cukup dengan itu, dia tarik kerusi dia jauh sedikit daripada Haruto yang duduk di sebelahnya.

Yoojung gelak sahaja melihat 'pergaduhan' depan matanya ini, orang panggil gaduh-gaduh manjah. Bergaduh macam gaya budak tadika.

Haruto buat-buat tak tahu dengan rajukan Jaehyuk. Biarlah si Jaehyuk Pisang sebelah dia ni pujuk diri sendiri, bukan masalahnya pun. Hati dia sendiri pun tak terjaga, nak jaga hati orang lain pula.

"Dahlah, baik aku pergi kat Asahi. Lagi bagus! Asahi, wait for me!" Jaehyuk jeling Haruto yang masih pasang muka 'ada aku kisah?' sebelum bangun dan berlari dengan gaya pelik ke Asahi yang sedang bersandar di pintu belakang kelas.

"Let's go Sahi-ya! Kita beli banana milk pujaan hati aku!" Lengan Asahi ditarik tanpa rasa belas kasihan, hampir terjatuh member tu. Dahlah badan pun kurus je, ni kalau kena tiup angin sepoi-sepoi bahasa pun boleh melayang.

"Bagus, berambus pun dia tu. Mana entah si Jeongwoo ni? Lama betul dia kat tandas, ni kalau tak cirit, mesti sembelit."  Haruto mengomel sendirian, dia keluarkan bungkusan sandwic yang ada di laci mejanya.

"Jeongwoo?" Yoojung angkat kening. Siapa dia eh?

Haruto buat muka terkejut. Cebisan sandwic yang sudah digigit tadi hampir-hampir sahaja terjatuh dari hujung mulutnya yang ternganga dek terkejut itu. Cepat-cepat dia tolak masuk mulut balik, boleh jatuh reputasinya kalau dibiarkan.

Dia sebagai jejaka paling tampan di sekolah ini (self-claimed, takde siapa cakap pun) memang kena jaga air muka! Nanti habis lari semua fans.

"Kau tak kenal? Eh kan kitaorang berempat selalu berkepit sama-sama waktu sekolah dulu macam kuih kapit! Aaa, kalau nak diibaratkan dengan makanan, macam nasi impit dengan kuah kacang, takkan berpisah!" Sandwic tadi diletakkan di tepi.

Jarinya yang panjang itu ditunjukkan di depan mata Yoojung, empat jari tangan kirinya diluruskan.

"Aku, Haruto. Asahi, that guy from Osaka. Jaehyuk, budak manja. Jeongwoo, bestfriend aku." Jari tangan ditutup, seiring dengan nama-nama yang disebutnya.

Tiba-tiba, kerusi di sebelahnya ditarik. Yoojung dan Haruto sama-sama pandang ke arah gerangan yang baru tiba itu.

"Haa nilah Jeongwoo! Kau tak ingat dia?" kata Haruto lagi.

Yoojung angkat muka, memandang jejaka yang bernama Jeongwoo itu.

Dan, mata mereka bertemu.


Ttok ttok ttok!

"Eh, tak bangun lagi? BANGUN SEKARANG SEBELUM OMMA SIMBAH AIR KAT MUKA KAMU!"

Terpisat-pisat matanya menahan kantuk, terkejut mendengar bunyi ketukan maha dahsyat di pintu biliknya, ingatkan ada tsunami ke apalah tadi.

"Aaa, dah bangunlah omma!" jeritnya dengan suara serak. Dia ambil phone, uish memang dah lewat! Patutlah omma marah macam nak gila tadi.

Isk isk isk, ni semua sebab mimpi tadi...

Yoojung tampar pipinya tanpa sedar. Terus hilang mengantuknya tadi. Soal mimpi peliknya pula yang membuatkan matanya segar-bugar macam tak tidur tadi.

"Jeongwoo...aku pernah kenal dia ke?" Yoojung terkelip-kelip mata.

Argh, ni semua mainan mimpi je! Entah-entah tak wujud pun sebenarnya si Haruto, Jaehyuk, Asahi dan... Jeongwoo tu.

"Argh, sakit pula kepala aku! Dahlah baik aku mandi!" Tuala dicapai.

-----

A/N: haaaaa ni Jeongwoo dah keluar dah tak payah sedih sedih dah kikiki







adore you | jeongwoo's fanfic Where stories live. Discover now