"Woi woi, janganlah ketuk pintu ni macam nak roboh woi!" Jeongwoo panik, berpeluh-peluh juga dia duduk di dalam tandas ini, dia terfikir juga kenapalah sekolah tak pasang je kipas dalam tandas? Kesian untuk seseorang macam dia yang selalu sembelit nak spend masa lama sikit dalam tandas.
"Baik kau keluar sekarang, Woo. Kalau kau lambat sesaat, nanti kau keluar dah tahun 2024 dah." Suara seseorang kedengaran dari luar pintu tandas, kedengaran serius.
Jeongwoo menghela nafas, tahu sangat siapa yang buat lawak hambar suam-suam bubur ayam ni. Selepas menyelesaikan 'hajatnya', pintu tandas dikuak dari dalam. Wajah Haruto dengan muka bosan terpampang di depan pintu tandas.
"Tak pernah-pernah kau datang melawat aku kat tandas ni, kau termakan kulit pisang ke apa harini Ruto? Lain macam je," kata Jeongwoo sambil berjalan ke sinki. Paip air dibuka.
"Sejak bila pula aku rajin nak melawat kau? Kaulah! Lama sangat kat tandas, membuta ke apa? Madam Eri suruh aku datang jemput kau ni," kata Haruto lagi, mencebik macam anak tapir. Dia memandang sekilas cermin tandas.
"Handsome juga en aku ni ehek." Haruto tersenyum sendirian, dia membetulkan cermin matanya yang tak pernah lepas dari wajahnya walaupun macam takde function pun. Macam yang telah dinyatakan sebelum ni, dia cuma pakai sebab trend je, nak jadi terpaling fashun lah katakan.
"Handsome apa? Macam muka budak UiTM je." Jeongwoo koyak tisu tandas sebelum mengelap tangannya. Tisu tadi dikeronyok sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
"Muka budak UiTM? Apa salah UITM do?" Haruto terkelip-kelip, entahlah yang keluar dari mulut Jeongwoo itu pujian atau kutukan, tetapi selalunya yang keluar dari mulut Jeongwoo memang neraka belaka ya.
"Asal Madam Eri cari aku? Sebelum ni tak pernah pun dia suruh kau datang cari aku." Jeongwoo garu-garu kepala.
Tetapi memang betul pun, memang setiap hari rutinnya, dia akan datang ke tandas setiap pagi. Memang jenis kena membuang setiap pagi baru boleh buat kerja lain. Barulah otak cerdas apabila segala-galanya keluar.
"Kau lama sangat. Asal? Kau sembelit lagi? Haa, tulah! Aku suruh minum air banyak-banyak pun liat!" Haruto membebel gaya mak nenek, mereka melangkah keluar dari tandas. Haruto sendiri tak betah berlamaan di tandas yang err tak perlu dijelaskan lagi.
"Eleh kau, kau tu pun sama, dok minum coke je dah macam ketagihan! Memang nak hilang kaki awal ke bang?"
Haruto mencebik lagi, tak pasal-pasal dia pula yang ditempelak.
"Dahlah! Kau ni banyak cakap! Jomlah, lagipun ada budak baru masuk tadi, tapi mesti kau kenal dia." Haruto melangkah laju. Jeongwoo yang terpinga-pinga cuba menyaingi langkah kawan gaduhnya itu.
"Siapa? Aku kenal?" Jeongwoo mengusap-usap dagunya yang licin tidak berjanggut.
"Alah, budak sekolah rendah kita dulu. Aaa, apa entah nama dia lupa pula aku. Yoojung, haa nama dia Yoojung! Kau kenal en? Aih, takkanlah tak kenal, dia tu famous jugak dulu," jawab Haruto, berjalan santai dengan tangan dalam poket. Fikir style habislah tu.
"Yoojung? Ah, aku kenal," kata Jeongwoo perlahan. Matanya terarah ke langkah kakinya. Entah kenapa, nama itu membuatkan dia terasa sesuatu.
Dia menelan air liur, gementar pula tiba-tiba. Memang betullah, gadis yang dia tolong tempoh hari itu adalah Yoojung. Dan sekarang, mereka bertemu kembali.
-----
A/N: AKU UPDATE GRRR VOTE AND COMMENT GAIS 😔 Aku tahu cerita ni awal awal macam alah bosannya weh sorry do HAHAHAHAH
YOU ARE READING
adore you | jeongwoo's fanfic
Fanfiction(slow update) "Dia memang tak suka aku dekat dengan dia ke...atau dia malu?" When you're an extrovert girl but become super shy in front of your crush © Park Jeongwoo | Jeongwoo TREASURE's fanfic @xxybaexx Start: 2023/08/22