"Hari ini awak semua ada kawan sekelas baru ya, sila beri perhatian," ucap Madam Eri, lantang. Dia mahu memastikan semuanya lancar belaka hari ini, lebih- lebih lagi urusan pelajar baru di sebelahnya ini.
"Oh dia ni, saya kenal dia!" Satu suara mencelah, kata-katanya disambut oleh pelajar lain yang rata-ratanya macam setuju.
Yoojung tersengih-sengih, tiba-tiba terasa gatal pula pipinya ini. Awkward pula, jantungnya berdegup laju kemain. Terasa nak sorok muka bawah kain alas meja guru di hadapan kelas ini. Ada juga yang masih mengenalinya walaupun dia pindah waktu sekolah rendah dahulu. Ke mukanya memang nampak tak matang sampai pelajar kelas ini dengan mudahnya mengenalinya? Mmm
Tak tahulah nak bangga sebab nampak awet muda atau nak malu sebab nampak macam orang terbantut tumbesaran.
"Oh, awak semua kenal eh dengan dia? Awak ni siapa sebenarnya? Influencer? Anak YB kawasan sini? Kerabat diraja?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Madam Eri yang kebingungan. Dia bersilih-ganti memandang pelajar kelasnya dan muka Yoojung yang tersengih-sengih dari tadi.
Itu sahajalah muka yang boleh Yoojung pasang sekarang, takkan nak lompat terkinja-kinja yak yak yey pula, nanti dilabel over dramatic dan pick me girl! Dia tak mahu cari masalah di sini.
Dia teringat tujuan asalnya, untuk menjadi misteri! Walaupun nampak macam gagal tanpa sempat melakukan apa-apa je...
"Saya bukan siapa-siapa, saya cuma insan biasa je madam, cumalah seorang manusia yang tak suka makan mint chocolate sebab rasa macam ubat gigi." Sangatlah random jawapan Yoojung namun itu sahaja yang mampu keluar dari mulutnya, dia menggaru-garu kepala.
"Dia kawan sekolah kami dulu cikgu! Waktu sekolah rendah!" jawab Jaehyuk dari belakang kelas, siap berdiri. Di wajahnya jelas nampak teruja, kedua-dua tangannya digenggam rapat ke dada. Matanya tampak bersinar-sinar memandang Yoojung dari jauh.
"Wah, jumpa balik dengan kau! Hai!" Jaehyuk yang memang terkenal dengan sikap mesra alam yang berlebihan itu, laju melambai-lambai, seolah-olah dalam kelas itu hanya ada dia dan Yoojung sahaja. Pelajar lain hanya terkelip-kelip melihat perangai Jaehyuk. Ada antara mereka terlopong, selain itu memasing muka bosan. Pemandangan biasa oleh seorang Jaehyuk.
Yalah, orang lain pun kenal je Yoojung tu, tapi takdelah macam si Jaehyuk yang terlebih friendly ni, kalau gaya macam ni dengan pocong pun dia ni boleh buat kawan!
Asahi berkerut, dia tarik hujung baju Jaehyuk, peringatan supaya untuk beringat diri dan jangan mencari publisiti sangat. Malu betul dirinya yang introvert abadi sejati berkawan dengan kawan sebegini rupa.
"Baik kau duduk sekarang, kalau tak aku tak nak belanja susu pisang idaman kalbu kau!" bisik Asahi dengan keras , dia memaksa Jaehyuk untuk kembali duduk dan berkelakuan normal, bukannya berkelakuan macam monyet terlepas.
Haruto dari tempat duduknya, tunjuk thumbs up. Dengan dirinya sekali menahan malu, entah macam manalah si Jae tu boleh buat benda-benda macam ni, kalau dirinya yang buat? Huh, memang tak boleh dibayangkan langsung!
Nak termuntah pula rasanya.
"Oh lah, kawan sekolah rupanya. Kiranya semua kenallah kan dengan Yoojung?" Semua orang menggangguk-angguk, dengan Yoojung sekali ikut terangguk-angguk tanpa sedar.
"Bagus! Senang kerja saya, jadi mohon semua tolong Yoojung apa yang patut. Saya tak nak ada kes buli sampai ke telinga saya, sesiapa pun. Kalau ada..."
Pap!
Terhinjut bahu semua orang di dalam kelas, Asahi hampir-hampir terlompat dari kerusi dan terkejang buat dua saat. Dia memang mudah terkejut, lagi-lagi bunyi berdesing rotan Madam Eri yang memang padu sekali sakitnya. Katanya, dia trauma.
Mungkin dia pernah merasa. Yalah, mukanya jelah yang asyik tak siap kerja sekolah. Tengok muka pun tahu.
"Tahulah dia saya kerjakan ya! Kalau memang berbesar hati nak merasa rotan saya, dipersilakan membuli sesuka hati mak nenek moyang awak!" Keras sekali amaran di sebalik wajah tegas dan tegangnya. Beliau memang takkan berkompromi dengan kes buli di sekolah ini.
Masing-masing teguk air liur, terkenangkan nasib-nasib bekas pembuli sebelum ini yang pernah merasa penangan rotan tersebut. Dengar kata, boleh demam seminggu dan berubah secara drastik dan mendadak!
"Yoojung, awak boleh duduk di sana." Madam Eri menunjukkan tempat kosong yang ada di barisan kedua dari belakang, tepat sekali di hadapan meja Haruto.
Yoojung ikut sahaja, dia berjalan ke tempat yang ditunjuk tadi. Dia bertentang mata dengan Haruto, Haruto hanya tersenyum nipis. Yoojung membalas senyuman Haruto.
Dia ingat Haruto, budak cengeng waktu sekolah rendah dulu. Takut hantu, pernah berdesup lari keluar dari rumah hantu waktu karnival sekolah, mujur tak terlondeh seluar. Suka minum air coke, tak suka makan pau kacang merah sebab katanya taste orang tua, orang-orang kat rumah jagaan orang tua yang dah berbau tanah je yang suka makan makanan berunsurkan kacang merah.
Bukan main lancang betul si Haruto ni.
Dia tergelak kecil sebelum menekup mulut sendiri. Malu pula kalau ada orang perasan. Dalam hati dia ada juga terselit rasa sedih kerana tak sekelas dengan Jia. Mmm, harapannya tak tertunai kali ini.
"Haruto, jiran sebelah awak tak masuk kelas lagi ke? Ke tak datang?" Kuat suara Madam Eri, matanya terjengil.
Haruto tergaru-garu kepala, terikut habit si Asahi yang gatal sana sini macam penagih dadah. "Err, dia datang madam! Cuma err..." Kelu pula lidahnya.
"Membuang lagi? Pagi-pagi macam ni memanglah bagus nak melepas dan buang toksik dalam badan tu, tapi ni lama sangat dah ni! Sudah, Haruto pergi cari dia! Entah pengsan ke apa dalam tandas tu!"
Haruto terkocoh-kocoh berlari keluar ikut pintu belakang, Jaehyuk dan Asahi yang ura-ura mahu mengikut Haruto bangun dari tempat duduk.
"Eh, saya suruh Haruto je, bukan awak berdua! Duduk balik, ada je nak berkepit! Bukannya demam pun Haruto tu kalau awak berdua tak menempel sekali dengan dia!" Madam Eri bercekak pinggang, pagi-pagi melayan karenah budak kelasnya ini lagi -lagi yang meja belakang itu.
Jaehyuk dan Asahi tersengih-sengih, masing-masing kalut keluarkan buku dari dalam laci.
Yoojung tekup mulut buat kali kedua. Dia ingat juga dengan Asahi dan Jaehyuk yang pernah wujud dalam kehidupan zaman sekolah rendahnya dulu. Asahi, pendiam tapi pelik. Percaya dengan kewujudan alien, ada alergi dengan tomato yang agak kronik. Jaehyuk, obses dengan susu pisang. Pernah terjebak dengan trend raver yang famous suatu ketika dahulu sampai jadi wakil kelas untuk acara raver lawan kelas sebelah.
Dia tersenyum teringat kenangan lama itu, namun ada persoalan yang bermain di fikirannya. Siapa yang Haruto cari tadi? Dengan hilang tanpa kata-kata, budak kelas ni pun nampak macam tak kisah je dengan ketiadaan si 'dia' itu.
Yoojung angkat bahu. Mungkin dia kenal, mungkin tak.
-----
NAH AKU BELANJA CHAPTER PANJANG KIKIKI vote and comment gaisss kalau korang en, korang paling suka pair yang mana dalam treasure? Kalau aku, aku suka yang 0104 ni 🤣 sebab Tu aku ambil 4 ketul ni jadi watak ff ni hahahahahahhaha selain itu ofclah hajeongwoo kikiki
YOU ARE READING
adore you | jeongwoo's fanfic
Fanfiction(slow update) "Dia memang tak suka aku dekat dengan dia ke...atau dia malu?" When you're an extrovert girl but become super shy in front of your crush © Park Jeongwoo | Jeongwoo TREASURE's fanfic @xxybaexx Start: 2023/08/22