9

103 22 2
                                    

Dan, mata mereka bertemu.

Yoojung terkelip-kelip seketika, serasa sel-sel otak ini gagal bersambung dengan baik gara-gara selalu mengelat tak nak minum susu dan makan kismis minda dulu. Deja vu! Rasa macam apa yang berlaku di hadapannya sekarang ini betul-betul sama macam mimpinya tempoh hari.

"Hello? Ni dah kenapa macam drama pukul 7 TV3? Aku tak rela menjadi orang ketiga atau pelakor ya," celah Haruto, berkerut-kerut dahi sampai terlipat dua. Dia pula naik hairan melihat Yoojung dan Jeongwoo yang masing-masing diam.

Jeongwoo pula mengemam bibirnya tanpa sedar, entah kenapa dia jadi kaku pula di hadapan pelajar yang baru berpindah ke kelasnya ini. Apa yang dia tahu, dia berlari keluar semula dari kelas. Perutnya terasa memulas kembali. Entahlah!

"Eh, Jeongwoo kau nak pergi mana?" Kuat suara Haruto memanggil Jeongwoo yang tiba-tiba sahaja berdesup keluar entah pergi mana. Dia garu kepala yang tak berapa gatal. Pelik! Jiran sebelah mejanya ini jarang-jarang berkelakuan pelik macam orang makan kuaci dengan kulit.

Kalau Asahi tu lain cerita, dia tak perlu dijelaskan lagi tahap kepelikannya. Tahap pelik dia dah level master.

"Yoojung, asal tu?" tanya Haruto, sandwic di tangannya tiba-tiba jadi tawar. Kejadian aneh ini telah membantutkan selera makannya walaupun perutnya masih menjerit minta diisi.

Takpelah, yang penting ketinggian dia tak terbantut. Walaupun asyik kena kutuk tiang bendera dan galah pokok rambutan rumah Tok Dalang, mmm. Jadi tinggi pun salah...

"Lah, kau tanya aku kenapa? Manalah aku tahu!" Suara Yoojung meninggi sedikit, adalah juga beberapa pelajar yang melepak dalam kelas waktu rehat macam ni memandang ke arahnya dan Haruto yang masih terpinga-pinga.

"Err, sorry guys!" Yoojung tersengih-sengih, mujurlah dia ni jenis muka tembok sikit.

"Jeongwoo kata dia kenal je kau, mmm tapi apa motif dia lari bila dia tengok muka kau? Dia ada buat salah dengan kau ke? Jangan-jangan..." Haruto usap-usap dagu, tak pasal-pasal dia berubah jadi Conan Edogawa.

"Jangan-jangan apa?" Yoojung angkat kening, dia yang tak tahu apa-apa tiba-tiba sahaja terjebak dala kes ni walaupun dia sendiri pun tak tahu kenapa lelaki bernama Jeongwoo tu lari.

"Dia ada pinjam seratus dengan kau lepastu tak bayar balik!"

"Lah tiber gila, dahlah Haruto! Kau simpan jelah bakat kau nak jadi detektif tu, memang bakat yang patut dipendam!" Yoojung pasang muka bosan, malas pula melayan Haruto yang tak pernah berubah dari dulu. Nak je dia sumbat pau kacang merah dalam mulut Haruto banyak-banyak! (Nota: boleh baca chapter sebelum sebelum ni kenapa mention pau kacang merah)

Haruto tersengih-sengih, dia tolak naik cermin matanya. "Mmm, aku rasa dia sakit perut lagi. Jeongwoo memang selalu macam tu, dia selalu sakit perut. Nasib tak buasir je!" Haruto sambung makan sandwic yang masih bersisa.

"Sakit perut? Kesiannya," balas Yoojung, perlahan. Mungkin sebab tu kot dia lari tanpa sempat cakap apa-apa tadi, muka pun pucat semacam.

"Dia memang macam tu, setiap pagi kalau dia takde kat kelas, dia kat tandaslah tu. Macam pagi tadi! Jaranglah dia sakit perut waktu lain melainkan..."

Haruto minum air seketika. Dia mengusap-usap tekaknya, bagi mudah sandwic yang tadi dah selamat masuk dalam mulutnya turun ke perut untuk proses pencernaan.

"Dia tersalah makan, masuk angin, takpun nervous. Mmm, aku rasa sebab ketiga. Nervous. Dia nervous jumpa dengan kau kot?"

"Ish, takkanlah! Aku ni siapa je orang nak nervous tengok muka aku hahahaha." Yoojung garu-garu kepala.

Haruto angkat bahu, dia sekadar agak-agak. "Tapi aku rasa dia sembelit sekarang, tu yang selalu lama dalam tandas. Tulah, aku suruh minum air tak nak! Aku sebagai kawan baik dan terbaik dia ni, risau tau!" Haruto membebel sendirian dengan penuh dramatik.

"Sembelit?" Yoojung angkat kening.

-----

A/N: updateeeee !!!! Aku nak cakap ni gais, maybe aku akan habiskan buku ni dulu baru sambung ff jihoon tu sebab aku sesungguhnya tidak mampu gais 😔 waktu zaman pkp dulu bolehlah sekarang ni nak update seminggu sekali pun susah weh HUWAAAAA SORRY DOOO 🙏🙏

Lepastu aku ni pulak jenis, ada idea untuk cerita baru tapi cerita lama tak siap lagi dahlah tembak jelah aku 🔫 tadi tetiba aku dapat idea nak buat fanfic treasure duduk rumah sewa HAHAHAHAHA sebab aku tetiba teringat ff hyunsuk tu (kalau yang dah baca mesti tahu yang member treasure duduk rumah sewa sama sama HAHHAAH) kiranya macam aku nak buat spin off lah dari cerita tu tapi aku fokus pasal treasure rather (kalau cerita tu pulak pasal hyunsuk dengan jihyo hahaha) and cerita  dia macam funny funneh gituuu kalau  korang sudi nak baca akan aku usahakan (komen kalau nak hahahahahhah) TAPI TULAH CERITA NI PUN TAK HABIS LAGI SIBUK NAK TULIS CERITA BARU 😭

Mmm apa apa jelah gais vote and comment k aku appreciate tau hahahahahahahahh nah aku belanja gambar abe Jeongwoo sshatuuu

Mmm apa apa jelah gais vote and comment k aku appreciate tau hahahahahahahahh nah aku belanja gambar abe Jeongwoo sshatuuu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
adore you | jeongwoo's fanfic Where stories live. Discover now