Tangannya laju menyalin sesuatu di dalam buku, sesekali dia mengerling buku tulis bergaris satu yang penuh dengan tulisan di hadapannya. Masa adalah emas, itu yang terngiang-ngiang dalam otak dia, macam apa yang dia tengah buat sekarang. Pantas dan tekun menyalin jawapan daripada buku orang lain sebelum cikgu masuk kelas.
Alah acilah, korang pun pernah buat kan? Tak payah berlagak alim and innocent gais.
"Go Asahi! Go!" Jaehyuk di sebelah memberi kata-kata semangat kepada kawannya yang berhempas-pulas meneruskan aktiviti yang tidak boleh dicontohi itu. Dia tak kisah pun si Asahi tu tiru jawapannya.
Sebab dia sendiri pun tak tahu betul ke tak jawapannya , kalau salah sekalipun, sekurang-kurangnya ada geng kena marah dan piat telinga. Kalau betul, Asahi selalunya akan belanja susu pisang kat kafe. Jaehyuk berpegang teguh dengan konsep 'aku tolong kau, kau tolong aku.' Setakat salin jawapannya itu apalah sangat untuk dijakikan.
Kalau nak berjaya, berjaya sama-sama ye dok? Salah satu caranya, kongsi jawapan dengan kawan kiki.
Asahi senyap sahaja, hanya tangannya bergerak sebelum dia meletakkan pennya. Dia tersenyum lega, walaupun tulisannya memang kalau ayam tengok pun memang dia takkan mengaku tu cakar dia, dia tetap lega yang kerja sekolahnya sudah siap (dengan bantuan Jaehyuk).
"Nah!" Buku Jaehyuk ditutup sebelum dihulurkan kepada Jaehyuk yang tersengih-sengih, mengemam lolipop perisa sarsi di mulutnya. Bukunya sendiri disimpan bawah laci, dia menggeliat seketika. Lenguh beb tangan menulis dengan kelajuan cahaya!
"Ingat tau, susu pisang!"
Asahi angguk-angguk, dia letak kepala atas meja. Meneruskan aktiviti membuat tahi mata yang dilakukan dengan jayanya sebelum dia terbangun, teringat kerja sekolahnya tak siap lagi. Sekarang dia mampu bermimpi dengan selesa.
Haruto hanya menggeleng-geleng melihat dua manusia pelik yang duduk di meja sebelahnya, yang hanya dijarakkan dengan laluan kecil untuk pelajar mudah bergerak di dalam kelas
Dia hanya termenung sejak dari tadi, tak tahu hendak buat apa. Mahu scroll social media, malas. Tengok orang dok benci sana-sini, dia sebagai pencinta keamanan (walaupun berwajah garang) sememangnya kurang gemar dengan semua benda-benda bodoh ini. Lebih baik dia delulu untuk mengisi masa lapang sebelum waktu kelas bermula hari ini.
Dia mengerling tempat duduk di sebelahnya yang kosong. Biasalah, pagi-pagi macam ni jiran meja sebelahnya ini menghilang. Tak perlu dirisaukan, dia tahu ke mana perginya lelaki di sebelahnya ini.
Bunyi kaki kerusi berlaga dengan lantai simen bergema di sekeliling kelas, tanda guru sudah masuk. Jaehyuk kalut mengoyang-goyangkan lengan Asahi yang masih lena macam tidur kat katil rumah.
"Weh, bangunlah tenuk!" Jaehyuk tarik hidung Asahi yang kembang kuncup bernafas itu, terbeliak mata kawannya itu. Asahi berkerut, dia mengusap-usap hidungnya yang merah. Mahu terkeluar rohnya tadi dek terkejut. Dia menjeling Jaehyuk yang pasang muka tak bersalah.
"Okay semua, boleh duduk. Terima kasih," ucap Madam Eri yang bersolek tebal dengan gincu merah menyala. Dia membuat isyarat memanggil seseorang untuk masuk ke kelas.
"Eh macam kenal?" Haruto angkat kening, dia membetulkan cermin mata tanpa powernya. Matanya dibuka dan dipejam berulang-kali, manalah tahu tersilap tengok.
Cepat-cepat dia menyeluk saku seluarnya, telefon dikeluarkan sebelum membuka apps chatting, mahu menyampaikan berita sensasi lagi terhangat hangit kepada kawan baiknya.
Weh, cepat sikit balik kelas! Ada budak baru masuk!
-----
WEH GAIS, sumpah sorry lama tak update 😭😭👎 tapi aku akan cuba eh gais, korang vote and comment 🙏 aku maybe akan update lagi satu malam ni okayyyy DEMI KORANGGG
YOU ARE READING
adore you | jeongwoo's fanfic
Fanfiction(slow update) "Dia memang tak suka aku dekat dengan dia ke...atau dia malu?" When you're an extrovert girl but become super shy in front of your crush © Park Jeongwoo | Jeongwoo TREASURE's fanfic @xxybaexx Start: 2023/08/22