Basikalnya dikayuh laju, hatinya berdebar semacam, macamlah dia dikejar penanggal bergigi harimau di siang hari panas terik macam ni. Tak tentu ritma jantungnya, kalau orang lain lup dup lup dup, jantungnya pula berbunyi tak tung tuang tak tung tuang.
Macam lagu pula.
Ah, persetankan perasaan pelik ini! Dia sendiri pun tak tahu kenapa kakinya itu mengayuh basikal lebih laju daripada biasa, yang penting dia sudah sampai di depan pagar rumahnya.
Seorang lelaki berdiri di hadapan rumahnya, kelihatan terjenguk-jenguk melihat di sebalik pagar. Tangannya dimasukkan dalam poket sementara tangan lagi sebelah setia memegang setin air coke berwarna merah. Sesekali dia mengoyang-goyangkan tin itu.
"Oit, Woo!" Lelaki itu memandangnya, sesekali dia membetulkan cermin mata tanpa powernya itu. Pakai sebab fashion je, bukannya sebab matanya itu rabun pun, masih sharp 20/20 lagi penglihatannya itu.
Ini semua hanyalah pengaruh stail boyfriend material, pakai cermin mata ala-ala Harry Potter untuk nampak nerdy, walaupun hakikatnya lelaki yang memanggilnya itu tadi memang geng tidur di belakang kelas.
Jeongwoo turun dari basikalnya lalu menuntun ke arah Haruto yang masih meneguk air cokenya. Dia angkat kening, ini bukan kali pertama si Haruto ni mencarinya sampai ke rumah.
Ini tak lain tak bukan mesti...
"Weh, jom leparks," kata Haruto, seperti orang terbelit lidah. Terpengaruh lagi dengan watak Lailer dalam cerita Kampung People yang cakap Melayu pun nak ala-ala speaking London.
"Malas." Singkat sahaja jawapan Jeongwoo, dia menolak pagar rumahnya yang telah dibuka kuncinya. Dia keluar sekejap tadi, ke kedai runcit. Dia seorang sahaja di rumahnya sekarang, itu yang nak keluar kena kunci pagar.
"Alah, jomlah! Sebenarnya kau dah siap kan kerja sekolah? So takde alasan dah!" Haruto masih lagi menghasut, umpama setan yang macam emoji kat keyboard itu.
Jeongwoo diam sahaja. Dia angkat bahu, terus menolak basikalnya masuk ke dalam pagar. Haruto tiba-tiba sahaja memegang lengannya.
"Selalunya kau okay je lepak dengan kitaorang? Ke...kau tak sihat? Kalau macam tu, jomlah pergi klinik, aku temankan," kata Haruto lagi, tampak serius.
Walaupun dia nampak macam orang yang tak berperikemanusiaan dan seperti calon berpotensi untuk membuatkan budak-budak menangis kerana wajahnya yang tampak garang itu, sebenarnya dalam hatinya ada taman dan prihatin dengan orang-orang sekeliling, terutamanya terhadap Jeongwoo, kawan baiknya.
Orang je yang salah anggap, yalah dia jelah paling berdosa dan paling jahat kat dunia ni.
"Eh, aku okay je!" Secara automatik, tangan Jeongwoo naik ke dahinya sendiri, tak panas pun. Dia cuba bernafas secara normal, tiada hingus yang keluar. Tekaknya didehemkan, tiada kahak ditemui.
Jadi, dia sihat sahaja. Mungkin dia tampak sakit di mata Haruto?
"Tu, kau berpeluh semacam tu! Ke kau kena kejar anjing tadi? Ganas tak?" tanya Haruto lagi, masih kekal dengan stern facenya. Tin coke telah kosong setelah diteguk buat kali terakhir tadi.
"Oh, yeke?" Jeongwoo mengusap wajahnya, memang ada peluh. Tak perasan pula.
"Apa-apa jelah. Aku nak masuk rumah, sorry Ruto. Lain kali okay?" Jeongwoo cepat-cepat menamatkan perbualan, dia sendiri tiada mood nak berbual sekarang walaupun terbit juga rasa serba-salah dengan Haruto.
Yalah, sebelum ni dia okay je melepak dengan Haruto dan dua lagi kawannya, Asahi dan Jaehyuk. Tetapi tidak hari ini. Cuma, bukan hari ini.
Haruto angkat bahu. Dia malas nak paksa dan bertanya sebab. Mungkin Jeongwoo ada sebabnya tersendiri.
"Okaylah, aku blah dulu. Bye!" Haruto tendang tongkat basikalnya sebelum berlalu pergi. Jeongwoo menghantar kelibat Haruto sehingga hilang dari pandangannya.
Tanpa sedar, Jeongwoo memegang dadanya. Dia terasa sesuatu. Sesuatu yang dia tidak pernah sangka akan berlaku...sekali lagi.
-----
A/N: quick update!!!!! Sebelum battery phone aku habis, sumpah aku tulis laju gila mat ahahhahahahah vote and comment 🙌
YOU ARE READING
adore you | jeongwoo's fanfic
Fanfiction(slow update) "Dia memang tak suka aku dekat dengan dia ke...atau dia malu?" When you're an extrovert girl but become super shy in front of your crush © Park Jeongwoo | Jeongwoo TREASURE's fanfic @xxybaexx Start: 2023/08/22