11

133 20 10
                                    

"Asal do Jia tak datang pun tengok-tengok aku tadi?" Yoojung berpeluk tubuh sambil berjalan pulang menelusuri deretan kedai. 

Dia bukannya apa, si Jia bukan main lagi beria  tempoh hari, nak datang melawatlah, harap kelas samalah, lah tipah tertipu rupanya. Itu semua kata-kata dusta! Bentuk pengkhianatan apakah ini?

Tanpa sedar, Yoojung mencebik. Lupa kawan kali si Jia tu. Takpelah, nak buat macam mana. Ramai lagi orang lain boleh buat kawan. Memang dia akan serang kaw kaw nanti apabila dia call. Kau tunggu, Kim Jia!

"Woi!" Satu suara berskala besar kedengaran bergema di ruangan koridor di hadapan sebuah kedai menjual barang-barang hardware yang masih tidak dibuka lagi.

Yoojung yang hampir-hampir tersadung ke hadapan cepat-cepat menstabilkan dirinya, mujurlah dia sempat berpaut pada tiang. Buat malu sahaja kalau dia jatuh tersembam di lantai simen itu. Malu dapat, sakit pun dapat. Tak pasal-pasal penyet mukanya macam ayam penyet di kedai makan hujung Kampung Sentosa.

Dia menoleh ke belakang, lebih tepat ke arah datangnya suara garang dan lantang yang telah mengejutkannya. Seorang lelaki yang tidak terurus dengan rambutnya yang serabai itu mencerlung tajam sambil menyeringai ke arahnya, nampak giginya yang kuning dan sedikit kehitaman itu.

"Err, pakcik cakap dengan saya ke?" Yoojung menberanikan diri bertanya. Manalah tahu, dia sahaja yang syok sendiri sedangkan pakcik itu bercakap sendirian, mungkin marah-marah sendiri kerana kakinya tiba-tiba kejang.

Manalah tahu...

"Dengan kaulah, siapa lagi? Ada nampak orang lain ke kat sini sini? Kau nampak bunian ke?" kata lelaki itu dengan nada sarkastik, siap pandang kiri kanan lagi, manalah tahu mungkin hijabnya tertutup, hanya nampak dirinya dan perempuan berbaju sekolah di hadapannya.

Secara automatik, Yoojung pandang sekeliling. Memang takde orang. Dia garu kepala, tak tahu nak menjawab apa sebab betul juga apa yang lelaki di hadapannya cakap. Nak kata ada bunian pun, dia sendiri bukannya baik mana pun kalau bunian nak culik.  Bunian pun tak lalu nak tengok muka minta pelempangnya.

"Err maaf pakcik, kenapa ya pakcik cakap dengan saya?" Itu sahaja soalan yang keluar dari mulutnya sekarang.

Lelaki itu bangun dari duduknya, dia mengesat-ngesat debu yang melekat pada tshirt lusuhnya. "Kau tu langgar aku tadi tau? Aku tengah sedap-sedap mimpi makan glazed donut Krispy Kreme tau tadi! Kau punya langgar kaki aku tu, sampai perut aku pun rasa senak!"

Yoojung terkelip-kelip mata, otaknya blank sekejap. Okay, ternyata dialah yang salah dalam hal ni, mmm dan dia blank juga dengar pakcik ni mimpi donut Krispy Kreme, bukan main kayangan lagi mimpi dia.

Ini semua salah Jia! Sibuk betul si Yoojung fikir pasal dia sampai dia terlibat pula dengan masalah pakcik yang tidak diketahui ini. Masak!

"Err, kalau macam tu pakcik, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja pakcik!" Yoojung menunduk beberapa kali, kedua-dua tapak tangannya dirapatkan ke dada, ini memang setulus ikhlas dia minta maaf, betul-betul dari hati. Dia tak mahu cari masalah dan dia sendiri pun nak balik cepat.

Lelaki itu bertindak ganas, dia menarik tangan Yoojung yang terkapai-kapai macam orang lemas ditolak dari bot. "Takde takde! Kau kena belanja donut juga! Sebab kau dah kacau mimpi aku!" Lelaki itu mahu mengheret Yoojung entah ke mana.

"Eh, pakcik! Tolong lepaskan saya, saya tak berdosa!" Yoojung telan air liur, lain macam betul permintaan pakcik aneh ini. Kalau memang dia betul-betul mahu donat Krispy Kreme tu, dia mana cukup duit!

Ke, pakcik ni ada niat tersembunyi? Niat jahat dan gelap segelap masa hadapannya?

"Tidak, tidak! Tolong!" Yoojung menjerit semahunya, pakcik aneh itu masih berkeras tidak mahu melepaskan tangannya.

"Ehem." Satu suara mencelah antara kegawatan yang berlaku antara Yoojung dan pakcik misteri. Yoojung berhenti menjerit, pakcik aneh cepat-cepat melepaskan tangannya sebelum mendengus kasar.

Tanpa berkata apa-apa, dia menghempaskan tubuhnya ke atas timbunan kadbod yang dijadikan alas pembaringannya tadi. Matanya dipejam rapat-rapat namun jelas riak wajah tidak puas hati, bibirnya terketap-ketap macam orang sakit kancing gigi.

Yoojung garu kepala, dia menoleh ke belakang. Seorang lelaki yang masih memakai baju sekolah, berdiri senyap di belakangnya. Lelaki itu, dengan wolf eyes nya itu memandang wajah Yoojung yang terpinga-pinga sebelum cepat-cepat dia mengalihkan pandangan, memandang ke arah lantai.

"Jeongwoo?" Yoojung angkat kening. Macam mana pula kawan si Haruto ni ada di sini pula? Tepat-tepat pula tu pada waktu dia memerlukan pertolongan.

Ke Jeongwoo senyap-senyap ikut dia? Eh, perasanlah! Ini memang syok sendiri dan delulu level langit dah ni. Yoojung cepat-cepat tersedar dari lamunan mengarutnya.

'Jeongwoo kebetulan je kot lalu sini, jangan nak perasan sangat! Kau tu bukan sesiapa pun!' bisik hatinya.

Jeongwoo yang masih berdiam diri, mengusap belakang lehernya kejap sebelum berlalu pergi tanpa kata-kata. Basikal yang ditongkat, ditendang tongkatnya sebelum dinaikinya. Laju sahaja dia mengayuh basikalnya pergi dari situ.

"Eh, Jeongwoo! Tunggu saya!" Entah kenapa, badan Yoojung seolah-olah tergerak untuk mengejar Jeongwoo yang semakin jauh.

"Kenapa dia tak cakap apa-apa langsung dengan aku? Kenapa?" bisik hatinya sambil kaki laju melangkah.

Tiba-tiba sahaja dia kena kejar lelaki pendiam ni!

-----

A/N: rasa cam pelik pulak tulis Jeongwoo ni pendiam sedangkan kita tengok dia tu hyperactive semacam 😭 entah bilanya nak habis tulis, sorry gais aku betul-betul dalam fasa aku tengah down, rasa macam takleh nak carry apa-apa dalam hidup ni, aku takut dengan benda akan datang. Ya aku tahu aku overthinking, but these kind of thoughts yang memang selalu menghantui hidup aku, lagi-lagi pula ada something dalam hidup aku yang sampai sekarang aku masih berat untuk merelai dan reda dengan benda tu. Sorry do korang kena baca tapi tulah aku ni kalau nak cerita kat orang pun aku tak reti sangat so aku kena tulis hahahahhaha cuma aku malas tulis diari pula. Maybe aku kena start tulis diari kot.

And semalam kan jihoon live, so he give comfort words that I really appreciate it 🥹🫶 oh to get jihoon in my life HAHAHAHA memang impossible gila lah tiber cerita pasal jihoon ni buku Jeongwoo 😭

Mmm ok lah nak tanya, benda apa yang korang suka and adore dengan Jeongwoo?

adore you | jeongwoo's fanfic Where stories live. Discover now