"Ini pelik, sangat pelik!"
Jaehyuk yang sedang scroll Tiktok angkat kening. Tiba-tiba sahaja Haruto bercakap sendirian dengan wajah yang serius, sekali dengan pakej berpeluk tubuh. Apa yang pelik sangat pun tak tahu, tiada pula Jaehyuk nampak gajah terbang kat luar.
"Apa yang peliknya, Haruto? Kau termakan pau kacang merah ke semalam?"
Haruto mencebik. "Kau tak perasan sesuatu ke?"
"Perasaan? Mestilah aku ada perasaan, contohnya sekarang, aku tengah bosan sebab Asahi ni tidur, aku baru nak kacau dia," kata Jaehyuk sambil menjeling ke arah Asahi yang masih lena dibuai mimpi indah. Kepalanya terlentok di atas meja, mujurlah sopan je tidur dengan mulut tertutup.
Kalau tak, dah lama si Jaehyuk ni tangkap gambar senyap-senyap, selepas tu apabila birthday Asahi menjelang, akan dia expose gambar -gambar tersebut di IG story. Jaehyuk tersengih-sengih sendirian membayangkan perkara itu.
"Hei, kau ni pekak ke? Aku cakap perasan, bukannya perasaan!" Hampir-hampir Haruto angkat tangan nak sekeh kepala Jaehyuk. Jaehyuk tergaru-garu kepala. "Eh, ye ke? Maaflah, dah lama juga aku tak korek telinga."
"Perasan apa ni? Aku nampak semuanya sama je kat dalam kelas ni, Jeongwoo pun macam biasa pergi tandas. Asahi pun tidur sekarang. Semua nampak normal." Mata Jaehyuk meliar sana-sini, manalah tahu ada benda-benda yang dia terlepas.
"Budak baru tulah! Yoojung," kata Haruto sambil menjuih mulut ke arah tempat duduk Yoojung di hadapannya.
"Kenapa dengan Yoojung? Dia kena demam campak ke?" tanya Jaehyuk, naif sekali. Haruto menepuk dahi, mahu dikata bebal, takut Jaehyuk muncung mulut seharian. Hatinya panas seketika, apalah nasib dapat kawan lambat pick up macam Jaehyuk ni.
"Ish, manalah aku tahu! Hari ni dia tak datang, kelas dah nak start, lubang hidung dia pun tak nampak!" jelas Haruto sambil rolling eyes, lambat sangat nak tunggu si Jaehyuk ni loading pun. Biar dia straight to the point je terus, senang!
"Haahlah, baru hari kedua sekolah, berani tak datang isk isk isk." Jaehyuk geleng-geleng kepala.
"Adalah tu, sakit ke apa. Takdenya dia saja-saja tak nak datang sekolah," sambung Haruto lagi, cuba bersangka baik. Walaupun dia macam gitu sekali pun, dia sedaya-upaya tak mahu berfikiran negatif terhadap orang lain.
Lagipun, Yoojung itu bukannya orang lain, kawan sekolah rendahnya dulu juga. Orang yang dia pernah kenal.
Bunyi derap kaki kedengaran masuk melalui pintu belakang kelas. Haruto menoleh, Jeongwoo masuk ke kelas dengan tangan di dalam poket. Santai seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Legalah tu selepas membuang bahan-bahan toksik dalam badan tu.
"Haa, balik pun kelas. Weh, kau ni asyik membuang je, risau pula aku dengan kau ni. Boleh buasir tahu tak?" kata Haruto. Jeongwoo tarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya. Dia buat-buat tak dengar dengan apa yang diperkatakan oleh Haruto tadi. Soal membuang ni, dia sudah lali. Cubalah si Haruto ni buka cerita gosip artis terkini ke, barulah semangat nak layan!
Haruto mencebik lagi. "Weh, Yoojung tak datang weh, tak tahulah kenapa," beritahu Haruto.
Jeongwoo yang pura-pura sibuk buka buku latihan di hadapannya, menoleh ke arah Haruto. Seraya itu, dia melihat tempat duduk Yoojung yang kosong tidak berusik itu. Menandakan memang tuannya tidak datang.
"Sakit kot," balas Jeongwoo pendek sebelum dia memandang buku latihannya semula. Dia menulis-nulis sesuatu.
"Maybe." Haruto bersandar pada kerusi, dia menggeliat seketika sebelum keluarkan phone dari dalam poket. Nak layan drama My Demon lah tu, dia memang die hard fans k-drama.
Jeongwoo hanya diam, dia telan air liur. Walaupun nampak dia macam sibuk, tetapi hakikatnya pennya hanya bergerak-gerak tanpa arah tujuan. Kepalanya sibuk memikirkan tentang hal semalam, dia ketap bibir.
-----
Ayo korang ada nampak tak weh gambar Jeongwoo yang niiiii sumpah nampak lokal gilaaaa
WEH HANDSOMEEEE PULAK AKU TENGOK ANAK PAKCIK PARK NI heuheueheheye
Vote and comment gais, aku akan cuba habiskan ff ni waktu cuti niii huhuhu
YOU ARE READING
adore you | jeongwoo's fanfic
Fanfiction(slow update) "Dia memang tak suka aku dekat dengan dia ke...atau dia malu?" When you're an extrovert girl but become super shy in front of your crush © Park Jeongwoo | Jeongwoo TREASURE's fanfic @xxybaexx Start: 2023/08/22