Watak:
Megat Zill Qayyum Bin Megat Zahran
Diandra Maleeqa Binti MuazzamMegat Zill Qayyum Bin Megat Zahran... Dia lelaki yang sangat sempurna,tiada cacat cela walau pun sedikit.. Menjadi dambaan setiap wanita. Kerana kesempurnaan yang dimiliki, dia juga mahukan wanita yang sempurna untuk menjadi pendamping dan pelengkap hidup nya. Pemilik dan jurulatih pusat gym, pemilik kelab equastrian dan ketua kelab motor berkuasa tinggi. Dia lelaki yang setia pada cinta. Hanya Sharifah Amanda satu-satunya wanita yang di cintai.
Disebabkan satu kemalangan, Megat Zill telah lumpuh di kedua-dua belah kaki. Megat Zill terlantar seperti mayat hidup di atas katil. Sharifah Amanda pula seakan tidak sanggup mahu menjaga Megat Zill biarpun umi Megat Zill mendesak mereka untuk berkahwin kerana Puan Mahani mahu ada seorang isteri yang boleh menguruskan Megat Zill.
Diandra Maleeqa, gadis sederhana. Berperwatakan biasa dan tidak pandai bergaya macam gadis lain. Hidup tidak pernah aman dek kerana hutang ayah nya yang sudah menjangkau puluhan ribu dengan ah long. Puteri Zahara, adik kepada Megat Zill adalah sahabat baik nya ketika belajar di universiti. Sewaktu pertama kali melihat Megat Zill 2 tahun yang lalu, dia jatuh suka dengan lelaki itu dalam diam. Namun lelaki itu langsung tidak pernah berminat mahu memandangnya dan lelaki itu sering saja mencari salah nya.
Apabila dia mendengar khabar bahawa umi Puteri Zahara sedang mencari seorang penjaga untuk menjaga Megat Zill sehingga sembuh dengan syarat harus berkahwin dan ditawarkan sejumlah wang sebanyak RM100,000.00 untuk menggalas tanggungjawab itu,Diandra sanggup tawarkan diri. Dia terdesak perlukan duit kerana ingin melunaskan semua hutang ayahnya dan dia ikhlas mahu menjaga Megat Zill sehingga sembuh.
Megat Zill yang seperti sudah hilang semangat untuk hidup, mampukah dia bersetuju untuk menerima perkahwinan dengan budak hingusan yang paling dia tidak suka itu?
Di saat Megat Zill sudah kembali sembuh, Sharifah Amanda kembali mendekatinya. Hanya kerana satu fitnah yang di tabur, Diandra telah di halau keluar seperti pengemis. Dan Megat Zill semakin membenci Diandra.
Diandra pula, sejak saat itu, hatinya sudah mati untuk lelaki bernama Megat Zill Qayyum!
>>>>>>>>>>
🔥Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.
🔥Nama watak, nama tempat dan sebagainya hanyalah imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
🔥Just enjoy the story.
All Right Reserved:
Karya asal
Mi_Amethyst 💜
YOU ARE READING
MILIK MEGAT ZILL QAYYUM (TERBIT)
RomanceKerana Dia Pemilik Cinta Sejatiku... Megat Zill Qayyum x Diandra Maleeqa Dian adalah seorang gadis yang hidup serba susah. Sejak kecil dia tidak pernah kenal siapa ibu nya. Ayahnya pula seorang kaki judi. Dan Dian lah yang terpaksa bekerja keras dem...