BAB 14

6.2K 238 4
                                    

"Umi tak sangka Manda macam tu, Zara. Betul-betul tak sangka..."

Puan Mahani sejak tadi sudah menangis teresak-esak. Tidak mampu hendak melihat Megat Zill yang menangis sejak tadi. Dalam keadaan susah begini, di tinggalkan pula oleh wanita yang di sayangi, tentu saja hati anak nya hancur remuk.

Puteri Zahara hanya diam. Sememang nya dari awal-awal lagi dia sudah tahu sikap Sharifah Amanda tu macam mana. Cuma dia malas mahu cakap panjang lebar bila along nya sentiasa mahu menyebelahi perempuan itu. Sekarang sudah jelas depan mata, siapa Sharifah Amanda yang sebenarnya.

Cuma sekarang, apa lagi yang perlu mereka buat? Sudah pasti tiada mana-mana wanita yang sanggup menggalas tanggungjawab untuk menjadi isteri along nya yang lumpuh itu. Kecuali.....

Puteru Zahara terus bulat mata.

"Umi... Zara ada satu idea. Itu pun kalau umi setuju... "

Puan Mahani yang sudah berhenti menangis, memandang ke arah anaknya.

"Apa dia Zara?"

Soal Puan Mahani ingin tahu.

"Kita tetap akan cari calon isteri untuk along.."

Puan Mahani kerut dahi. Seakan tidak mahu lagi bersetuju dengan cadangan dari Puteri Zahara. Mana mungkin Megat Zill akan setuju dengan cadangan kali ini dalam keadaan dia kecewa begitu.

"Umi rasa tak perlu lagi la Zara. Pandai la umi nak buat apa nanti..."

Puan Mahani sudah mengalah sebenarnya. Takut nanti kalau tersilap calon, makin merana hidup anak nya nanti.

"Umi sendiri kan tak berapa sihat. Nanti kesihatan umi terjejas kalau setiap masa nak jaga along. Dah la along sekarang kuat memberontak, marah-marah..."

Kedengaran Puan Mahani mengeluh lemah. Dia cuba untuk mendengar apa pula cadangan Puteri Zahara kali ini.

"Zara nak buat apa lagi kali ni?"

Soal Puan Mahani ingin tahu.

"Kalau umi setuju, kita yang tolong cari calon isteri untuk along. Nanti kita bagi ganjaran bagi sesiapa yang sanggup. Tapi ganjaran tu kita hanya akan bagi kalau along sembuh. Itu syarat nya."

Terhenyak Puan Mahani mendengar cadangan dari Puteri Zahara yang kedengaran tidak masuk akal saja baginya.

"Nanti umi tak nak orang jaga along tu semata-mata nak kan ganjaran tu Zara. Nikah kahwin bukan untuk dibuat main."

Puan Mahani membantah. Tidak setuju. Cadangan ini seolah-olah mempertaruhkan hidup anak nya sendiri.

Puteri Zahara geleng kepala. Dia tahu apa yang dia nak buat. Tak semestinya semua orang sanggup menerima tawaran ini biarpun di tawarkan dengan ganjaran yang lumayan. Hendak menjaga dan mengurus along nya perlukan emosi dan mental yang kuat. Bukan semudah yang di sangka.

"Tau la Zara nak buat macam mana nanti umi. Umi jangan risau. Cuma Zara minta umi bincang elok-elok dengan along nanti pasal ni. Harap along setuju. Untuk kebaikkan along jugak."

"Berapa ganjaran yang Zara nak pertaruhkan? Kita kena bincang dulu dengan Abi pasal ni. Ni melibatkan kehidupan along Zara sendiri."

"Seratus Ribu."

"Seratus ribu!?"

Terkejut Puan Mahani mendengar jumlah yang di sebut oleh Puteri Zahara. Tangan terus naik mengurut dada nya perlahan.

********

"Zill... boleh umi masuk?"

Puan Mahani berdiri di muka pintu. Selepas kedatangan Sharifah Amanda semalam, Megat Zill semakin mendiamkan diri. Tidak mahu makan dan minum. Dia sangat risau melihat keadaan anak nya sekarang. Bimbang nanti masalah kesihatan lain pula yang datang kalau Megat Zill terus-terusan begini.

MILIK MEGAT ZILL QAYYUM (TERBIT)Where stories live. Discover now