"Okay, kelas boleh bersurai! Jangan lupa siapkan nota yang saya bagi tadi."
Bergema suara Encik Rashid menamatkan waktu kuliah nya tengahari ini. Pelajar mula berpusu-pusu keluar meninggalkan dewan kuliah. Sudah masa untuk rehat tengahari sekarang.
"Jom la lunch kat kafe favourite kita."
Ajak Hafiz menghampiri Diandra dan Puteri Zahara yang masih mengemas buku ke dalam beg sandang masing-masing.
"Ha elok jugak tu. Jom la Dian. Aku pun dah lapar la.."
"Err korang pergi je lah. Aku tak lapar..."
Diandra menolak cara baik. Macam mana la dia pergi makan kat kafe tu. Nanti nak bayar guna apa? Sedangkan duit gaji dia semalam lagi dah habis untuk bayar hutang ah long. Satu sen pun tak ada yang tinggal. Cukup-cukup untuk isi minyak motor cabuk nya tu saja nak tunggu dapat gaji lagi minggu depan.
"Kau dah makan ke Dian?"
Soal Puteri Zahara tak puas hati. Sejak pagi tadi tak ada pun dia tengok Dian makan atau minum. Macam mana pulak dia boleh kata dia tak lapar.
"Aaa dah...aku dah makan pagi tadi kat rumah."
Tipu sunat.
Puteri Zahara mengeluh kecil. Sudah masak sangat dengan perangai di Diandra ni. Nak menipu pun tak pandai.
"Dah. Jangan nak banyak dalih. Jom aku belanja."
Pantas pergelangan tangan Diandra di tarik bangun dari kerusi.
"Eh..tak payah...kan aku cakap aku dah makan pagi tadi. Kau ni... kau nak suruh aku gemuk ke?"
"Ye. Memang aku nak suruh kau gemuk. Ni dah cekeding sangat aku tengok badan kau ni."
"Kau dengan Hafiz pergi je laa.. Tak payah risau pasal aku."
Diandra masih mahu menolak. Dia tidak mahu menyusahkan Puteri Zahara. Sudah puas telinga dia mendengar desas desis orang memperkatakan tentang dirinya yang di anggap sekadar ambil kesempatan di atas kesenangan sahabat nya itu.
"Jom la Dian. Kita orang anytime je boleh belanja kau makan. Dah jom."
Hafiz pula mendesak.
Nak tak nak Diandra terpaksa juga angkat tubuh bila Puteri Zahara berkeras menarik tangannya bangun dari situ.
***********
"Sayang, jom kita makan kat kafe sana tu!"
Tunjuk Sharifah Amanda seraya menarik lengan Megat Zill menghala ke arah sebuah kafe yang tidak jauh dari situ. Megat Zill sekadar menuruti saja. Hari ini dia free sepanjang hari, jadi banyak masa nak temankan Sharifah Amanda keluar selepas gadis itu habis kuliah tadi.
"Pilih la lauk apa kau nak Dian. Hari ini biar aku belanja kau okay."
Ujar Hafiz yang sedari tadi berdiri di belakang Diandra. Mata melirik ke dalam pinggan yang berada di tangan Diandra yang masih belum di isi dengan lauk. Hanya ada setompok nasi putih sahaja yang baru di cedok Diandra tadi. Puteri Zahara pula menunggu di meja takut meja kena ambil orang lain nanti. Nampak penuh je pelanggan tengahari ni.
"Aku tak nak la susah kan kau Fiz."
"Eh susah apa pulak ni. Nak belanja kau makan aje pun. Tak luak la Dian. Nanti kau doa la supaya aku murah rezeki, supaya aku dapat belanja kau makan selalu. Haa gitu..."
Hafiz memujuk. Jatuh kasihan melihat Diandra sekarang ini.
"Err terima kasih Fiz."
"Dah pilih lauk kau cepat. Cepat kita makan ,cepat kita gerak balik kampus. Kau dengan Zara ada training netball lagi kan petang ni."
YOU ARE READING
MILIK MEGAT ZILL QAYYUM (TERBIT)
RomantizmKerana Dia Pemilik Cinta Sejatiku... Megat Zill Qayyum x Diandra Maleeqa Dian adalah seorang gadis yang hidup serba susah. Sejak kecil dia tidak pernah kenal siapa ibu nya. Ayahnya pula seorang kaki judi. Dan Dian lah yang terpaksa bekerja keras dem...