Puteri Zahara yang terlena sedikit terkejut bila merasa seperti ada benda bergerak-gerak di tangan nya. Lantas dia bangkit kepalanya yang rebah di sisi tangan along nya. Mata kemudian di alihkan ke jemari along nya yang kelihatan sedikit bergerak.
"Ya Allah! Along...along dah sedar ke?"
Puteri Zahara terus berlari keluar. Mahu memanggil doktor yang bertugas.
Sudah 4 hari Megat Zill tidak sedarkan diri. Hari ini bila Puteri Zahara melihat jemari along nya sudah mula bergerak, tentu la dia merasa sangat bersyukur. Kedua ibu bapanya terus di hubungi mahu memaklumkan tentang keadaan along nya sekarang.
Doktor Farid fokus memeriksa keadaan Megat Zill sekarang. Satu perkembangan yang baik kerana Megat Zill masih boleh berinteraksi secara normal.
"Keadaan Encik Zill stabil. Tiada apa yang perlu di risaukan. Cuma pihak kami masih perlu menjalankan pemantauan rapi ke atas Encik Zill dulu buat sementara waktu. Selepas ini kami akan pindah kan Encik Zill ke wad rawatan pesakit biasa."
Ujar doktor Farid sambil mencatat sesuatu ke atas kertas yang berada di tangannya.
Puteri Zahara angguk.
"Terima kasih doktor."
Doktor Farid angguk dan kemudian terus keluar dari situ.
Wajah along nya yang nampak muram di pandang sayu. Masih lagi jelas kelihatan luka-luka dan bengkak di wajah along nya.
"Along dah sedar.. lama adik tunggu along sedar..."
Puteri Zahara mengenggam erat tangan alongnya. Mahu menyalurkan sedikit kekuatan buat alongnya.
Dahi Megat Zill berkerut. Seakan menahan rasa sakit yang teramat sangat ketika ini. Seketika matanya melilau ke sekeliling. Nampak seperti hospital.
"Dah berapa lama along kat sini dik?"
Soalnya dengan nada suara yang sedikit tersekat.
"Dah 4 hari along. 4 hari along tak sedarkan diri."
Jelas Puteri Zahara sayu. Sesekali dia mengesat airmata yang mengalir di tubir matanya.
"Along haus."
Mendengar saja kata-kata along nya, bingkas Puteri Zahara bangkit dari duduk. Dia mencapai gelas kosong dan menuang air kosong untuk di berikan kepada along nya.
"Nak lagi?"
Soal Puteri Zahara prihatin.
Melihat Megat Zill menggeleng kepala, gelas itu di letak semula ke atas meja di sisi katil.
Kedengaran pintu di kuak dari luar. Puan Mahani dan Megat Zahran melangkah masuk ke situ.
"Zill... Zill dah sedar nak?"
Puan Mahani terus meluru mendapatkan Megat Zill yang memandangnya dengan perasaan yang sayu.
"Ya Allah! Alhamdulillah... Zill dah sedar. Lega hati umi tengok."
Ubun-ubun anak nya diusap perlahan. Beberapa hari ini dia tidak lena tidur mengenangkan nasib anak nya yang sudah 4 hari tidak sedarkan diri. Hari ini, dia panjatkan syukur ke hadrat Allah kerana masih memberi peluang kepada anak nya untuk terus bernafas.
Jika di ikutkan kata doktor tempoh hari, kalau melihat kepada kesan kemalangan, jarang mangsa yang akan selamat. Kerana kereta Megat Zill memang remuk 95%. Namun Megat Zill sangat bernasib baik kerana Allah masih panjangkan usianya.
"Umi..Zill nak balik. Zill tak nak duduk lama-lama kat sini. Zill tak nak terbaring kat sini."
Megat Zill seakan hilang ketenangan sekarang ini.
YOU ARE READING
MILIK MEGAT ZILL QAYYUM (TERBIT)
RomanceKerana Dia Pemilik Cinta Sejatiku... Megat Zill Qayyum x Diandra Maleeqa Dian adalah seorang gadis yang hidup serba susah. Sejak kecil dia tidak pernah kenal siapa ibu nya. Ayahnya pula seorang kaki judi. Dan Dian lah yang terpaksa bekerja keras dem...