BAB 18

6.4K 248 9
                                    

Sebentar lagi akan berlangsung nya majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di rumah keluarga Megat Zill. Hanya dihadiri oleh keluarga Megat Zill, tok kadi serta beberapa orang saksi serta ayah Diandra sendiri. Itu pun sudah puas Diandra memujuk ayahnya untuk menjadi wali, baru lah ayahnya bersetuju untuk datang ke sini.

Sedari tadi Megat Zill sudah ketap rahang kuat. Menahan rasa sakit hati yang teramat sangat. Sungguh dia tidak menyangka bahawa calon yang di pilih umi nya adalah budak hingusan ini. Kalau orang lain mungkin dia boleh berlapang dada, tapi tidak dengan budak hingusan ini. Tambahan lagi bila dia melihat wajah ayah Diandra sekarang ini yang bakal menjadi wali, bertambah sakit hatinya.

Diandra hanya diam sedari tadi. Sekadar mengenakan baju kurung putih di baluti selendang di kepalanya. Tiada persalinan yang gah dan meriah kerana itu adalah permintaan Megat Zill sendiri. Tidak mahu pernikahan ini di adakan terlalu meriah. Keluarga terpaksa akur dengan permintaan nya.

Jauh di sudut hati, Diandra gelisah dan takut sebenarnya. Melihat riak tegang dan bengis yang terpancar pada wajah Megat Zill, dia sudah tahu yang lelaki itu memang tidak rela dengan pernikahan ini.

Megat Zill yang duduk di atas katil sesekali di kerling sekilas. Mampukah dia menghadapi keegoaan dan kebencian lelaki itu nanti? Lelaki yang jelas nyata membenci diri nya selama ini? Diandra hela nafas sedalam yang mungkin. Ini adalah kehendak dan pilihan nya sendiri. Jadi dia tidak akan mengalah dan berputus asa demi untuk membantu lelaki itu sehingga sembuh.

"Kalau semua dah sedia, boleh kita mulakan upacara akad sekarang?"

Tok kadi sudah mula menyoal. Semua hanya membalas dengan anggukan perlahan. Puteri Zahara sedari tadi duduk di sebelah Diandra. Mahu menemani sahabatnya untuk meraikan hari pernikahannya. Biarpun dia rasa semua ini macam satu mimpi, namun Puteri Zahara bahagia kerana Diandra sanggup untuk menjadi isteri along nya dalam keadaan along nya yang tidak sempurna sekarang.

Tok kadi kemudian menyerahkan majlis akad kepada ayah Diandra. Kelihatan tok kadi beberapa kali juga mengajar ayah Diandra lafaz akad yang perlu di sebut nanti. Setelah hampir 10 kali juga tok kadi mengajar, barulah ayah Diandra dapat menyebut dengan jelas. Kemudian tangan dihulur ke arah Megat Zill yang memandang nya tajam sejak tadi. Nampak urat-urat di sekitar pelipis lelaki itu timbul. Seakan menahana rasa marah.

Tiada pilihan, Megat Zill sambut juga huluran tangan ayah Diandra dalam keterpaksaan.

Muazzam berdehem kecil. Menggigil tangannya ketika bersalaman dengan Megat Zill saat ini. Kenapa aura lelaki itu terasa begitu panas sekali?

Sedikit gugup Muazzam mula melafazkan akad.

"Megat Zill Qayyum Bin Megat Zahran, aku nikahkan di kau dengan anak ku Diandra Maleeqa Binti Muazzam dengan mas kahwin nya lima ratus ringgit tunai."

Megat Zill diam. Hanya bebola matanya saja yang bergerak-gerak. Dia merasakan lidah nya tiba-tiba saja menjadi kelu untuk melafazkan ijab dan kabul.

Megat Zahran yang duduk di sisi anaknya, menegur perlahan supaya Megat Zill segera melafazkan akad nya.

"A...aaa...aku....."

Megat Zill mendengus kasar.

"Kita mulakan sekali lagi."

Putus tok kadi yang sedari juga menunggu.

Muazzam angguk.

"Megat Zill Qayyum Bin Megat Zahran, aku nikahkan di kau dengan anak ku Diandra Maleeqa Binti Muazzam dengan mas kahwin nya lima ratus ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Di....Dia...Di....."

Untuk kali kedua Megat Zill masih lagi tidak mampu untuk melafazkan akadnya. Hatinya gelisah dan tidak tenang.

MILIK MEGAT ZILL QAYYUM (TERBIT)Where stories live. Discover now