Sedari petang tadi pekerja-pekerja Ziyad Coffee House tidak menang tangan menerima oder daripada pelanggan yang datang. Tambahan lagi malam ini malam minggu, memang ramai yang akan keluar lepak di kedai-kedai kopi. Ziyad Coffee House merupakan salah satu tempat kegemaran bagi penggemar kopi kerana rasa dan aroma kopi yang sangat berlainan dan berbeza dari kopi di tempat lain.
Diandra dan Hafiz turut tidak menang tangan hari ini jadi barista. Seketika mereka terlupa sebentar dengan masalah yang berlaku siang tadi. Membancuh kopi boleh menjadi salah satu cara untuk release tension, apatah lagi kalau dapat minum secawan kopi, tentu saja akan memberi kelegaan kepada penggemar kopi seperti mereka.
"Eh Fiz, boleh tahan customer hari ni. Tak cukup tangan sediakan oder hari ini. Tapi seronok laaa kalau macam ni hari-hari. Mesti takkan sempat punya nak fikir masalah dunia kan?"
Diandra menghampiri Hafiz yang sedang sibuk menambah kiub ais ke dalam cooler box. Hari ini menu Cafe Latte dan Cappucino banyak mendapat sambutan.
"Dah tiba hujung minggu kan..biasalah. Memang masa untuk orang keluar lepak minum kopi. Eh kau nak stay sampai pukul 11 malam ke ni?"
Hafiz melirik jam di pergelangan tangannya. Sekarang sudah pukul 9 malam. Malam minggu coffee house akan beroperasi sehingga jam 11 malam. Hari bekerja sahaja akan beroperasi hingga jam 10 malam.
Diandra angguk.
"Aku ni kalau nak kerja sampai 2 pagi pun aku okay. Nak cepat-cepat balik rumah tu pun nak buat apa. Bukan ada sesiapa pun nak sambut aku. Lain la macam kau. Kau ada keluarga yang lengkap. Aku ni nama je ada ayah, tapi tu lah... tetap aku rasa macam aku ni anak yatim piatu je..."
Hafiz mengeluh kecil. Mula dah si Diandra ni.
"Jangan cakap macam tu Dian. Siapa kata kau tak ada keluarga? Keluarga aku tu semua anggap kau dah macam anak sendiri. Mama aku tu bukan main lagi sayang dekat kau tau. Semalam mama ada tanya kenapa dah lama kau dengan Zara tak datang rumah."
"Yeke Fiz? Hmmm... Tapi tetap tak sama dengan kasih sayang dari ibu kandung sendiri Fiz... aku ni sejak kecil tak pernah jumpa lagi dengan ibu aku. Entah ibu aku tu masih hidup lagi atau tak."
Hafiz kalih badan. Menghadap ke arah Diandra yang ralit merenung ketulan ais di dalam cooler box di tepinya.
"Kau nak dapat mama segera tak Dian?"
Soal Hafiz tiba-tiba.
Diandra kerut dahi. Dia pandang wajah Hafiz dengan seribu persoalan.
"Apa maksud kau mama segera ni? Pelik-pelik la kau ni. Macam cakap nak dapat mi segera je bunyi nya."
Kelihatan Hafiz tersengih-sengih lebar di situ. Lain macam aje si Hafiz ni.
"Kau kena kahwin laaa..."
Membulat mata Diandra mendengar kata-kata Hafiz. Kemudian dia hambur gelak kuat di situ.
"Tak kelakar okay!"
"Eh aku cakap betul la... kalau kau kahwin memang kau akan dapat terus keluarga baru tau."
Hafiz pandang wajah Diandra yang masih lagi galak ketawa di depannya.
"Kau fikir kahwin tu macam main masak-masak ke Fiz? Aku ni belum habis belajar lagi. Kerja pun belum. Ni.. ni... cuba kau tengok betul-betul muka aku ni.. tak nampak ke betapa buruk dan hodoh nya muka aku ni... kau ingat ada ke orang yang nak dekat aku ni? Kau ni... mengarut lah!"
Hafiz mencebik. Dia cakap betul-betul, si Dian ni jawab main-main pulak.
"Nak jatuh cinta tak semestinya kena cantik. Ada je orang tak cantik kat luar sana tu tapi ada je orang yang sudi sayang dengan mereka. Kalau cinta sebab cantik ni Dian, takkan kekal lama. Percaya la cakap aku. Sebab cinta tu bukan datang dari hati yang ikhlas."
YOU ARE READING
MILIK MEGAT ZILL QAYYUM (TERBIT)
RomanceKerana Dia Pemilik Cinta Sejatiku... Megat Zill Qayyum x Diandra Maleeqa Dian adalah seorang gadis yang hidup serba susah. Sejak kecil dia tidak pernah kenal siapa ibu nya. Ayahnya pula seorang kaki judi. Dan Dian lah yang terpaksa bekerja keras dem...