BAB 4

6.7K 261 11
                                    

"Hafiz, aku balik dulu la ye. Lewat sangat dah ni."

Selesai menolong Hafiz menutup dan mengunci pintu coffee house, Diandra segera menghampiri motorsikal cabuk nya yang terparkir tidak jauh dari situ. Helmet yang sudah usang di sarung ke kepala dan di ketatkan.

"Ha yelah. Hati-hati balik tu Dian. Dah malam ni. Jangan laju sangat bawak motor tu. Kau tu kadang-kadang kalah mat rempit kalau bawak motor tu. Jumpa kat kampus esok."

Kadang-kadang kesian jugak Hafiz tengok si Diandra ni. Bersusah payah bekerja dari siang sampai ke malam demi nak cari duit untuk tampung pengajian dia kat universiti. Nasib baik la angah dia setuju mahu mengambil Diandra bekerja part time kat sini walaupun memang tiada jawatan part time pun sebenarnya kat coffee house ni. Cuma dia terlalu kesiankan Diandra dan dia mendesak angah nya supaya dapat tolong beri Diandra peluang untuk kerja dekat sini. Lagipun Diandra memang mahir membancuh kopi.

"Okay boss! Tau lah. Kau pun hati-hati juga eh. Aku balik dulu. Assalamualaikum."

Diandra terus menghidupkan enjin motorsikal nya dan terus meninggalkan kawasan coffee house. Sekarang sudah jam 10 malam. Entah ada entah tidak ayah dia kat rumah tu. Tak habis-habis nak main judi saja kerja orang tua tu. Hutang pula sudah hampir menjangkau RM30,000.00 sekarang. Mana dia nak cari duit sebanyak tu? Ah long pula tak henti-henti datang mengacau ke rumah menagih hutang.

Selepas meninggalkan kawasan coffee house, kelihatan sebuah motorsikal berkuasa tinggi Ducati V4R turut bergerak perlahan dari situ mengekori Diandra dari belakang dengan senyap tanpa di sedari oleh Diandra yang dia sedang di ekori oleh seseorang.

Diandra santai-santai sahaja membonceng motor cabuknya. Tiada apa juga yang hendak di kejarkan sangat nak balik ke rumah yang terasa macam neraka saja tu. Dia menikmati suasana malam yang tenang dan sedikit berangin. Nyaman terasa bila angin malam sesekali menampar kulit mukanya. Dia menyanyi-nyanyi kecil. Mahu menghiburkan hati sendiri. Mahu melupakan seketika masalah dunia yang tidak pernah akan habis.

Sesekali dia melilau pandangan bila ada pembonceng motor berkuasa tinggi melintasi nya. Dia teruja! Kadang-kadang sampai terlopong mulut nya akibat terlampau teruja kalau melihat motor mahal tu depan mata. Kalau la dia dapat memiliki sebijik motor mahal tu, fuh bahagia nya hidup. Inshaallah suatu hari nanti. Rezeki siapa tahu kan. Banyak yang dia  impikan sebenarnya.

Dia menaruh minat nak bawak motor berkuasa tinggi, nak aktif buat weight training kat gym, nak mahir menunggang kuda.. namun dia rasa semua ini hanya mampu menjadi angan-angan nya saja dan tidak akan menjadi kenyataan pun. Semua impian dia tu, hanya orang-orang kaya saja yang mampu dan layak untuk mencapainya.

Bila tiba di satu simpang jalan, Diandra membelok motorsikal nya perlahan memasuki kawasan rumah setinggan yang tersorok sedikit di kawasan yang terpencil di tepi hutan. Laluan memang agak gelap kerana kawasan itu adalah kawasan semak yang hanya ada laluan tanah sahaja. Langsung tiada lampu jalan di sekeliling nya.

Megat Zill sudah kerut dahi bila sedari tadi dia mengekori budak hingusan ni. Tempat apa dia pergi ni? Dia tinggal kat dalam hutan ke? Dah la kawasan sekitar gelap gelita. Hanya lampu dari Ducati nya yang menyuluh untuk menerangi jalan yang agak sempit itu.

Dia menjarakkan diri sedikit jauh dari Diandra. Tidak mahu budak hingusan tu menyedari yang dia di ekori. Ketika dia melihat Diandra sudah masuk ke dalam sikit, dia berhenti di situ. Hanya memerhati dari jauh. Dia ternampak ada  sekumpulan lelaki berada di hadapan rumah sana sedang membelasah seseorang. Kawasan rumah setinggan? Itu lah tanggapan nya sekarang.

Bulat mata Diandra bila melihat ayah nya sedang di belasah oleh geng ah long di hadapan rumah. 

"Ya Allah! Ayahhh!!!"

MILIK MEGAT ZILL QAYYUM (TERBIT)Where stories live. Discover now