BAB 9

6.4K 278 7
                                    

Ziyad memandu dengan tenang Toyota Harrier nya membelah jalanraya yang agak lengang dan sunyi ketika ini. Sebenarnya dia berdebar nak menunggu hari esok. Pertama kali nak ajak Diandra keluar berdua. Mungkin dia perlu beri ruang untuk dirinya mengenali Diandra dengan lebih rapat lagi sekarang. Setakat ni dia tengok Diandra tu elok aje perangai nya. Rupa tak penting pun. Yang penting sekarang adalah hati. Hati yang suci dan cantik. 

"Angah plan nak ajak Dian keluar pukul berapa esok?"

Soal Hafiz yang baru selesai bermain permainan online di telefon bimbit nya.

"Petang la kot. Untung-untung boleh ajak Dian tengok wayang sekali. Alang-alang dah keluar kan, dating aje lah sekali."

Ziyad tersengih lebar.

"Huih!!! Gelojoh jugak angah ni ye?"

Namun Hafiz tetap angguk setuju.

"Pada pandangan angah la kan, angah tengok Dian tu macam mana?"

Hafiz ingin menduga. Mahu tahu setakat mana angahnya menilai keperibadian Diandra.

Sejenak Ziyad berfikir.

"Ni pendapat angah la ye. Dian tu ada kecantikkan nya yang tersendiri, cuma kita aje tak nampak sebab terlindung di sebalik penampilan dia yang biasa saja macam tu. Tapi bagi angah, cantik pada rupa tu tak penting, cuma kalau ada ianya kira satu bonus. Cantik pada hati tu yang penting sebab itu adalah satu anugerah yang paling mahal, tiada nilai. Dan Dian punyai kecantikan hati tu."

"Adik pun setuju tu angah. Dian memang seorang gadis yang baik. Adik dah lama kawan dengan dia. Jadi adik tahu dia macam mana."

Memang betul kata angah nya. Diandra punya hati yang cantik yang takkan semua orang mampu ada.

Sedang rancak bersembang, tiba-tiba saja mata Hafiz terpandang akan sesuatu di hadapan sana. Dia kecilkan mata mahu melihat lebih jelas di sebabkan keadaan jalan yang agak gelap kerana ada beberapa biji lampu jalan rosak di kawasan itu. Nampak macam motorsikal saja yang terbaring kat tepi jalan tu. Ada orang kemalangan ke? Hafiz mula rasa tidak sedap hati.

"Angah slow sikit. Angah nampak tak tu?"

Hafiz menunjuk ke depan. Ziyad memperlahankan pemanduannya. Dia juga cuba melihat ke hadapan. Dan ketika kereta yang di pandu Ziyad melintasi motorsikal yang terbaring di atas jalan, serta merta mata Hafiz dan Ziyad terbeliak luas.

Ya Allah!! Dian!!!!!!

Serentak kedua-dua lelaki itu menjerit kecil.

Ziyad terus menekan brek kereta dengan mengejut. Tidak menunggu lama dia bersama Hafiz terus meluru keluar dari kereta. Masing-masing sudah cuak dan cemas.

"Ya Allah! Dian! Dian!"

Ziyad terus memangku kepala Diandra ke atas ribanya. Mata kemudian memandang ke arah dahi Diandra yang sudah habis pekat dibasahi dengan darah.

"Apa dah jadi ni? Ya Allah!"

Baik Ziyad mahupun Hafiz, kedua-dua nya cemas. Seakan-akan buntu untuk berfikir secara rasional.

"Angah! Kita bawak Dian pergi hospital cepat! Cepat angah! Ya Allah...."

Hafiz benar-benar risau sekarang ni melihat keadaan Diandra.

Ziyad tidak menunggu lama. Dia terus mencempung tubuh Diandra masuk ke dalam perut kereta.

"Biar adik drive. Angah tolong tengokkan Dian kat belakang."

Putus Hafiz lalu terus berlalu ke tempat duduk pemandu. Risau hati nya ketika ini. Macam mana Diandra boleh kemalangan? Nasib baik mereka melalui jalan ini tadi. Kalau tidak, apa akan jadi dengan nasib Diandra tadi? Ya Allah! Kau selamatkan sahabat ku. Tidak putus-putus Hafiz berdoa dalam hati. Ziyad pula hanya mampu memandang ke arah Diandra yang tidak sedarkan diri. Baju nya sendiri sudah habis kotor tercemar dengan darah Diandra.

MILIK MEGAT ZILL QAYYUM (TERBIT)Where stories live. Discover now