"Dian? Kau serius ke ni?"
Puteri Zahara sangat terkejut. Hafiz sudah tidak mampu hendak berkata apa-apa lagi bila mendengar kesanggupan Diandra untuk menjadi isteri Megat Zill. Lantas bagaimana dengan perasaan angah nya nanti?
Diandra angguk. Dia sudah habis fikir. Dia sangat perlukan wang untuk langsaikan hutang ayahnya. Tapi dia juga benar-benar ikhlas mahu menjaga Megat Zill. Bukan semata-mata kerana mahu mendapatkan ganjaran. Dan dia tidak akan sesekali meminta hak nya sebagai isteri nanti. Dia mahu menjaga Megat Zill sehingga sembuh. Tidak kisah la kalau lelaki itu bencikan dia sekalipun, dia akan cuba untuk membantu lelaki itu untuk terus bersemangat meneruskan hidupnya. Dia tidak mahu lelaki itu terus hanyut dalam rasa kecewa nya.
"Aku serius Zara...lagi pun aku sangat perlukan duit untuk langsaikan hutang ayah aku. Aku tak nak ayah aku mati kena bunuh nanti Zara......"
Puteri Zahara hela nafas sedalam nya. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa sahabatnya sendiri yang sanggup berkorban untuk menggalas tanggungjawab ini. Sedangkan along nya sudah banyak melukakan hati Diandra sebelum ni.
"Tapi ini melibatkan perasaan dan masa depan kau jugak nanti Dian. Kalau kau terima tawaran ni , bererti kau akan menghabiskan sepanjang hidup kau dengan along aku nanti... aku tak nak kau berkorban sampai macam ni sekali Dian... walaupun aku sangat gembira kalau kau lah orang nya yang menjadi kakak ipar aku... tapi bukan ini yang aku nak...."
"Aku dah habis fikir Zara. Lagipun aku ikhlas nak tolong jaga along kau sampai sembuh. Aku bukan mengharapkan ganjaran semata-mata."
Hafiz sudah tidak senang duduk sejak tadi. Dia benar-benar tidak setuju kalau Diandra sanggup menawarkan diri untuk menjaga Megat Zill. Sudah pastinya Megat Zill akan marah nanti kalau dia tahu dia bakal mengahwini Diandra.
"Dian... kau tolong fikir masak-masak dulu Dian... jangan buat keputusan terburu-buru macam ni..."
Hafiz cuba untuk menghalang niat Diandra. Kalau angahnya tahu, tentu angahnya akan kecewa nanti.
Diandra pandang wajah Hafiz. Dia tahu Hafiz risaukannya. Tapi dia cukup sedar dengan apa yang sedang dia buat.
"Aku dah buat keputusan Fiz. Dan ini lah keputusan muktamad aku."
"Tapi Dian....."
"Kau jangan la risau Fiz. Inshaallah aku akan jaga diri aku sendiri nanti. Aku nak tolong Megat..."
Puteri Zahara sudah menangis teresak-esak. Tidak menunggu lama, tubuh Diandra terus di peluk erat.
"Terima kasih Dian.... Terima kasih kerana kau sanggup tolong aku... aku sayangkan kau Dian... dan aku berharap sangat-sangat semoga jodoh kau dengan along aku kekal nanti. Aku tak nak semua ni hanya berlaku separuh jalan saja..."
Diandra angguk. Dia tidak kisah akan hala tuju hidup nya selepas ini nanti. Dia tidak kisah bagaimana penerimaan Megat Zill nanti. Dia akan hadapi dengan sabar dan tabah. Asalkan Megat Zill boleh sembuh semula.
"Dian... aku tak boleh nak terima keputusan kau ni Dian..."
Hafiz masih lagi berkeras. Tidak setuju dengan keputusan Diandra. Dia bimbang kalau hati Diandra akan terus-terusan terluka nanti dengan sikap Megat Zill.
"Hafiz.. kau doakan aku...."
Itu saja yang Diandra minta sekarang dari sahabatnya.
Hafiz sudah kematian kata. Nampaknya Diandra tekad dengan keputusannya. Dan dia tiada hak untuk menghalang. Sebagai sahabat, dia pasti akan doakan yang terbaik untuk Diandra nanti.
*****
"Dian sanggup terima tawaran tu umi..."
Puan Mahani terkejut bila mendengar berita yang di sampaikan oleh Puteri Zahara.
YOU ARE READING
MILIK MEGAT ZILL QAYYUM (TERBIT)
RomanceKerana Dia Pemilik Cinta Sejatiku... Megat Zill Qayyum x Diandra Maleeqa Dian adalah seorang gadis yang hidup serba susah. Sejak kecil dia tidak pernah kenal siapa ibu nya. Ayahnya pula seorang kaki judi. Dan Dian lah yang terpaksa bekerja keras dem...