𝐖𝐏𝐃 𝟒

234 24 2
                                    

MATANYA tidak berhenti melilau memandang sekeliling Foyles tersebut. Terlalu banyak buku yang menarik sampaikan dia rambang mata untuk memilih.

Kakinya mula berhenti pada rak buku yang bergenre romance. Memang tak lengkap dunia imaginasinya kalau tak ada buku-buku yang bertemakan romantik. Bibir mula terlakar dengan senyuman.

Satu buku diambil untuk membaca sinopsis dari buku tersebut. Perlahan-lahan kakinya mula kembali melangkah sambil mata yang masih lagi melekat pada helaian novel yang dipegangnya itu.

Tiba-tiba...

"Aduh!" Kepalanya dipegang setelah terhantuk kuat dengan sesuatu yang agak keras. Kepalanya masih menunduk.

"I'm sorry." Berkerut dahinya sebaik sahaja dia panggung kepala. Kepalanya terhantuk dengan buku rupanya. Tapi macam mana pula buku tu boleh ada dekat sini? Terapung pula tu.

Sebaik sahaja buku itu diturunkan, mulutnya sedikit terlopong apabila melihat seorang lelaki yang kini berada di hadapannya. Matanya seakan terkunci dengan sepasang anak mata yang berwarna perang itu. Cantik. Wajah lelaki itu kemudian diamati dalam diam.

Sekejap, bukan ke...

"Kau?"

"Awak?"

Mereka berdua bersuara serentak. Masing-masing membulatkan mata mereka. Pertemuan apa pula kali ini?

"Awak yang tolong saya dekat lapangan terbang baru-baru ni kan?" soal Azaleya dengan penuh sopan. Harapnya dia tak salah orang.

Lelaki itu hanya menjadikan anggukan sebagai jawapan. Masih tidak ingin bersuara.

"Terima kasih sebab bantu saya. Kalau awak tak ada, rasanya saya dah masuk hospital disebabkan kena tamparan kuat dari abang tu." Azaleya menayangkan senyuman.

"Tak perlu berterima kasih. Lagipun memang kebetulan aku ada di situ. Dan aku taknak biarkan ada apa-apa kekacauan di sana," ujar Hud dengan penuh dingin. Bukan niatnya untuk nak berkata kasar, cumanya dia tak tahu cara untuk berlembut dengan perempuan.

"Lain kali jalan tu pandang depan. Jangan khusyuk sangat baca buku tu sampaikan dah tak sedar kehadiran orang di sekeliling," kata Hud seolah-olah memberi amaran yang keras. Namun kedengaran seperti prihatin buat Azaleya.

"Nasib baik aku sempat letak buku ni depan kau tadi. Kalau tak, dah habis batal wuduk aku." Azaleya tersengih malu. Malu dengan diri sendiri sebenarnya. Dia kalau dah nampak buku, memang tak akan peduli dengan keadaan sekeliling.

"Saya minta maaf encik..."

"Hud. Nama aku Hud." Azaleya hanya mengangguk. Hud rupanya nama dia.

"Dan aku nak minta maaf pasal kejadian baru-baru ni. Maaf sebab buat keputusan untuk mengaku jadi tunang kau." Azaleya tertawa kecil. Lucu juga lelaki di hadapannya ini. Terkejut juga apabila seorang lelaki yang langsung tidak dikenali tiba-tiba sahaja datang dan mengaku sebagai tunangnya.

"Tak apa. Saya faham."

"Leya, kau asal lama sangat ni? Beli buku ke buat buku?" Azaleya berkerut dahi. Entah dari mana Qaissara ini muncul. Wanita itu juga sepertinya tidak menyedari kehadiran Hud di situ. Hud pula hanya mampu berdiam diri.

Beberapa detik, baru lah Qaissara memandang pada wajah seorang lelaki yang sedang berhadapan dengan kawan baiknya. Matanya terbuntang luas sambil tangan menekup mulut. Ini bukan lelaki yang dia nampak tadi ke? Apa yang dia buat dekat sini dengan Azaleya? Mereka ni ada apa-apa hubungan ke?

"Siapa lelaki ni?" kata Qaissara separuh berbisik. Sesekali matanya mengerling sekilas ke arah Hud. Qaissara sejenis perempuan yang susah cair apabila berhadapan dengan mana-mana lelaki tetapi yang ini... tak dinafikan olehnya, memang helok!

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now