𝐖𝐏𝐃 𝟏𝟕

165 10 0
                                    

MATA Naura dari tadi tidak berhenti menilik wajah cantik di hadapannya saat ini. Wajah itu terlihat garang namun masih terselit kemanisannya apabila wanita itu tersenyum. Sebaik sahaja Azaleya berjumpa dengan Naura buat pertama kali, senyuman manisnya tidak lekang di bibir. Tidak dinafikan, senyuman Azaleya membuatkan aura kecantikan dan seri wajahnya semakin bertambah.

Semakin melebar senyuman Naura apabila melihat cara Azaleya bertutur kata dan juga dari tingkah lakunya. Keperibadian Azaleya benar-benar mengingatkan Naura semula tentang zaman mudanya dahulu. Zaman di mana kisah cintanya dan juga Umar mulai dirangkai.

"Ini ke perempuan yang Hud cerita dekat mama?" Mata Naura masih melekat pada wajah Azaleya. Dia benar-benar terpesona dengan kecantikan wanita itu. Memang tidak pelik lah jikalau anaknya itu jatuh hati pada Azaleya Azhara.

"Hmm... yang ini lah. Mama suka?"

"Suka. Suka sangat..." Bahu Azaleya diusap lembut sebelum tangan wanita itu digenggam erat oleh Naura. Pada saat ini Naura merasakan bahawa dia memiliki seorang anak perempuan. Entah doa apa yang diamalkan oleh Azaleya sehinggakan Naura sudah menunjukkan kasih sayangnya terhadap Azaleya seperti anak kandungnya sendiri.

Senyuman Azaleya juga semakin melebar apabila mendengar Naura berkata sebegitu. Tanpa sedar, kata-kata dari Naura membuatkan rasa gugupnya semakin berkurang.

"Azaleya tinggal satu taman dengan makcik ya?" Mata dikerdipkan sekali. Baru teringat bahawa rumah ibu Hud ini hanya lah selang beberapa rumah saja dari rumah Qaissara. Beberapa detik kepalanya mengangguk. Hud sudah pasti banyak bercerita tentang dirinya kepada ibunya sendiri.

"Lagipun itu rumah kawan Leya. Leya tinggal serumah dengan dia." Naura hanya mengangguk sambil tersenyum. Segan juga untuk menanyakan lebih-lebih pada wanita muda itu. Cukup lah dia tahu apa yang patut dia tahu sahaja.

"Sebelum tu makcik minta maaf pada Azaleya sebab mungkin selama ni Hud dah bercakap kasar dengan Azaleya. Makcik sebagai ibu dia, makcik minta maaf ya? Hud memang begini sikapnya. Dia tak berapa biasa nak berinteraksi secara lembut dengan perempuan." Naura ukir senyuman kekok. Azaleya hanya tersenyum apabila melihat Naura.

Di mata Azaleya, Naura seorang ibu yang penyayang dan juga seorang wanita yang sentiasa bersikap lemah lembut. Sifat dari Naura ini membuatkan Azaleya merasa selesa apabila berinteraksi dengan wanita tersebut.

"Tak apa lah, Leya faham. Awal-awal kenal tu Hud memang agak kasar, tapi bila dah lama kelamaan kenal Hud, Leya tahu Hud tak bermaksud untuk nak bersikap begitu. Dan bila semakin rapat dengan Hud, Leya juga tahu dia sebenarnya seorang lelaki yang baik. Sekarang pun Leya perasan yang dia dah selalu cuba untuk bersikap lembut dengan Leya." Azaleya mengerling ke arah Hud yang dari tadi lagi sudah menatap ke arahnya. Mata mereka saling bertembung buat seketika.

Naura tertawa kecil. Mungkin Hud mula bersikap begitu dengan perempuan yang dia selesa dan juga perempuan yang sudah menambat hatinya. Setahunya, Hud memang agak sukar untuk bersikap lemah lembut dengan mana-mana wanita walaupun sudah berkali-kali dinasihati.

"Azaleya memang setuju ke nak kahwin dengan Hud?" Pertanyaan dari Naura membuatkan Azaleya mengebilkan matanya beberapa kali. Senyuman manis mula diukir seraya kepalanya mengangguk.

"Leya setuju. Lagipun Leya nampak yang Hud juga ikhlas untuk nak ambil Leya sebagai isteri dia." Azaleya tiba-tiba menunduk dan tersenyum malu. Teringat pula waktu di mana Hud melamarnya semasa menghadiri kursus kahwin baru-baru ini. Kelakar juga lelaki itu.

Naura dan Hud tersenyum sebaik sahaja mendengar jawapan dari Azaleya. Jawapan yang selama ini mereka jangkakan.

"Kalau begitu, dua bulan lagi boleh kita teruskan dengan akad nikah? Hud pernah cakap yang Azaleya ada buka butik sendiri ya?" Sedikit tersentak Azaleya dibuatnya. Dua bulan? Bukannya dia tidak suka tetapi... entah kenapa wajah Azaleya saat ini terasa sedikit membahang. Dia malu dan gementar secara tiba-tiba! Kepalanya hanya mengangguk apabila Naura menyoalnya.

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now