𝐖𝐏𝐃 𝟓

225 23 1
                                    

SEBAIK sahaja sampai di rumah, matanya kalut mencari kelibat seseorang. Kelibat yang dia sangat rindui.

"Assalammualaikum ma! Hud dah balik!" Perlahan-lahan dia berjalan ke ruang tamu. Kelibat ibunya masih dicari namun sayangnya bayangan ibunya langsung tiada. Ke mana?

Langkahnya kemudian diarah menuju ke dapur. Tepat tekaannya. Naura memang ada di situ. Senyumannya semakin melebar sambil memandang pada belakang tubuh ibunya.

Perlahan-lahan dia mendekati ke arah Naura dan memeluk tubuh ibunya itu dari belakang.

"Masak apa, ma?" Naura bagaikan tersentak apabila mendengar suara anak lelakinya dari belakang. Air mata yang sejak tadi mengalir cepat-cepat diseka namun Hud perasan akan hal itu. Tubuh Naura segera dikalihkan supaya menghadap ke arahnya.

"Mama menangis?" soal Hud sambil mengamati wajah ibunya yang sudah merah. Laju sahaja Naura menidakkan persoalan yang ditanya oleh anaknya itu.

"Mana ada lah. Buat apa mama nak nangis?" Naura tertawa sendiri. Dia mencuba sehabis baik untuk menutup kesedihannya walaupun dia tahu wajahnya yang merah saat ini sudah cukup menunjukkan yang dia baru sahaja mengalirkan air mata.

"Sebab rindu Hud? Atau... mama rindu papa?"

"Kedua-duanya." Naura tersengih dengan air matanya yang kembali jatuh. Hud tersenyum. Tangan ibunya kemudian digapai dan dia menarik tangan itu ke ruang tamu. Bahu Naura dipegang dan didudukkan di atas sofa. Hud juga sudah duduk melutut di hadapan ibunya sambil tangan Naura dikucup dan diusap berkali-kali. Cuba untuk menenangkan ibunya.

"Hud kan ada? Hud sentiasa ada untuk mama. Hud akan jaga mama untuk papa. Hud tak suka tengok air mata mama jatuh sebab Hud rasa Hud gagal jadi seorang anak yang baik. Hud rasa Hud gagal jaga mama." Lagi deras air mata Naura mengalir. Perwatakan Hud dan juga Umar memang sama. Kedua-duanya benci untuk melihat air matanya jatuh.

Kedudukan Hud kini sudah berubah posisi. Dia kemudian duduk bersila dan kepala dilentokkan di atas paha Naura. Tangan ibunya itu masih tidak lepas dari genggamannya. Tangan Naura juga naik dan mengusap lembut kepala anaknya itu. Momen ini adalah momen yang paling disukai Hud. Setiap kali selepas pulang dari kerja, orang pertama yang akan Hud cari dulu adalah Naura. Baginya, tidak apa yang lebih indah melainkan meluangkan masa bersama si ibu.

"Pergilah mandi dulu. Ni dengan baju pun belum buang lagi. Lepas mandi, turun bawah kita makan sama-sama," kata Naura dengan penuh kelembutan.

"Kejap lagi lah, ma. Hud nak charge energy dulu," ujar Hud sambil kelopak matanya sudah ditutup rapat. Naura menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Hud kalau dengan dia memang auto akan jadi manja.

"Ma..." Panggilan dari Hud membuatkan Naura menunduk, memandang pada anaknya yang masih berada dalam posisi yang masih sama.

"Hmm."

"Hud nak tanya sesuatu pasal papa boleh?" Kepala kemudian didongak untuk melihat wajah ibunya.

"Boleh... tanya je lah."

"Bagi mama, papa tu orang yang macam mana? 28 tahun Hud hidup tapi tak pernah pun tahu benda ni. Teruk betul lah." Dia tersenyum sinis. Terasa gagal sebagai seorang anak. Langsung tak pernah ambil tahu tentang arwah bapanya.

"Papa tu seorang yang sangat soft-spoken dan prihatin orangnya. Waktu awal pertemuan je papa tu agak kasar sikit. Tapi lepas dah kahwin, papa betul-betul berubah. Dia jadi seorang yang lebih penyayang dan manja. Gatal itu pasti." Naura dan Hud tertawa. Teringat pula kenangannya bersama Umar.

"Iya ke papa macam tu, ma?" soal Hud seakan-akan tidak percaya. Boleh tahan kelakar juga perangai bapanya dulu.

"Iya lah. Kalau boleh asyik 24 jam je nak berkepit dengan bini dia. Hud pun mesti macam tu juga dengan isteri Hud nanti. Tengoklah sekarang macam mana perangainya. Manja betul." Rambut anaknya sengaja diserabutkan.

"Manja dengan mama je taknak orang lain."

"Iya lah tu. Hud nanti dah ada isteri, baru Hud tahu rasanya bila asyik nak berkepit je memanjang dengan isteri tu. Dah namanya pun bila dah sayang kan? Memang taknak berjauhan langsung dengan pasangan." Hud hanya tertawa sambil menggelengkan kepala. Lambat lagi untuk dia merasai semua benda tu.

"Bila nak bawa balik menantu untuk mama? Hud memang belum ada calon ke? Ke nak mama carikan?" soal Naura sambil menjungkitkan keningnya.

"Belum ada lah ma. Nanti-nanti lah dia datang sendiri." Kepala kembali dilentokkan di atas paha Naura. Malas betul dia nak mencari jodoh. Rasanya macam nak tunggu je jodoh tu turun dari langit. Tapi semua itu mustahil!

"Mana boleh macam tu. Jodoh tu memang lah di tangan Tuhan, tapi pada masa yang sama kita pun kena ada usaha juga untuk nak mencarinya. Dia memang tak akan bergolek sendiri datang dekat kita. Semuanya atas diri kita sendiri. Kalau kita dah ada usaha, selebihnya itu kita serahkan pada Dia sahaja. Faham tak apa yang mama cakap ni?" Kepala anaknya kembali diusap dengan penuh lembut. Soal jodoh ni memang perlu bertegas dengan Hud Rafael.

"Hmm." Itu sahaja jawapan dari Hud. Naura menggelengkan kepalanya. Dia tahu Hud sememangnya tidak akan ambil peduli dengan apa yang dituturnya sebentar tadi. Hanya bagaikan masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kiri. Hud Rafael memang degil orangnya.

"Kalau Hud cari pun nanti mesti perempuan-perempuan tu lari sebab Hud ni kasar. Hud tak pandai lah nak mengambil hati perempuan ni bagai. Hud tak pandai nak berlembut dengan diorang," jujur Hud secara tiba-tiba. Memang benar. Hud memang gagal dalam memberi kata-kata manis dan mengambil hati wanita.

Agaknya, ramai perempuan yang terpikat dengan Hud kerana dia hanya mempunyai rupa paras yang kacak. Mungkin kerana mewarisi dari si bapa. Berambut keperangan dan juga mempunyai mata yang berwarna perang.

Pernah juga rakan perempuan sekelasnya dulu pernah menangis kerana sikap Hud yang agak kasar. Bukan niatnya untuk menjadi begitu. Cuma, dia memang tidak pandai untuk berlembut dengan insan yang bergelar wanita. Namun sikap Hud pada ibunya sangat lah berbeza. Dia akan menjadi lebih manja dan lembut apabila dengan Naura. Pelik? Namun itu lah kebenarannya.

"Hud kena cari cara untuk didik diri Hud supaya lebih lembut dengan perempuan. Perempuan ni hati dia sangat-sangat lembut. Mudah terasa kalau kita cakap benda yang menyakitkan hati dia." Naura menepuk lembut tubuh belakang anaknya itu.

"Macam mana cara dia?" Kali ini dia berdiri dan melabuhkan punggung di sebelah ibunya. Wajahnya kelihatan tertanya-tanya.

"Mungkin... dengan berkahwin?" Naura menayangkan segaris senyuman. Hud hanya mengeluh kecil sambil menyandarkan tubuh badannya pada sofa. Takkan itu je cara dia? Tak ada cara lain?

"Kenapa dengan berkahwin pula? Cara lain tak ada ke?" Dia sedikit membantah. Bibirnya juga sudah muncung ke depan.

"Iya lah. Bila Hud dah ada isteri, Hud mesti akan belajar sifat-sifat perempuan dengan lebih dalam lagi. Cara dia sedih macam mana, apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka, macam mana nak kawal kemarahan dia. Hud akan mula belajar semua benda tu bila dah berkahwin nanti."

"Dan mama percaya, personaliti Hud akan berubah 360 darjah bila dah bergelar seorang suami. Dari yang kasar pun tak mustahil kalau tiba-tiba dia boleh jadi kucing. Tak percaya? Cuba lah kahwin." Naura mula menghamburkan tawa. Lucu betul bila tengok wajah Hud yang seakan-akan tidak percaya dengan kata-katanya itu tadi.

Hud terlopong seketika. Tak akan lah dia akan bersikap begitu nanti?

"Dah lah mama. Hud nak mandi dulu. Duduk dengan mama sekarang ni kalau boleh 7 hari 7 malam nak cakap pasal kahwin." Hud kemudian bangun dari duduknya dan beg bagasi ditarik lalu dia berjalan ke tingkat atas. Terasa nak merajuk pula dengan ibunya sendiri. Asyik cakap pasal kahwin je. Dia ni calon pun tak ada lagi.

"Eh, tadi dia yang manja sangat asyik nak berkepit dengan kita je dari tadi. Sekarang dia pula nak merajuk? Hud... Hud." Sempat Naura mengomel sendiri sebelum dia juga berjalan ke arah dapur. Pelik-pelik je perangai Hud sekarang ini.

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now