𝐖𝐏𝐃 𝟏𝟖

134 5 0
                                    

TIDAK berkedip mata Hud apabila melihat Azaleya mencuba baju perkahwinan mereka. Terlihat simple namun kecantikan Azaleya sudah cukup membuatkan baju itu terlihat lebih sempurna.

"Cantik kan baju tu? Itu Cik Azhara yang reka sendiri," kata pekerja itu apabila melihat reaksi Hud yang seakan-akan terpegun.

"Dia yang reka sendiri?" soal Hud semula. Wanita itu benar-benar memiliki bakat yang tidak semua orang mampu ada.

Pekerja wanita itu mengangguk sambil matanya yang masih melekat pada Azaleya. Sibuk mengamati kecantikan wanita yang bergelar bosnya itu. Pada masa yang sama, sebak juga.

"Boleh dikatakan 80% baju-baju dekat butik ini direka sendiri oleh Cik Azhara. Pernah juga baju yang direkanya telah diperagakan di luar negara." Jelas wajah Hud kelihatan semakin bangga dengan Azaleya. Masih muda tapi mempunyai bakat yang luar biasa. Bukan mudah untuk capai ke tahap itu. Wanita semuda Azaleya memang layak untuk pergi lebih jauh.

"Hud? Tak dengar ke saya cakap apa?" Hud tersentak dari lamunan apabila menyedari Azaleya yang sudah melambai-lambaikan tangan di hadapan wajahnya. Itulah. Terlalu terpegun sangat sampai tak sedar persoalan dari wanita itu.

"Ha? Maaf, otak aku terganggu dengan benda lain tadi. Kau cakap apa ya?" Hud menyoal semula. Jujur, memang dia tak dengar kerana terlalu sibuk mengamati Azaleya dari jauh sehinggakan tak sedar yang wanita itu sendiri sudah berdiri di hadapannya.

"Awak fikir apa? Jauh sangat termenung tu tadi sambil tatap je muka saya. Tak cantik ke baju ni? Kalau tak cantik, saya tukar yang lain ya?" Jelas wajah Azaleya kelihatan sangat risau. Masih tertanya-tanya apa yang Hud fikir dan risau juga bahawa Hud tidak suka dengan baju yang dipilihnya sebentar tadi.

Laju sahaja lelaki itu menggeleng. Menafikan apa yang dikata oleh Azaleya. Wanita itu sudah salah anggap gamaknya.

"Tak perlu tukar baju. Ambil saja yang ini. Tadi itu aku cuma terpegun bila tengok kau pakai baju tu. Sesuai sangat dengan kau. Aku suka," jujur Hud dengan suara yang penuh yakin. Dah memang betul dia suka dan baju itu memang sesuai dengan Azaleya. Manis saja apabila dipandang. Tidak terlalu ketat dan juga mencolok mata.

Biarlah di mata orang lain Azaleya kelihatan biasa-biasa tapi di mata Hud, Azaleya tetap kelihatan sempurna dan istimewa. Cukuplah Azaleya itu kelihatan cantik di matanya seorang saja. Itu sudah cukup memadai.

"Cantiknya bakal menantu mama ni Hud." Naura menghampiri ke arah Hud dan juga Azaleya sambil tersenyum lebar. Hud memang tak salah pilih.

"Ini baru try baju tapi dah cantik macam ni. Waktu hari perkahwinan nanti mesti Azaleya bertambah cantik sebab naik seri muka tu," puji Naura.

Azaleya juga tersenyum malu. Pipinya disentuh. Tadi sudah dipuji oleh bakal suami, sekarang dipuji pula oleh bakal ibu mentuanya sendiri. Agaknya muka Azaleya sekarang ini tak kalah seperti buah tomato.

"Hud dah try baju?" soal Naura seraya memandang anaknya yang masih duduk santai. Lelaki itu mengangguk.

"Bagus lah kalau macam tu. Boleh juga kita proceed dengan benda lain kan?" Naura kemudian perlahan-lahan melangkah memandang setiap jenis reka bentuk baju pengantin di situ. Kelihatan semuanya mewah-mewah. Harganya juga tidak lah terlalu mahal. Memang tidak padan dengan semua reka bentuk baju yang terlihat gah di pandangan mata.

Azaleya dan Hud mengangguk setuju. Lelaki itu kemudian bangun dan mempercepatkan langkahnya untuk berjalan beriringan dengan Azaleya. Hud berdeham sekali. Cuba untuk mencari topik untuk berbual dengan tunangnya itu.

"Kau ke yang buat semua baju ni?" soal Hud tanpa memandang wajah Azaleya sambil tangannya dilipat ke dada. Risau kalau dia tatap wajah itu, memang dia akan tatap lama-lama.

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now