𝐖𝐏𝐃 𝟏𝟓

209 16 15
                                    

TUDUNG selendang yang dipakai dibetulkan sebelum mereka melangkah masuk ke dalam Masjid Al-Ghufran tersebut, tempat di mana kursus kahwin akan dilaksanakan.

"Cantik betul kawan aku harini. Kalau lelaki lain tengok ni memang diorang terus ajak kau kahwin." Tersenyum lebar Qaissara kerana lega kawannya itu akhirnya setuju juga untuk menyertai kursus kahwin bersamanya. Azaleya tayang muka menyampah. Nak ambil hati dia je ke apa ni?

"Jom lah kita masuk." Belum sempat Azaleya menjejakkan kaki masuk ke dalam masjid tersebut, Qaissara terlebih dahulu menarik lengan kawan baiknya. Berkerut dahi wanita itu.

"Eh sekejap. Jangan lah masuk lagi. Aku tertinggal barang dekat dalam kereta. Kau tunggu aku dekat sini sekejap boleh? Kejap lagi kita masuk sama-sama." Qaissara tayang senyuman kekok.

"Pergi lah cepat. Jangan lama-lama pula kau ni." Azaleya menghela nafas berat. Waktu-waktu begini lah Qaissara tertinggal barang pula. Semakin segan dia dibuatnya apabila melihat manusia yang sudah semakin ramai di hadapan masjid tersebut.

"Iya aku pergi sekejap je. Kejap lagi aku datang balik." Qaissara segera mengangkat kaki dan pergi dari situ. Nafas dihembus lega. Dalam hatinya amat berharap bahawa rancangannya dan juga lelaki itu akan berjaya.

Azaleya memincingkan mata apabila melihat seorang lelaki yang berjalan menuju ke arahnya. Wajah itu kelihatan samar-samar di penglihatan Azaleya. Dan apabila lelaki itu semakin mendekat ke arahnya, matanya kemudian membulat. Setelah sekian lama dia tidak melihat wajah itu. Apa lelaki itu buat dekat sini?

Kepalanya sedikit mendongak apabila lelaki itu kini sudah berdiri tegak di hadapannya sambil tersenyum manis, menampakkan kedua-dua lesung pipitnya. Azaleya tergamam buat seketika. Rindunya dia dengan lelaki yang berada di hadapannya saat ini.

"Hud, awak buat apa dekat sini?" Azaleya memulakan perbualan antara mereka. Agak sedikit pelik apabila terserempak dengan Hud di sini. Dia pun sertai kursus kahwin ni juga ke? Atau mungkin... ini adalah jawapan bagi doa-doanya yang lalu?

"Pergi kursus kahwin?" Hud menjawab dengan sedikit kekok. Belakang lehernya diusap kerana malu.

Entah kenapa hati Azaleya tiba-tiba saja rasa sakit. Hud dah nak kahwin ke? Dengan siapa? Lelaki itu semestinya datang ke sini kerana bersebab.

"Awak dah nak kahwin ke?" Azaleya menggigit bibir. Entah dari mana dia dapat keberanian untuk memberi soalan sebegitu.

"Hmm." Hanya itu jawapan yang diberikan oleh Hud. Lelaki itu menjawab sambil memandang tepat ke dalam mata Azaleya.

Bagai ditusuk-tusuk hati Azaleya dibuatnya. Sedih, kecewa, ingin menangis. Segala perasaan itu bercampur baur dalam dirinya saat ini. Entah mahu gembira atau bersedih, dia juga tidak tahu.

"Eh Hud pun ada dekat sini?" kata Qaissara yang tiba-tiba baru datang menghampiri ke arah mereka berdua.

"Kau pergi mana lambat sangat?" desis Azaleya. Bukan main lama Qaissara tinggalkan dia seorang diri di sini. Dah itu, terserempak pula dengan Hud. Makin bertambah malu dibuatnya setelah sekian lama mereka berdua tidak berjumpa.

"Ouh tadi aku kena ubah kereta kejap sebab tak boleh parking area tu." Sebelum dia berjumpa semula dengan Azaleya, dia sudah berfikir berbagai alasan untuk diberikan dan rasanya ini lah jawapan yang agak masuk akal sedikit. Kan?

"Hud, kau pun nak pergi kursus kahwin ke?" Qaissara berpura-pura menyoal walaupun dia sudah tahu niat sebenar lelaki itu. Mana tidaknya, dia sendiri dan juga Hud yang merancang pertemuan ini. Lelaki itu hanya mengangguk.

"Ha bagus lah. Lepas dah habis kursus kahwin ni nanti, korang berdua boleh lah terus kahwin. Kan?" Penuh teruja wajah Qaissara. Nak tunggu Azaleya setuju untuk berkahwin dengan Hud itu mungkin lambat lagi. Jadi ada baiknya kalau dia sendiri yang memulakan langkah dahulu sebagai seorang kawan yang baik untuk Azaleya. Ada lah juga fungsinya sebagai seorang kawan.

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now