𝐖𝐏𝐃 𝟏𝟎

203 20 8
                                    

MENDENGAR itu, Adalea segera bangkit dari duduknya dan menghulurkan tangan pada Azaleya untuk berjabat tangan.

"Hai saya Adalea Sofeeya, tunang Hud Rafael." Wajah dihiasi dengan senyuman manis buat wanita di hadapannya itu. Senyuman Azaleya mati sebaik sahaja mendengar kata-kata dari Adalea. Lambat-lambat dia menerima huluran tangan tersebut.

Hud sudah memberi pandangan maut buat sepupunya itu. Perempuan ni memang tahu nak cari gaduh ke? Nasib sahaja mereka sedang berada di khalayak ramai, kalau tidak habis segala kata-kata yang akan dilontarkan kepada Adalea.

"Dia bukan—

"Awak tak cakap pun yang awak dah bertunang Hud." Belum sempat Hud memberitahu perkara yang sebenar, Azaleya terlebih dahulu memintas percakapannya. Wanita itu cuba untuk mengukir senyum. Semestinya senyum yang hanya dibuat-buat. Entah kenapa hatinya sakit apabila mengetahui bahawa lelaki itu sudah pun bertunang tanpa pengetahuannya.

Melihat situasi di antara mereka berdua, Adalea yakin wanita di hadapannya saat ini adalah wanita yang dimaksudkan oleh Hud.

"Tak ada lah, saya gurau je. Jangan risau, saya sepupu dia. Lagipun saya dah nak kahwin." Adalea cuba untuk memberi keyakinan buat wanita itu semula. Mahunya wanita itu berfikir yang bukan-bukan terhadap Hud, memang mati dia dengan lelaki itu nanti.

Kali ini baru lah Azaleya tersenyum lega. Terasa malu pun ada.

"Awak sibuk ke? Kalau sibuk, maaf kalau saya mengganggu awak berdua. Saya minta diri dulu." Belum sempat kakinya melangkah pergi, Adalea lebih pantas memegang pergelangan tangan Azaleya.

"Tak ganggu pun. Mari lah duduk sekali. Boleh juga kita berbual-bual," kata Adalea sambil menarik tangan Azaleya untuk duduk bersama. Mata Hud dan Azaleya kemudian bersatu sebelum lelaki itu menunduk seraya tersenyum kecil.

"Nama apa?" soal Adalea sambil menggengam erat tangan Azaleya. Dia ingin membuat wanita itu selesa apabila berada dekat dengannya. Hud masih hanya mampu berdiam. Entah kenapa mulutnya terasa berat untuk mengeluarkan suara.

"Azaleya. Nur Azaleya Azhara." Pandangan Azaleya tertumpu sepenuhnya pada wajah Adalea. Senyuman diukir.

"Cantik nama awak. Macam orangnya juga. Kan Hud?" Adalea mengerling ke arah Hud yang sudah pun terbatuk-batuk sambil mengurut dadanya. KBAT sangat ke ayat dia?

"Hmm." Itu sahaja respon yang diberikan oleh lelaki itu. Pandangannya tertumpu ke arah lain. Tidak ingin bertentangan mata dengan Azaleya. Risaunya dia sendiri yang akan menjadi lemah dan tidak keruan.

"Dah lama ke kenal dengan Hud?" soal Adalea lagi. Sebagai seorang sepupu, dia juga mahu tahu tentang wanita yang mampu menambat hati seorang Hud Rafael.

"Eh tak ada lah, baru je kenal dengan dia. Itu pun kenal begitu-begitu je." Sempat Azaleya mengerling sekilas ke arah Hud yang kelihatan seperti langsung tidak terusik dengan jawapan yang diberikan olehnya. Adalea hanya mengangguk kecil.

"Maaf lah kalau sepanjang awak kenal dengan sepupu saya ni, sikap dia agak kasar sikit. Maklumlah, dia tak pernah dekat dengan mana-mana wanita. Tapi saya nampak Hud jadi tak tentu arah bila tengok awak tadi. Dari situ saya tahu ada sesuatu yang dia nampak pada awak. Lagipun Hud ni seorang lelaki yang susah untuk jatuh cinta. Jadi awak beruntung tau kalau dapat ambil hati dia." Kata-kata dari Adalea berjaya menarik perhatian Hud. Hud mengangkat keningnya seraya tersenyum sinis apabila matanya bertemu dengan mata Adalea. Sejak bila pandai memuji dia ni?

Azaleya hanya mampu ketawa kekok. Biar betul? Lelaki hensem yang begini pun langsung tak pernah ada pengalaman bercinta?

"Sorry Hud, aku terpaksa gerak dulu. Ada urusan dengan Encik bakal suami." Perkataan terakhir sengaja ditekankan. Hud menggulingkan biji matanya. Tahu lah dah nak kahwin pun tapi perlu ke nak tunjuk dekat orang yang single ni?

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now