𝐖𝐏𝐃 𝟏𝟑

157 14 13
                                    

BADANNYA direbahkan di atas sofa sebelum mata dipejam rapat. Nafas dihela panjang. Terasa letih setelah beberapa jam mengemas rumahnya yang telah ditinggal selama 2 bulan. Baru ditinggal selama 2 bulan tetapi habuk dan sawang terlalu banyak seperti rumah tersebut ditinggal selama setahun.

Hud membeli rumah ini sejak 2 tahun yang lalu. Cumanya tidak terlalu kerap untuk tinggal di sana kerana ingin menjaga si ibu.

Kelopak mata kembali dicelik apabila telefonnya berdering. Nama yang tertera dilihat sebelum panggilan itu diangkat.

"Ya ma?" Pelipis kepalanya diurut perlahan sambil mata kembali dipejam.

"Hud ada dekat mana tu?" Naura menyoal di sebalik panggilan.

"Hud balik rumah Hud sekejap sebab nak kemas-kemas dekat sini. Dah lama sangat ditinggal. Kenapa ma? Mama tak sihat ke?"

"Bukan... mama sihat je tapi Hud balik rumah ni sekejap boleh? Ada orang yang nak jumpa Hud." Mata lelaki itu kembali dicelik seraya dahinya sudah berkerut. Siapa yang nak jumpa dengan dia? Takkan lah Hazeeq.

"Siapa?"

"Aaila." Semakin berkerut dahinya. Macam pernah dengar nama tu tapi dekat mana? Beberapa detik, satu barisan nama terlintas dalam fikirannya.

"Aaila Adeena?" Hud kembali menyebut nama wanita itu tetapi dengan nama penuh.

"Ha ah, anak Pakcik Haider. Hud ingat kan?"

"Ingat..." Hud bangun dari perbaringannya dan kepalanya pula disandarkan pada kepala sofa. Aaila boleh dikatakan kawan rapat Hud sejak kecil walaupun jarak usia mereka berbeza 5 tahun. Mereka membesar bersama-sama.

Dan setelah Hud berumur 20 tahun, dia terlalu sibuk mengikuti latihan penerbangan menyebabkan hubungannya dan juga Aaila menjadi semakin renggang.

"Hud balik sekejap ya? Katanya dia rindu nak jumpa Hud." Naura cuba memujuk anak lelakinya dengan nada yang penuh lembut.

"Hmm kejap lagi Hud balik. Hud letak dulu ya ma?" Panggilan kemudian dimatikan. Lelaki itu menghela nafas panjang. Fikirannya tiba-tiba teringatkan seseorang.

Azaleya. Nama yang sentiasa berada di fikiran Hud sejak akhir-akhir ini. Solat istikharah sudah dia lakukan dan hatinya hari demi hari ingin membawanya kepada Azaleya. Dia ingin mencari wanita itu semula.

PINTU rumah dibuka sebaik sahaja dia sampai ke rumah itu. Figura seorang wanita yang amat dia kenali menarik perhatiannya. Wanita itu memandang ke arahnya sambil tersenyum malu.

"Ha tu dia dah sampai. Hud, mari lah duduk sini sekejap. Tengok siapa yang datang ni," ajak Naura setelah melihat anak lelakinya yang hanya tercegat di hadapan pintu rumah. Lelaki itu juga kemudian perlahan-lahan berjalan ke arah ruang tamu dan segera melabuhkan punggungnya bersebelahan si ibu. Dari tadi lelaki itu hanya diam.

"Pakcik Haider tak datang ke?" Hud mula bersuara apabila tidak melihat kelibat Haider dan juga Amelia di rumah tersebut. Takkan lah Aaila seorang je yang datang?

"Tak... Aaila je datang sebab dia nak jumpa Hud sekejap. Ya kan Aaila?" Wanita muda itu kemudian mengangguk kecil sambil tersenyum. Hud juga mengalihkan pandangannya ke arah Aaila. Dari tadi wanita itu tidak henti-henti menggenggam kedua-dua tangannya. Gemuruh mungkin.

"Ibu dan abi Aaila sihat? Dah lama sangat rasanya makcik tak jumpa dengan ibu dan abi Aaila. Nanti Aaila ajak lah diorang datang makan dekat sini." Naura sekadar mempelawa. Rindu juga dia dengan pasangan tersebut.

"Alhamdulillah, ibu dan abi sihat-sihat je. In Shaa Allah lain kali Aaila ajak ibu dan abi datang sini. Lagipun Aaila tengah cuti sem. Jadi... boleh lah Aaila datang sini selalu kan?"

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now