01 | PINDAH

221 9 1
                                    

"Awak tahu kenapa awak berada di dalam office ni?" Suara pengetua Angsana Highschool memecahkan keheningan dalam pejabat itu. Pengetua perempuan itu membetulkan kaca matanya lalu menatap lekat gadis yang berdiri tegak di hadapannya.

Bukan sekali atau dua kali gadis ini masuk ke dalam pejabatnya. Tidak terhitung rasanya kehadiran gadis ini. Dia menghela nafas kasar. Dia buntu bagaimana mahu menolong gadis ini.

Dia sudah memberi banyak peluang pada gadis ini untuk berubah namun peluang yang diberikan itu disia-siakan. Dia tidak boleh berlembut lagi dengan gadis ini. Kesalahan yang dilakukan kali ini amat berat. Dia sebagai pengetua sekolah berasrama berprestij tinggi ini harus mengambil tindakan tegas.

"Awak tak nak cakap apa-apa tentang kejadian tadi?" Soal pengetua berbasa-basi. Dia tahu gadis itu tidak akan menjawab soalannya .Tangannya sudah mencapai pen lalu menandatangani sebuah surat.

"Aku yang pukul dia." Gadis itu akhirnya bersuara. Pengetua itu mendongak menatap wajah gadis itu. Kosong. Wajahnya tidak menampilkan perasaan. Hanya kosong. Matanya langsung tiada sinar.

"Dan aku tak menyesal. She deserves it." sambung gadis itu lagi. Pandangan memanah wajah pengetua itu.

"Allyna Shailene,awak dibuang sekolah. Sila kemas barang-barang awak dan beredar segera." Pengetua itu berkata sambil menghulurkan sehelai surat. Ally menatap sejenak kertas itu lalu mengambilnya kasar. Dia keluar dari bilik itu tanpa berkata apa-apa.

Sesampai di biliknya,dia disambut oleh rakan-rakannya. Mereka semua ketawa gila dan memuji tingkah lagak berani Ally. Seperti biasa. Tanpa mereka tahu rakan mereka tidak bakal bersama-sama mereka lagi.

"Ally, gempak dho kau punya tendang tu. Sampai patah gigi si Sue tu." Aji,salah seorang rakan rapat Ally memuji lalu ketawa terbahak-bahak.

"Nanti ajar aku tau. Boleh aku test tendangan tu kat Si itik." Karin menggayakan tendangan Ally tadi.

"Tak payahlah kau. Nanti merengek sakit badan." Shasha mengejek. Karin melemparkan jelingan tajam pada Shasha. Shasha hanya menjulingkan matanya.

Pandangannya jatuh pada surat di tangan Ally. Dia langsung merampasnya. Wajahnya berubah keruh. Dia menatap Ally lama. Ally mengangguk sekali tanda mengiyakan. Shasha melepaskan keluhan kasar.

Ally mengabaikan rakan-rakannya. Dia terus bergerak ke katilnya. Bagasi di bawah dia tarik. Almari dan loker mula dibuka. Dia mula mengemas barang-barangnya. Perlakuannya mendapat tatapan aneh oleh rakan-rakannya kecuali Shasha.

"Weh,kau nak pergi holiday ke? Siap kemas baju bagai." Aji menegur. Ally tidak menjawab.

"Ally nak ikut!" Karin berkata bersemangat. Wajahnya terpancar riak ceria.

"Tak boleh." Ally melarang. Karin terus memuncungkan bibirnya.

"Lupa membe lah kau ni." Karin memerli.

"Kau nak ikut dia kena buang sekolah ke?" Soalan Shasha menyepikan suasana bilik itu. Karin ternganga. Aji menatap Ally dan Shasha silih berganti. Kepalanya menggeleng-geleng laju. Dia melangkah menghampiri Ally. Dia memegang bahu Ally erat.

"Shasha bergurau je kan? Kau kena gantung je kan? Kau masih sekolah kat sini kan?" Bertubi-tubi soalan Aji lemparkan pada Ally. Ally menatap anak mata Aji dalam. Senyuman nipis terbit di wajah gadis itu.

"Betul. Aku kena buang sekolah." Ally mengiyakan. Aji menjauh daripada Ally. Dia melabuhkan punggungnya di katilnya. Dia memegang kepalanya menahan tangisan yang mahu pecah.

"Ally, jangan tinggalkan kitorang." ucap Karin teresak-esak. Empangan air matanya sudah pecah membasahi wajah jelita gadis itu. Shasha merenung kosong rakan-rakannya. Surat sudah keluar, tidak mungkin untuk menarik kembali.

"Aku kena pergi. Maaf." tuturnya perlahan. Dia segera mengemaskan barang-barangnya.

"Ally!" teriak Karin bersamaan meluru memeluk tubuh Ally. Dia menangis teresak-esak. Ally tersentak. Aji dan Shasha juga menyertai mereka. Mereka berpelukan berempat erat seakan tidak mahu berpisah.

Ally meleraikan pelukan itu. Dia merenung wajah rakan-rakannya silih berganti. Dia melepaskan keluhan perlahan. Dia juga tidak sanggup meninggalkan mereka namun apakan daya. Salah dia juga sehingga dia dibuang sekolah.

"Jangan sedih. Kita boleh jumpa lagi masa cuti. Nanti kalau rindu, borak lah dengan aku dalam group. Korang jangan kick aku pula." Ally bercanda. Karin terkekeh serak. Suaranya habis kerana menangis.

"Take care, Ally. Jangan lupakan kitorang tau." pesan Karin. Ally mengangguk. Dia tidak akan melupakan rakan-rakannya. Di sana, mungkin dia tidak mempunyai rakan.

"Nanti setiap minggu kita kena hang out. Kalau tak, aku kick kau." Shasha berkata dengan nada mengancam. Wajahnya sengaja dibuat bengis. Tawa Ally lepas jua.

"Okay. Tapi kau yang keluar duit." ucap Ally. Shasha memasang wajah masam. Ketawa Karin memenuhi bilik itu menghilangkan suasana sendu tadi.

"By the way, kau nanti sekolah kat mana?" Soalan Aji mewakili rasa penasaran rakan-rakannya yang lain. Ally yang sudah bersedia untuk beredar menoleh.

"Hmmm, KUDRAT." jawabnya. Aji mengerutkan dahinya seperti berfikir sesuatu.

"KUDRAT tu bukan sekolah lelaki ke?" ujar Karin. Dia memang kerap mengambil tahu tentang sekolah lain.

"Setahu aku, dia dah jadi sekolah biasa lah. Perempuan pun boleh daftar sekali." Aji mencelah kerana dia sempat membaca artikel kemasukan pelajar baru ke KUDRAT.

"Ohh."  jawab Ally singkat. Selepas mengucapkan selamat tinggal sekali lagi, dia masuk ke dalam kereta sewa yang dipesan. Kereta itu mula meninggalkan perkarangan sekolah. Bayang rakan-rakannya semakin jauh.

Ally memejamkan matanya erat menahan sebak. Dia tidak mahu menangis sekarang. Jauh di sudut hati,dia juga tidak rela berpisah dengan rakan-rakannya.

"Cik nak pergi mana?" Soalan pemandu kereta itu membuatkan Ally tersedar.

"KUDRAT." jawab Ally pendek.

"Oh, cik pelajar KUDRAT juga? Anak saya juga pelajar di sana. Baru sahaja mendaftar tadi." Encik Firdaus Ismet, pemandu kereta sewa itu menjelaskan soal anaknya ceria.

Ally pula memejamkan matanya. Dia tidak cukup tidur jadi dia menggunakan masa ini untuk melelapkan mata. Hari yang memenatkan.














Hello!
Ha dah baca, vote lah hihihi
New chapter coming soon.

kerasWhere stories live. Discover now