Selepas selesai mengemas, Ally merebahkan badannya di atas tilam. Satu keluhan lepas di bibir gadis itu. Dia merenung siling lama memikirkan keadaan rakan-rakannya di sekolah lama. Pasti mereka sedang sibuk membuli pelajar junior menyuruh mereka membeli burger di pagar belakang. Rakan-rakannya memang kuat melantak. Lebih-lebih lagi Syuha. Dia seperti membela jin di dalam perutnya.
Lama kelamaan, mata Ally mula sayu. Akhirnya, mata Ally terpejam rapat. Dia dibuai lena sementara pintu dibuka kasar daripada luar.
"Memang sial lah sape yang guna toilet keempat tu. Sakai betul pergi letak pad berdarah atas pam tandas. Geli babi." Keira memaki kasar. Dia terus menyambar sebotol losyen di atas laci mejanya. Dia menyapu losyen itu kasar di kedua belah tangannya.
"Dorang yang tinggalkan pad berdarah tu tak tahu ke pasal kisah lagenda asrama ni? Bengong betul." Sophia mencarut. Dia berang tatkala melihat kukunya rosak. Dia baru sahaja menghiasnya pagi tadi.
"Tengok ni, habis kuku aku rosak. Eee bencilah! Aku baru je buat pagi tadi." Sophia merengek tidak terima. Dia menghentakkan kakinya di atas katil tidak terima.
BRAKK!
"Woii! Kau senyap boleh tak? Bingit babi kepala aku!" Fani berteriak marah. Selepas dia menghentakkan kayu penyapu di lantai, dia merebahkan badannya kasar di atas katil. Sophia dan Keira terus diam. Mereka tidak berani bersuara ketika ketuanya naik minyak. Nanti mereka pula yang kena tempiasnya.
Fani memejamkan matanya bagi mengurangkan perasaan marah yang menggelodak. Sudah lah didenda bersihkan tandas, nampak pula Naim berdua-duaan dengan Nora tadi.
Fani dan Nora memang tidak pernah akur. Mereka saudara tiri lain bapa. Perhatian selalu tertuju pada Nora kerana dia pintar dan Fani bodoh. Bapanya fikir Fani tidak pernah berusaha tetapi dia tak tahu Fani tidur lewat malam hanya untuk mengulangkaji pelajaran.
Dia masih mendapat nilai sama. Dia mencuba berkali-kali sehingga dia putus asa. Bapanya juga tidak pernah memandangnya. Dia dianggap orang asing di dalam rumah. Kehadirannya dalam rumah besar itu tidak pernah diendahkan.
Hidupnya penuh kekosongan sebelum Naim datang mewarnai hari-harinya semula. Naim, jejaka pertama yang melihatnya menangis. Dia jugalah yang sentiasa sabar melayan kerenahnya yang kadang-kadang keanak-anakan.
Tapi itu semua berubah selepas Nora mendaftar masuk ke sekolah ini. Perhatian semua tertumpu pada Nora. Guru, rakan-rakannya bahkan Naim semua menyayangi Nora dan mengabaikan dirinya. Reputasinya jatuh mendadak.
Sophia dan Keira lah yang masih setia berteman dengannya. Dia mula sedar segala usaha yang dilakukan hanya sia-sia. Jadi dia membuat keputusan untuk memberontak. Dia melampiaskan kemarahannya pada orang-orang tak bersalah. Dia melakukan segala perbuatan buruk kerana ingin perhatian mereka teralih padanya.
"Fani ..." Suara Sophia menyedarkannya daripada berlamun. Dia membuka mata lalu mengubah posisi daripada baring kepada duduk.
"Apahal?" tanya Fani kasar. Sophia dan Keira berpandangan antara satu sama lain seperti memberi isyarat. Sophia menyuruh Keira, Keira pula menyuruh Sophia. Fani berdecak kesal dengan tingkahlaku bodoh rakannya.
"Kalau takde sape yang cakap, dua-dua kena dengan aku." Fani mengancam. Kecut perut Sophia dan Keira mendengar ancaman itu.
"Macam ni, apa kata kita belasah budak baru tu?" Keira membuka suara. Fani mengangkat keningnya. Dia melirik Ally di katil hadapannya diselimuti lena. Dia tidak dapat melihat wajah gadis itu kerana dia menyelimuti seluruh badannya.
"Jom." Fani segera bersetuju lalu bangun daripada katilnya. Keira dan Sophia sudah mengukir senyuman jahat. Mereka bergerak ke katil Ally perlahan-lahan.
YOU ARE READING
keras
Roman pour Adolescents► keras🍃𝙤𝙣 𝙜𝙤𝙞𝙣𝙜 ㅤㅤ⌌ - - - ☁ ㅤㅤ│abdul kahar ㅤㅤ│allyna shailene ⌎ - - - - " 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗮 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗮𝘁𝘂 " Ini kisah tentang seorang perempuan bermasalah dipindahkan ke KUDRAT kerana kesalahan yang...