08 | FRIENDSHIP

102 12 4
                                    

BBAM!

Pintu bilik dihempas kasar sehingga menimbulkan suara yang kencang. Fani dan konco-konconya yang elok bersantai terperanjat. Susuk Ally yang baru masuk menjadi perhatian. Ally mengabaikan pandangan tajam rakan sebiliknya. Dia sibuk menghirup udara supaya menghilangkan rasa sesak di dada. Lokasi aspuri yang terletak agak terpencil memakan staminanya.

"Hoi perempuan! Kena sampuk hantu ke apa?" Sophia menjerkah berani. Selepas dipukul Ally, kepalanya agak tak betul. Tak serik kena pukul. Suara Sophia dianggap angin lalu oleh Ally. Tanpa membalas, dia terus berjalan ke arah katilnya berhampiran tingkap.

"Memang sah kena sampuk hantu." ujar Sophia mengerutkan wajahnya. Dia kembali fokus meneliti imej yang dipaparkan di layar skrin telefon bimbitnya. Keira pula sibuk menyolek wajahnya. Kegiatan terapinya pada masa lapang. Fani sudah terbaring selesa sambil mata melekat di buku komik.

Ketiga-tiga gadis itu melakukan kegiatan mereka dengan aman. Sehinggalah ketua mereka, Fani memecahkan keheningan apabila terbau sesuatu yang aneh.

"Korang ada bau something tak?" Fani menghentikan bacaannya lalu mengerutkan  wajahnya tatkala bau itu menerpa deria baunya. Hidungnya kembang kempis menghidu bau itu. Sophia melirik kukunya yang baru diwarnakan bingung.

"Nail polish?" Dia menunjukkan tangannya di hadapan Fani.

"No, dumbass." Fani menampar tangan Sophia agar menjauhinya. Dia pantas bangun lalu memandang sekeliling bagi mencari punca bau tersebut.

"Hurmm. Bau ni macam bau...." Keira menghirup dalam-dalam udara di sekelilingnya. Hidungnya kembang kempis. Dia berasa tidak asing dengan bau ini. Sophia membuat mimik muka jijik melihat kelakuan Keira.

"Rokok!" Keira dan Fani berkata serentak. Mata Fani tertancap pada belakang tubuh Ally yang berada di katilnya. Di sebalik jemari Ally yang runcing, tersisip sebatang rokok yang masih menyala. Ally nampaknya masih tidak menyedari dirinya menjadi fokus The Flowers. Dia menghisap rokok lalu menghembuskan asap itu ke udara santai. Dia mengelamun memandang luar.

"Hoi perempuan!" Fani menyergah. Ally menoleh. Fani melipat tangannya di dada. Di kedua sisinya pula ada Sophia dan Keira. Mereka melemparkan pandangan tajam pada Ally.

Apa beruk-beruk ni nak daripada aku?Ally berkata di dalam hati. Dia mengangkat keningnya seperti bertanya tujuan mereka.

"Are you a smoker?" Soalan itu terlepas daripada mulut Fani. Fani tersentak sebelum mengubah raut wajahnya menjadi bengis. Sebenarnya, dia ingin memarahi Ally kerana merokok di dalam bilik tetapi bibirnya tersasul pula.

"Kau buta?" Ally membalas pertanyaan Fani sinis. Dia menggoyangkan tangannya yang memegang rokok di hadapan wajah Fani. Wajah Fani memerah kerana berang.

"Tak hairan pun kalau jenis macam kau ni smoker." Fani berdalih. Dia menyunggingkan senyuman sinis. Pandangan Ally berubah tajam. Mereka jelas tersentak. Memori sewaktu dibelasah kemarin kembali terlayar bak filem.

"So? How about you? Daddy's girl." Ally melancarkan serangan balas. Dia menghembuskan asap rokok di wajah Fani yang berubah gelap. Sophia dan Keira tergamam. Fani mengepalkan penumbuknya.

"I'm not daddy's girl!" Fani membentak keras. Ally memandang tenang. Senyuman senget muncul di wajah pucatnya.

"Really? Your attitude tak meyakinkan." Ally mengutarakan pendapatnya. Fani semakin dikuasai amarah. Dia melangkah menghampiri Ally.

"What the hell are you talking about? What attitude?" Fani menikam tepat anak mata Ally. Dia berasa tercabar dengan perkataan Ally barusan. Ally seolah-olah menggambarkan dia sebagai anak manja. Realitinya, Fani tidak pernah menyandang gelaran kerana ia kepunyaan Nora. Dia tidak hingin pun dipanggil sebegitu.  Bila Ally berkata begitu, dia rasa dirinya selevel Nora.

kerasWhere stories live. Discover now