04 | FIRST MEET

102 10 1
                                    

"Stefanie Marshella, ni bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku. Sudah berkali-kali nama awak naik akibat perbuatan keji awak ini." Puan Faniza meluahkan rasa kecewanya. Dia merenung keempat gadis yang berdiri di hadapannya silih berganti. Tatapannya jatuh pada Ally si pelajar baru.

"But miss we not the guilty one. We the victims. Look at us, miss. Look at Fani's face." Sophia pantas menyampuk. Dia menunjuk wajah ketuanya yang sudah bengkak kemerahan di sudut pipi. Fani diam-diam mengutuk perbuatan Sophia. Sudah jelas mereka yang bersalah. Sophia masih mahu menegakkan benang yang sudah basah.

"Allyna, you want to say anything about Fani's face?" Puan Faniza mengalihkan pandangannya pada Ally pula. Ally menatap berani mata Puan Faniza.

"She deserves it." Sophia melopong tidak percaya. Dia sengaja menghela nafas panjang. Fani menjeling Ally tajam.

"Miss, I want compensation for my face." ucap Fani geram tanpa melepaskan tatapannya daripada wajah Ally. Ally menoleh membalas tatapan garang Fani.

"Aku takkan beri apa-apa pada kau." tutur Ally berani. Fani yang telah dikuasai amarah bergerak maju untuk mencakar wajah berlagak Ally.

"Stefanie!" Teriakan Puan Faniza menghentikan aksinya. Dia mundur tidak puas hati. Puan Faniza segera bangkit menjauhkan dua orang itu. Dia memegang bahu Ally erat. Dia memandang Ally lembut seperti seorang ibu merenung anaknya penuh kasih sayang.

"Are you okay, dear. There anything you want to say?" soal Puan Faniza lembut. Ally tersentak. Satu perasaan hangat menjalar dalam tubuhnya. Dadanya berasa sesak tiba-tiba. Dia berasa mahu menangis.

"No." Ally memutuskan tautan mata itu. Dia juga menepis sentuhan Puan Faniza di bahunya. Puan Faniza melepaskan keluhan perlahan.

"Stefanie, Sophia dan Keira, awak didenda membersihkan tandas blok A selama dua minggu. Mulai besok, saya akan periksa setiap tandas di blok tersebut. Jika tandas tersebut kotor, denda awak akan diteruskan." Sophia dan Keira merengek tidak terima. Puan Faniza hanya menutup telinga sahaja.

"Untuk Allyna, tolong jangan ulangi lagi perbuatan awak. Jika mereka membuli awak, segera laporkan pada saya ataupun Nora. Nora, awak tolong tengokkan Allyna." Puan Faniza memberi kata putus. Nora mengangguk patuh.

The Flowers keluar dahulu dengan perasaan tidak puas hati. Sophia sudah membebel tidak terima. Keira pula merengek malas. Fani sempat melanggar bahu Ally kasar sebelum keluar dari bilik itu.

Nora keluar mendahului Ally. Dalam hati, dia sudah memaki kerana tugasnya bertambah untuk memeriksa Ally. Dia menjadi pengawas bukan babysitter. Saat mengomel tidak terima di dalam hati, matanya yang tajam terpandang kelibat pujaan hatinya, Naim melangkah ke mari. Naim bersama beberapa orang senior lelaki yang dikenalinya. High council.

Nora segera berbalik melangkah mendekati Ally di belakang. Di hadapan Naim, dia harus menunjukkan sisi baiknya. Ally berasa aneh tatkala Nora berjalan di sampingnya. Dia tidak mahu memikirkan lebih lanjut terus menyambung langkahnya.

"Naim, macam biasa eh." Suara garau itu menarik perhatian Ally. Ally menoleh lalu mengerutkan keningnya tatkala melihat Naim dan beberapa lelaki yang tidak dikenalinya melangkah ke mari. Saat kumpulan lelaki itu sudah dekat, lengannya dipeluk tiba-tiba oleh Nora. Dia menoleh merenung Nora seolah bertanya.

"Ally, kalau The Flowers buli awak, bagitahu saya tau. Jangan sorokkan nanti makin teruk mereka buli awak." pesan Nora dengan suara yang sengaja dikuatkan. Wajah Ally berubah bingung. Baru dia mahu membuka mulut bersuara, Naim sudah berdiri di hadapannya.

"The Flowers buat hal lagi?" tanya Naim pada Nora. Nora mengangguk perlahan dengan wajah sugul. Naim terpandang Ally di sebelah Nora. Matanya membulat tidak percaya.

kerasWhere stories live. Discover now