06 | ALLY'S PAST

129 10 0
                                    

Lobi KUDRAT dibanjiri dengan manusia yang berstatus pelajar. Mereka lengkap berpakaian kemas dan asyik berbual dengan rakan-rakan mereka sehingga menimbulkan keriuhan di ruangan itu. Suara orang bercakap kedengaran di segenap penjuru. Namun ruangan itu tiba-tiba  menjadi sepi tatkala pintu masuk dibuka. Mata semua orang tertumpu pada figura tiga orang yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bangunan putih itu.

"Apa pandang-pandang!" Suara Sophia melengking tinggi menghancurkan suasana sepi itu. Sophia cuba menjegilkan matanya kepada beberapa orang tahun pertama untuk menakuti mereka namun malang sekali dirinya yang terkena imbas. Dia mengaduh kesakitan apabila berasa berdenyut di mata sebelah kanannya. Jika dibuka topi yang sedang digunakan untuk menyembunyikan separuh wajahnya pasti lebam berwarna ungu jelas di mata orang-orang.

"Now, girls. Get back on your own bussiness, please." Giliran Fani membuka suara supaya mereka tidak menjadi pusat perhatian ramai. Mereka akur tetapi beberapa orang kelihatan menekup mulut menahan tawa. Beberapa orang murid tahun pertama juga mengintip wajah Sophia di bawah topi itu lalu terkekeh tanpa suara. Keira mendengus geram.

"Kau usha apa!" Terus tersentak tubuh seorang pelajar tahun pertama itu apabila ditengking oleh Keira. Dia menunduk menatap lantai menghindari tatapan bengisan Keira. Keira yang masih tidak berpuas hati melepaskan geramnya dengan menolak tubuh pelajar itu sehingga terkena meja.

"Aduh.." Pelajar itu mengaduh kesakitan tatkala merasakan nyeri di pinggangnya hasil terkena bucu meja itu. Pelajar itu membongkok memegang pinggangnya. Suasana menjadi sunyi. Mereka hanya mampu menatap simpati pelajar itu tanpa ada yang berniat menolongnya. Menolong mangsa buli The Flowers sama sahaja seperti menyerahkan diri ke mulut buaya.

Fani mengukir senyuman senang apabila melihat keadaan yang tadi bingit menjadi sepi. Dia memang tidak silap memilih rakan. Walaupun tubuh Keira kelihatan kecil namun jangan remehkan tenaganya. Dia ialah orang yang sering bermain fizik dengan mangsanya.

"Kalau tak nak nasib korang berakhir seperti dia..." Fani menjedakan bicaranya. Dia memerhati sekeliling yang memandangnya dengan pandangan penasaran.

"Alihkan pandangan sekarang!" Fani memerintah tegas. Serentak mereka mengalihkan pandangan mereka.  Fani memasang senyuman senget. Dia berasa puas hati dengan kuasa yang dia ada. Walaupun dia dikalahkan oleh budak baru itu, dia masih mempunyai pengaruh kuat dalam KUDRAT.

"Let's go, girls." ajak Fani pada rakan-rakannya untuk beredar kerana kelas hampir bermula. Keira dan Sophia sempat mendorong dan menarik rambut beberapa orang junior sebelum menyusul ketua mereka. Mereka berjalan dengan lenggang-lenggok seperti model yang sedang catwalk.

Mereka memang jahat tetapi sayang mereka dilahirkan dengan wajah yang jelita. Wajah tidak serupa dengan perangai. Hakikat dunia sekarang, jika mahu bertahan hidup beauty privilige amat penting. Mereka dibenci oleh perempuan KUDRAT dan dipuja oleh lelaki KUDRAT.

"Ee! Bencilah." teriak Sophia tiba-tiba. Teriakan Sophia memeranjatkan rakan-rakannya. Mereka menghentikan langkah mereka lalu menoleh menatap Sophie menginginkan penjelasan.

"I tak sukalah kena pakai glasses ni. Dengan topi ini lagi. Kita ni kat Malaysia tahu tak? Panasss!" Sophia merengek. Keira menyilangkan kedua tangannya lalu menjulingkan matanya ke atas.

"Pastu kau nak show off mata kau yang cacat sebelah tu?" sindir Keira pedas. Sophia menatap Keira tidak puas hati.

"Excuse me! Lebam je eh, bukan cacat." Sophia membidas sambil menunjuk-nunjuk Keira dengan jari telunjuknya.

"Hahahaha... Sama je lah tu. Lebam macam bola baseball." ejek Keira menaikkan lagi amarah Sophia. Sophia yang sudah dibutakan amarah pantas menarik rambut Keira kasar.

kerasWhere stories live. Discover now