07 | "DO YOU HAVE CIGARETTES?"

100 9 0
                                    

"Dia bukan anak aku!"

"A monster have born in our family."

"She's a curse."

"Aku patut bunuh kau sebelum kau lahir lagi."

"Pembunuh!"

Suara-suara aneh itu menganggu lenanya. Ally mencelikkan matanya perlahan-lahan. Benda pertama yang dia nampak ialah siling putih yang tinggi. Dia merenung lama ke siling sambil melamun.

KRING!

Bunyi loceng membuyarkan lamunannya. Ally bangkit daripada pembaringannya. Dia menggeliat menghilang rasa lenguh. Tidur di atas bangku panjang tanpa alas apapun menyakitkan belakangnya. Dia bangun lalu bergerak ke dormnya.

Dia hanya menghadiri kelas sesi pertama sahaja. Sebaik sahaja waktu rehat bermula, dia menghilangkan dirinya ke sebuah kelas lama. Dia tidur di situ tanpa gangguan. Kini, mulutnya terasa payau. Dia inginkan sesuatu yang boleh menyegarkan.

Tepat pada saat itu, dia terpandang susuk tubuh tegap seseorang sedang membeli minuman di mesin minuman. Dia terus menghampiri mesin minuman berniat membeli sesuatu yang dapat menyegarkan tekaknya.


























Aku meneguk minuman di tangan bagi menyegarkan tekak. Seharian mendengar bebelan Mr.Sin amat memenatkan. Menjadi murid tahun terakhir menyusahkan namun menyeronokkannya. Aku suka apabila orang-orang tunduk pada diriku. Aku berasa amat berkuasa tika itu.

Anak mataku terpandang seseorang yang berdiri di sisi ku. Aku cam wajah asing itu. Dialah budak perempuan yang aku lihat di depan pejabat Puan Faniza. Dia juga orang yang telah membelasah Fani dan rakan-rakannya. Aku masih tidak percaya perempuan ini ialah bekas juvana. Jika dilihat daripada wajah, dia memang seperti orang suci. Wajahnya sejuk dipandang seperti embun pagi. Bibirnya merah semula jadi.

Apa yang aku merepek ni? Kenapa aku memuji wajahnya pula. Aku tidak mahu memikirkan dia lagi jadi aku membuat keputusan untuk melangkah pergi namun perbuatannya mematikan niatku.

Aku lihat dia menekan-nekan butang minuman kasar. Rupanya, minumannya tersekat tidak jatuh. Hatiku berbelah-bahagi sama ada mahu menolongnya atau meninggalkannya. Aku dilema. Bila difikirkan semula, kenapa aku perlu susah-susah memikirkan tentangnya. Aku tiada hubungan langsung dengan dia. Bahkan kami tidak pernah bercakap. Aku membalikkan badan melangkah pergi sebelum mendengar bunyi kuat.

BAAM!

"Mesin bangsat!" Aku mendengar carutan keluar daripada mulutnya. Aku tidak dapat menahan senyumanku. Gelagatnya yang menyepak mesin minuman itu menggelikan hatiku. Aku patah balik menghampirinya. Dia masih tidak menyedari kehadiranku.

"Mesin ni memang sewel sikit." ucapku mengalihkan perhatiannya. Aku mengukir senyuman sinisku. Riak wajahnya mengerut. Aku segera mengetuk kaca mesin itu kuat. Kedengaran bunyi minuman jatuh bersentuhan dengan besi. Dia segera menunduk mengambil minumannya.

"Terima kasih." ucapnya datar. Dia sudah membalikkan badan bersedia untuk pergi namun entah apa yang merasukiku.

"Tunggu." Perkataan itu terlepas sendiri. Langkahnya terhenti lalu dia menoleh memandangku dengan wajah bingung.

Stupid, Kahar! Aku mengutuk diriku di dalam hati. Nasi sudah menjadi bubur. Kasi redah je lah.

Aku menghampirinya lalu mengeluarkan tangan untuk bersalaman. Tanganku di udara dipandangnya kosong.

"Aku Kahar. Form 5. Leader Kasturi." Aku memperkenalkan diri singkat. Reaksinya masih sama. Dia menjeling tanganku tanpa ada niat untuk menyambut salam perkenalan itu.

"Ally." Salam itu disambutnya singkat. Senyuman kecil terbit di wajahku.

"Kau budak baru aku kan? Feel free to ask me anything." Dia mengangguk singkat sebelum membalikkan badan. Aku berjalan melangkah pergi sebelum tersentak tatkala tubuhku didorong kasar ke dinding. Penumbuk sudah aku angkat untuk menyerang empunya yang menolak. Aku terkedu apabila bertentang mata dengan sepasang mata berwarna coklat indah.

Dia Ally. Aku masih terpinga-pinga tidak faham sebab dia menyerangku. Belum sempat aku bertanya, dia mendekatkan wajahnya denganku mengikis jarak antara kami berdua. Saat itu, aku bagai terpukau dengan kecantikannya. Aku tidak dapat menggerakkan tubuhku kerana tubuh aku sendiri selesa dengan perlakuannya.

"Do you have cigarettes?" Suara gemersik itu bertanya padaku. Aku tidak menjawab namun mataku terpaku pada wajahnya. Satu perasaan membelenggu diriku.

Rindu. Aku rindukan dia.






























"Do you have cigarettes?" Ally mengulang soalannya sekali lagi. Dia berasa jengkel apabila ditatap sedalam itu oleh Kahar. Tadi memang dia mahu beranjak ke bilik namun dia terbau bau rokok di tangannya. Dia tentu tahu dari mana bau itu datang. Dia tanpa berfikir panjang terus mencegah langkah Kahar. Mustahil lelaki ini tidak menghisap rokok.

Ally mula berasa marah apabila soalannya dibiarkan sepi. Dia melakukan tindakan nekad dengan menyeluk poket seluar Kahar. Tika itu, Kahar tersedar dari lamunannya. Dia menangkap tangan nakal Ally.

"Kau buat apa ni!" Dia tanpa sedar menjerkah Ally kasar. Ally menghiraukan amarah Kahar pantas menyeluk lagi satu poket.

"Gotchaa!" Ally bersorak ketika berjaya mengeluarkan sekotak rokok berserta sebatang pemetik api. Kahar tersentak lalu cuba merampas kembali barang miliknya.

"Bagi balik." arahnya tegas. Ally yang memang licik berjaya melepaskan diri dengan menendang lutut Kahar. Kahar mengerang kesakitan sambil memegang lututnya yang berdenyut-denyut. Ally mengambil peluang ini untuk melarikan diri menuju ke aspuri.

"Thank you for the cigarettes, jerk." ejek Ally kuat.

"Sial punya perempuan!" Kahar memaki kasar. Dia bertekad akan membuat Ally menyesal. Siaplah esok. Dia akan pastikan Ally menjadi miliknya. Senyuman kecil menghiasi wajahnya.

She's still the little girl I know.








kerasWhere stories live. Discover now