03 | MEET THE BUGS

169 13 1
                                    

"Selamat datang ke KUDRAT." Gadis berambut paras bahu itu menyapa berserta mengukir senyuman manis. Pakaiannya sama seperti pakaian Naim. Tertera jelas nama 'Nora Danisha' di tag nama gadis itu. Ally meliriknya sekilas tanpa minat. Di fikirannya, dia mahu sampai ke biliknya secepat mungkin lalu melelapkan mata.

Senyuman di bibir Nora mengecut tatkala melihat respon acuh tak acuh daripada Ally. Raut wajahnya segera dibuat ramah walaupun dalam hati dia sudah mengutuk Ally yang memasang wajah kosong.

Kereknya budak baru ni! Jerit Nora di dalam hati.

"Nama saya Nora Danisha. Boleh panggil saya Nora. Saya pengawas KUDRAT yang akan bawa awak ke dorm awak." Nora menjelaskan singkat lalu melangkah terlebih dahulu. Ally tidak banyak cakap pantas mengikuti langkah Nora.

"Awak dari sekolah mana?" soal Nora berbasa-basi. Sekali lagi, Ally mengabaikan soalan gadis itu. Nora mengetap bibir menahan geram.

Sabar, Nora. Ingat citra kau sebagai seorang pengawas. Kalau kau balas dia sekarang, Naim takkan lirik kau. Dia tak suka perempuan agresif. Nora berpesan pada dirinya agar menahan diri daripada bertindak kasar.

Dia sudah lama menyimpan perasaan pada calon ketua pengawas tahun hadapan itu. Statusnya sebagai rakan baik Naim dimanfaatkan dengan baik. Sekarang, dia memiliki pengaruh di
KUDRAT terima kasih kepada Naim.

"Awak dah tahu dorm mana awak ditempatkan?" Nora bertanya lagi kerana Naim tidak berpesan apa-apa. Jika pelajar baru ini bingung mahu masuk dorm mana, dia dengan sukacitanya sudi memilih. Apa yang pasti, pilihannya akan membuat pelajar baru itu tidak tahan berada di KUDRAT.

"Kalau awak tak tahu,saya boleh tolong pilihkan. Bagi saya, awak patut masuk dorm—"

"Kasturi." Ally memotong bicara Nora pantas. Nora jelas tersentak. Dia menoleh menatap Ally dengan kening berkerut.

"Kasturi?" soalnya.

"Pengetua suruh." jawab Ally singkat. Wajah Nora kembali seperti biasa. Sudut bibirnya menaik membentuk senyuman ramah. Dia memegang lengan Ally erat seperti mereka ialah sahabat baik.

"Pilihan pengetua memang tepat. Hanya dorm Kasturi yang masih kosong. Saya guarantee awak akan suka tinggal di situ." ucap Nora ceria. Ally segera menepis sentuhan itu kasar. Dia tidak menyukai sentuhan fizikal daripada orang asing. Nora menjeling Ally sekilas sebelum meneruskan langkahnya.

Padan muka budak baru ni dapat sebilik dengan kumpulan minah gedik tu. Dia pasti dibuli habis-habisan oleh mereka. Baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah. Nora mengukir senyuman sinis membayangkan nasib Ally nanti.

"Kita dah sampai. Ni lah dorm Kasturi. Awak akan tinggal bersama empat orang lagi pelajar di sini. Sila patuhi peraturan dan jangan membuat bising menganggu ketenteraman penghuni lain. Kalau tak—" Belum sempat Nora menghabiskan ayatnya, bayang Ally sudah hilang masuk ke dalam bilik itu. Nora memandang pintu kayu itu tajam.

"Sombongnya!" Dia memekik pelan. Dia mendengus geram sebelum beredar dari situ. Jauh di sudut hatinya, dia berharap sangat Fani dan rakan-rakannya membuli Ally dengan teruk.

















































Perkara pertama yang Ally lihat sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam bilik itu ialah bekas plastik makanan ringan yang berselerakan di lantai.

"I dengar kita ada roommate baru." beritahu seorang gadis berambut pendek pada rakan-rakannya.

"Mana kau tahu?" Gadis berambut hitam legam itu menyoal penasaran sambil mewarnakan kuku kaki rakannya.

kerasWhere stories live. Discover now