02 | KUDRAT

126 10 2
                                    

Aku terlambat. Sesi pendaftaran sudah tutup. Di perkarangan sekolah, hanya ada beberapa buah kereta sahaja. Barangkali itu ialah kereta ibu bapa yang masih belum pulang kerana khuatir keadaan anak mereka.

Aku hanya berdiri tegak seperti orang bodoh di tengah terik matahari ini. Bagasi dan beg galasku berada di samping tubuhku. Pemandu kereta tadi sudah aku suruh pergi. Aku melepaskan keluhan kasar. Mungkin aku harus pulang semula ke sekolah lamaku lalu mengadu tentang sesi pendaftaran sudah tutup. Mana tahu aku kembali diterima di sana.

Baru sahaja aku mahu mendail nombor telefon pengetua sekolah lamaku, satu suara menyapaku. Aku membalikkan badan menatap seorang lelaki dewasa berpakaian sut hitam. Wajah lelaki itu terpancar riak ramah.

"Pelajar baru ke?" tanyanya ramah. Aku hanya mengangguk.

"Pendaftaran dah tutup jadi saya-" Bicara aku dipintas oleh lelaki itu pantas.

"Hari ini hari bertuah awak kerana saya ialah pengetua KUDRAT. Mari pergi ke pejabat saya untuk sesi pendaftaran." ajak Encik Yusof, pengetua KUDRAT. Dia jalan mendahuluiku. Aku tidak punya pilihan selain menyusulinya.

Kami masuk ke dalam pejabatnya. Aku mengambil tempat duduk di kerusi berhadapan setelah disuruh. Dokumen peribadiku beri pada dia. Dia memakai kaca mata supaya dapat melihat lebih jelas.

"Allyna Shailene, awak dibuang sekolah?" soalnya. Aku mengangguk mengiyakan. Aku perhatikan riak wajahnya. Ekspresinya berubah sejenak sebelum wajah ramah dipasang semula. Mesti dia sangka kehadiran aku di sini akan menjejaskan nama baik KUDRAT.

"Baiklah. Selamat datang ke KUDRAT. Boleh panggil saya Cikgu Yusof. Awak ditempatkan di dorm Kasturi. Sebentar lagi, ada pengawas yang akan mengiring awak ke dorm." jelas Encik Yusof seringkas mungkin. Aku hanya membalas dengan anggukan.

Bunyi ketukan mengalihkan perhatianku. Aku dengar bunyi suara lelaki dari belakang namun aku tidak menoleh. Aku merenung lama pen di atas meja pengetua itu.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu, cikgu?" Naim berkata sopan. Encik Yusof tersenyum gembira melihat wajah pelajar kesayangannya.

"Saya minta tolong awak untuk hantar Allyna ke aspuri. Perkenalkan ini ialah Allyna Shailene, pelajar baru kita." Encik Yusof memperkenalkan aku pada lelaki itu. Mahu tidak mahu, aku terpaksa berpaling. Aku mendongak menatap wajah lelaki itu.

Handsome, getusku di dalam hati. Aku akui dia memang tampan namun tidak menepati citarasa ku. Dia nampak terpesona memandang wajahku. Aku hanya mendengus malas.

Dengusan ku menyedarkan Naim. Dia berdehem bagi menghilangkan rasa gugup. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat salam.

"Nama saya Nur Naim Ismet." Dia memperkenalkan dirinya sambil mengukir senyuman manis.

"Ally." ucapku singkat lalu jalan mendahuluinya. Aku mengabaikan tangannya lalu beredar dari pejabat itu bersama barang-barang ku. Aku melangkah tanpa hala tuju sambil menarik bagasi yang berat.

"Patutnya aku tunggu mamat tadi. Bodohlah kau, Ally." Aku mengutuk diriku. Aku mana hafal selok-belok sekolah ini. Nama pun murid baharu.

Di saat aku dilanda rasa serabut, satu suara menyapa gegendang telingaku.

"Ally, awak pergi mana? Saya cari awak daripada tadi." Naim berdiri di sampingku. Nada suaranya seperti dia risau padaku.

"Mana aspuri?" Aku malah bertanya semula mengabaikan soalannya.

"Ikut saya." Dia menyuruhku lalu melangkah mengetuai. Aku hanya menurut.

Sepanjang perjalanan ke aspuri, kami hanya diam. Aku tiada keinginan untuk memulakan perbualan dengan dia. Aku tidak tertarik padanya jujur aku cakap.

"Kenapa Ally?" soalnya tiba-tiba membuatkan aku tanpa sedar mengerutkan kening bingung.

"Maksud?" soalku kembali tidak mengerti.

"Kenapa panggil awak Ally? Kenapa tak Allyna?" Naim bertanya semula. Aku menjelingnya sekilas tidak menjawab. Naim rasa canggung. Dia berdehem lagi menghilangkan rasa malunya.

"Boleh saya tahu sebab apa awak pindah ke KUDRAT?" Naim melontarkan soalan lagi. Aku sudah mulai rimas dengan kelakuan lelaki ini. Daripada tadi asyik bertanya. Tak boleh diam ke?

"Kena buang sekolah." jawabku pendek. Langkahku cepatkan untuk menyaingi Naim. Tolonglah jangan tanya lagi. Aku serabut! Pekikku dalam hati.

"Kenapa awak kena buang sekolah?" Aku memberhentikan langkahku mengejut. Dia juga berhenti dengan wajah bingung. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembus.

Aku menoleh menatapnya. Aku mula melangkah merapati tubuhnya. Dia nampak gugup. Mulutnya terbuka mahu berkata sesuatu namun tiada suara yang keluar. Matanya bergetar seperti orang bingung.

Aku menjengketkan kakiku sehingga mulutku separa dengan telinganya. Aku menyengetkan kepala sehingga mulutku dekat dengan cuping telinganya. Kalau ada orang yang lihat, mereka pasti salah faham yang aku sedang bercium dengan mamat ini.

"A.. apa kau buat ni, Ally," Nada suara Naim menjadi tersekat-sekat kerana gugup. Wajahku sangat dekat sehingga dia dapat mendengar deru nafasku.

"Pernah dengar satu pepatah Inggeris tak? Curiosity kills the cat." Aku membisik lalu menjauhkan diriku daripada dia. Wajahnya berkeringat seperti baru habis bersukan. Dia menatap ku dengan mata membulat.

Aku mengukir senyuman sinis singkat sebelum mencapai pemegang bagasi lalu berlalu pergi ke bangunan aspuri. Aku meninggalkan dia seorang diri terpinga-pinga.

"Apa yang minah tu buat kat aku?" Naim bertanya pada dirinya. Jantungnya berdegup kencang. Tidak mahu berfikir panjang, dia terus beredar daripada situ. Dia menatap belakang badan Ally yang semakin jauh.























Hello readers!
Terima kasih sudi membaca cerita yumi
Jangan lupa vote tau!
Lagi satu kalau boleh share lah cerita ni dengan kawan-kawan korang.
Hehehe.
New chapter coming soon. Hehehe

kerasWhere stories live. Discover now