Klak klik klak klak. Srengggg.
Ayyash membuka pintu rumahnya dan menjejakan kakinya.
"Assalamualaikum.."
Setelah saja mendengar suara Ayyash, Dhia mendongak ke belakang. "Abang!!". Terus Dhia lompat dari sofa dan lari ke suaminya. "Waalaikumussalam abang" salam cium Dhia membuat Ayyash hilang cemburunya.
"Sayang dah sembahyang isyak?"
"Belum, saya tunggu abang lah" balas Dhia sejenak.
...
Sembahyang isyak berakhir dengan salaman.
"Assalamualaikum...."
Dhia salam suaminya tercintanya.
Quran terbuka di atas rehan. Jari yang mengikut huruf-huruf jawi itu. Suara merdu Ayyash menenangkan hati Dhia.
Selepas membaca quran, Ayyash ada kerja yang perlu diselesaikan, jadi dia pergi ke bilik kerjanya.
Dhia tercari-cari suaminya di mana. Akhirnya terjumpa di bilik kerja. Dhia menarik kerusi yang ada dihadapan meja kerja suaminya dan melabuhkan duduk.
"Abanggggg. Jom pergi jalan-jalan nakk?"
Suara manja Dhia dengan tujuan memujuk suaminya luang masa bersamanya.
Ayyash letak pen di tepi. Dan melipat tangannya di sisi mukanya. "Nak pergi mana?".
"Hmmm. Abang nak pergi mana?"
"Italy? France? Indonesia? London?" Sejenak Ayyash membalas soal Dhia.
Terkedu Dhia mendengar jawab Ayyash. Sampaikan dia tidak tahu nak pergi mana. Terketuk-ketuk jari jelunjuknya di dagunya sambil pandangannya di atas.
"Hmmm. Susahnyaa! Tak tahulah. Dhia nak pergi Italy boleh?" Bekerdip-kerdip mata Dhia beberapa kali.
"Of course, Mi Amor."
Pandangan Ayyash kepada Dhia sangat tajam dan tidak langsung lepas darinya. Eh, macam nak sesuatu je! Hahahk!
Terlompat-lompat gembiralah Dhia selepas mendengar Ayyash setuju. Ayyash tertawa kecil melihat gelagat isterinya itu. Seperti budak-budak. Comel ja.
"Pergi la kemas beg. Esok kita pergi"
Terus berhenti Dhia dari melompat. "Hah? Esok??" Soal Dhia yang penuh kekeliruan.
"Iye. Abang sebenarnya ada kerja juga di sana. So, kita pergi sambil tu abang boleh buat kerja juga.."
"Ooohh" balas Dhia sejenak. Dhia ternampak sekeping gambar kecil di dinding belakang Ayyash. "Gambar siapa tu abang?" Soal Dhia sambil menunjuk gambar itu dengan jari telunjuknya.
"Gambar Mi amor."
Jawab Ayyash tidak memuaskan soal Dhia. Dhia perlahan-lahan berjalan mendekat ke gambar itu. Terus Dhia terkedu. Gambar itu adalah dia. Gambar menunjukkan Dhia tersenyum lebar di hadapan pantai matahari yang tengah surut.
YOU ARE READING
Unexpected Love [Og]
RomanceDhia Eira x Ayyash Amri (Malaysian novel) Sinopsis: "Dia ke..Ayyash Amri?.." Dhia Eira didapatkan pasangan sukannya. Iaitu Ayyash Amri, suaminya di masa depan. Tetapi, kisah cinta ini tidak berlalu dengan bagus. Seorang perempuan yang bernama Darw...