episod 18.

264 9 0
                                    

Mata dibuka perlahan, pernafasan perlahan dan penglihatan kabur cerah.

"Puan? Puan! Bangun!" Badan Dhia digoyang perlahan bagi menyedarkan dia. Suasana yang kecoh betul-betul berlaku sewaktu Dhia tidur. Dhia yang separuh sedar terbangun dari mimpinya.

"Doktor? Ada apa ni?" Soal Dhia amat pelik. Sedangkan benda berlaku di hadapannya, maklumlah, separuh sedar.

"P-puan.. suami awak.. tiba-tiba  dia diserang sawan. Ada berita buruk dan baik. Buruknya ialah suami puan kemungkinan kritikal. Baiknya ialah kemungkinan suami puan akan bangun. Tetapi, kami tidak dapat memastikan lagi keadaan sebenar suami puan."

"Suami saya akan bangun???" Suara Dhia yang semakin perlahan apabila mendengar penjelasan doktor tadi.

Doktor hanya sekadar mengangguk mengiyakan kata Dhia.

...

Setiap hari Dhia datang melawat suaminya dan mendoakan suaminya di dalam solatnya, menunggu Ayyash bangun dari tidurnya. Makin lama, kandungan Dhia sudah masuk bulan ke 9.

Seperti biasa, Dhia datang melawat Ayyash dengan membawa buah tangan untuknya. Apel yang dipotong ke 8 bahagian dengan berhati-hati, diletakkan di atas pinggan yang bersih dan kecil. "Abang.. anak kita dah nak keluar sayangg... Bangun cepat ye sayang? Saya nak awak azankan anak pertama kita..". Potongan apel terakhir diletakkan di atas pinggan. Dhia bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari bilik itu.

...

Semasa berjalan berhadapan di sebuah bilik, Dhia terbehenti langkahnya dan menoleh ke arah bilik itu. Mukanya yang sedang mengingati sesuatu yang dia mahu ingat sangat. "Siapa...?". Air tiba-tiba keluar mengalir dari kain Dhia. "Eh..?" Rasa sakit yang melulup di perut Dhia membuatkan Dhia terjatuh melutut menangis kesakitan.

...

Katil roda disorong laju, lampu ke lampu di siling melalu. "Dia selalu datang sini kan?" Tanya salah orang yang menolak katil itu. "Ye!! Dia isteri Ayyash Amri!" Jawab seorang doktor yang mengikuti disampingnya.

...

"Dhia?.. kenapa kau tersenyum gembira di situ?" Seketika Ayyash pusing-pusing badannya di sebuah tempat luas  yang bewarna putih dan kosong. "Yash! Jom! Next round dah nak mula!" Dhia tersenyum sambil berlompat-lompat mengajak Ayyash. "D-dhia?... S-sayang??..." Seketika mata Ayyash dipenuhi air yang menkaburkan matanya dari pandangan. Apabila digosok, Dhia yang dihadapannya tadi kini jauh darinya. Terlihat perut Dhia besar bulat membawa kandunganya. "Dhia..? Anak kita?.." dia berjalan dengan perlahan mendekati Dhia yang sedang mengusap perutnya.

"Its our first baby boy abang... Iman Harris. Comelkan nama dia? Lembut je" Dhia tersenyum selepas mengungkapkan itu.

Ayyash berhenti di langkahnya yang hampir dekat dengan Dhia. "D-dhia Eira. Awak jaga kandungan tu sorang-sorang?? Why won't you wake me?!"

"Wake you? Honey, you sleeping peacefully, why would i disturb you?" Jawab Dhia.

Tiba-tiba perlihatan Ayyash menjadi gelap.

...

Mata dibuka luas secara tiba-tiba dan terbangun tegak. Jarum ditarik keras dan melangkah pergi dari katil.

Unexpected Love [Og]Where stories live. Discover now