Setelah 30 minit tayar berjalan, akhirnya berhenti di sebuah kedai yang kecil. Pintu dibuka perlahan-lahan, kaki memijak tanah.
"Hm? Kedai apa ni abang?" Tanya Dhia yang agak keliru. Di luar kedai itu seperti sudah lama ditinggalkan. Manalah Dhia tak keliru serta risau.
"Ikut ja abang. Sayang mesti suka" kaki Ayyash mula membuat langkah ke hadapan bersama isteri disamping yang memeluk erat lengan Ayyash seperti ada yang tidak kena.
Kringling! Loceng berbunyi. "Wahh!!" Terkejut Dhia apabila baru saja melangkah masuk ke kedai itu. Dari luar saja seperti sudah lama ditinggalkan, tapi di dalam seperti rumah yang kaya-raya. Penuh dengan warna kuning serta putih. Sofa-sofa berwarna putih kebanyakkannya cantik semuanya.
"Look? Cantikkan? Pergilah ambil baju yang sayang nak. "
Selepas mendengar kata-kata Ayyash. Tiba-tiba segan memasuki diri Dhia. Begitu juga otaknya yang terlintas tentang emaknya. "Hm.. abang.. boleh tak lepas kita balik Itali kita pergi lawat mak saya?" Nada Dhia dengan berhati-hati akan perkataan yang keluar dari mulutnya.
"Hm? Of course sayang." Tangan Ayyash dengan sengaja berangkat mengusap kepala isteri berseri yang bersarung tudung itu.
Berpusing-pusing anak mata Dhia bergerak mencari kesesuaiannya. Tiba-tiba anak matanya terbehenti di salah satu tempat iaitu zon bayi. Lantas dia menarik tangan suaminya. "Bang! Tu ada baju baby lah!! Jom abang?" Mata bulatnya berkedip-kedip menunjukkan kecomelan pada suaminya.
Ayyash hanya menahan gelak di hatinya itu menyaksikan gelagat isterinya. Perlahan-lahan wajahnya serta badannya berpusing ke arah hadapan wajah berseri isterinya. "Okayy! Jommm. Beli la banyak mana punn". Senyuman manja terukir di bibirnya.
Dhia tersenyum lebar lantas berlari ke zon bayi itu. Terlihat dari mata Ayyash walau jauh, senyuman isterinya tiada tandingan. Senyum yang manis 1000000000000 berkali-kali ganda dari gula.
Sedap Ayyash memandang Dhia, tiba-tiba ada seseorang yang mendekatinya. Ayyash berfikir orang itu hanya mahu membeli baju. Tetapi, pandangan orang itu pada Dhia, amatlah tidak kena. Seperti ada dendam.
Ayyash pov.
"Siapa?..."Orang itu semakin lama semakin mendekat pada Dhia, tangannya pergi mengetuk lembut pada bahu Dhia dengan sengaja. Terlihat orang itu menunduk-nunduk sambil mulutnya berkata sesuatu. Ayyash tidak dapat membacanya dengan baik kerana pergerakkan mulut orang itu amatlah laju dan tidak jelas. Dhia hanya memaafkan orang itu kerana dipikirannya orang itu tidak sengaja.
Tidak dijangka, orang itu mengeluarkan pisau yang kecil. Pisau itu diangkat sedia untuk menikam belakang Dhia. Ayyash lantas lari ke zon itu. Pisau itu laju menuju ke Dhia.
Srakkkk!!
Ayyash sempat menahan pisau itu dengan lengannya. "Sial kau!" Nada Ayyash dengan marah melangkah ke hadapan dan mengengam baju orang tersebut.Sekuriti di situ turut bergegas ke tempat kejadian. Lantas sekuriti itu menahan pelaku yang gagal mencuba untuk menikam Dhia. Kenapa? Kerana apa Dhia diancam?..
Walau Dhia hanya menonton dibelakang Ayyash, di hatinya penuh dengan kerisauan, terkejut serta perasaan mahu menangis apabila melihat lengan kanan suaminya terluka parah."Abang!! Im so sorry! Lets go to hospital!?" Dia duduk melutut di hadapan Ayyash menahan darahnya dari keluar.
Sekuriti ada membawa barang perubatan, mereka juga ada doktor bersama. Lantas berlari ke arah Ayyash yang terluka itu.
...
"Abang, im so sorry... I think i ruined our date..." Dhia menundukkan wajahnya. "Why? Our date isn't at end yet. Im okay honey.." tangan kanan Ayyash perlahan-lahan melabuh ke paha Dhia. Manakala tangan kirinya lagi sedang menahan roda stereng. "Not yet?! Where are we going? Its afternoon abang! We should pray first!".
YOU ARE READING
Unexpected Love [Og]
RomanceDhia Eira x Ayyash Amri (Malaysian novel) Sinopsis: "Dia ke..Ayyash Amri?.." Dhia Eira didapatkan pasangan sukannya. Iaitu Ayyash Amri, suaminya di masa depan. Tetapi, kisah cinta ini tidak berlalu dengan bagus. Seorang perempuan yang bernama Darw...