Matahari gigih memanjat awan ke atas. Tibalah pagi di hari.
"Shh! Shh! Uhh uhh. Macam mana nak buat susu?? Auhmm" Ayyash kelang-kabut bagi menenangkan anaknya Iman. Manakala Dhia nyenyak tidur. Satu katil besar, Dhia ambil alih.
"Ya allah! Macam mana nii?" Ayyash mula cemas apabila Iman menangis lagi kuat dari tadi. Riak wajah Dhia ditenung lama. Tidak lama itu, Ayyash menlabuhkan baringan mengiring bersama Iman. "Sayang.. bangun sayang? Anak lapar susu ni?" Rambut dimain lembut.
"Hmmmm abang pergi la bancuhhh!" Dhia guling ke arah lain dari Ayyash. "Alah sayangg, abang tak retii" Ayyash menggoyangkan sedikit badan Dhia dengan manja. "Abanggggggg kejutkan Dhia pergi kerjaa!" Nampaknya, Dhia memasuki fasa mimpi mengigaunya. Tiada pilihan lain selain menonton internet cara bancuh susu.
...
Akhirnya, Iman kenyang dengan sebotol susu bancuh dari ayahnya. Ayyash menepuk lembut belakang Iman sambil mendukungnya sampailah Iman berlahak. Selepas saja terdengar Iman berlahak tadi, Ayyash menjatuhkan duduk di atas katil dibelakangnya. "Abangg.." Dhia bangun duduk dengan perlahan. Ayyash menoleh belakang tenung wajah keletihan isterinya. "Ye sayang, nak makan apa? Abang nak belikan?". "Hmm! Makan! Hmmm roti dengan milo?". "Eh? Tu je?" Tanya Ayyash yang keliru serta agak kesian akan isterinya yang pantang itu, pantang ada makanan yang tidak boleh dimakan, jadi, baik berhati-hati. "Yee! Saya kan pantang. Anak kitalah ni sayangg" Dhia sempat lagi mencubit lengan Ayyash. "Agahh! Sakitlah sayang! Auuu sakit sayangg aaa, berdarah apee?" Sekali-sekala, Ayyash bergurau-senda dengan isteri tercinta. Dhia memeluk tubuhnya dan mengerutkan dahinya. "Sakit ke abang? Lagi sakit bila abang cubit hidung Dhia!" Dhia memucungkan mulutnya serta menoleh ke arah lain. Tidak fikir panjang, Ayyash lantas mencubit hidung Dhia.
"Dahlah, abang nak pergi buatkan oder sayang." Ayyash turun dari katil dan meninggalkan Dhia dan anaknya di dalam bilik itu.
Milo bersama air dikacau supaya sebati elok. Susu pekat dituang sambil sebatikan ia bersama.
Roti dicapai dan dipotong-potong. Susu disimpan ke tempatnya semula. Ayyash membawa talam yang berisi secawan air milo dan pinggan yang berisi roti yang telah dipotong. Romantik kan Ayyash? Nak bodek ape tuu!
"Sayangg," Ayyash menolak lembut pintu dengan tubuh sasanya dengan membawa talam.
"Fuh, kejapnye?!" Dhia terkejut. Baru tadi saja Ayyash pergi, ni dah siap. Guna mesin ke ape ni?
"Eh? Takkan tak kenal lo punya suami ahh, dia manyak laju maa" tiba-tiba saja berloghat cina.
"Ye ye jela laju. Tah-tah suruh mama buat"
Ayyash melabuhkan duduk hujung pungung di atas katil dan meletakkan talam itu di sampingnya. "Eh? Kenapa lak? Tak percaya?" Ayyash tersenyum nakal seperti ada sesuatu.
Dhia mengambil gelas milo itu dan dipegang kedua tangannya. "Hmph, saya lapar" dia mula tiup air milo yang sedang panas berasap itu.
Ayyash pegang tangan Dhia. "Jangan tiup. Biar air tu sejuk sendiri. Tak elok kalau tiup" sedikit teguran bagi isterinya.
"Ohh" balas Dhia pendek.
"Abang nak pergi mandi jap. Nak ikut?"
"Still lagi ajak? Abang tahu Dhia takkan terima kan?" Tentulah! Dhia sudah trauma akan Ayyash pecut masuk ke dalam tandas semasa dia mandi.
YOU ARE READING
Unexpected Love [Og]
RomanceDhia Eira x Ayyash Amri (Malaysian novel) Sinopsis: "Dia ke..Ayyash Amri?.." Dhia Eira didapatkan pasangan sukannya. Iaitu Ayyash Amri, suaminya di masa depan. Tetapi, kisah cinta ini tidak berlalu dengan bagus. Seorang perempuan yang bernama Darw...