Bab 2

3.9K 217 11
                                    

"NENEK" panggil Aeris ceria. Dia melompat kecil bila melihat neneknya menyiram bunga bunga di luar rumah

Puan Farah mengusap dada mendengar suara Aeris yang sedikit kuat itu. Ceria sungguh cucunya ini

"Eris, kenapa? Ceria sangat hari ni , ada apa apa ke?" Tanya Puan Farah ingin tahu. Dia berjalan menuju ke meja dan mengambil tempat

Aeris menyisip teh sebelum dia membalas pertanyaan Puan Farah

"Nenek, Eris dapat kerja dekat warung nek mah" kata Aeris ceria. Dia bersyukur walaupun dapat kerja di kampung

Puan Farah mengeluh mendengar apa yang dikatakan oleh cucunya

"Kamu tak nak sambung belajar ke Eris? Kamu dapat SPM terbaik, sayanglah kalau tak sambung belajar" kata Puan Farah sedikit sedih

"Tak nak lah. Eris nak jaga nenek. Kalau Eris sambung belajar siapa nak jaga nenek?" Tanya Aeris dia memandang wajah Tua milik Puan Farah

Dia tidak sanggup meninggalkan neneknya seorang diri

Puan Farah senyum mendengar balasan Aeris . Tangan tuanya naik mengusap pipi Aeris sesekali dicubit

Geram sahaja dia tengok pipi cucunya bila makan

"Aduh nek, nasib Eris tak tercekik cekodok ni" kata Aeris serta gurauan. Saja mahu usik manja

"Cepat makan, nenek nak naik ni. Hari pun dah gelap" kata Puan Farah. Dia setia menunggu Aeris habis makan cekodok

"Okay" habis sahaja kunyahan, pinggan yang sudah tidak berisi cekodok diambil dan di bawa masuk ke rumah

LAJU SAJA TANGAN KECILNYA mengambil buah epal yang sudah siap dipotong lalu di cicah dengan serbuk asam

Baru saja dia ingin mengambil buat kali ke -6 tanganya ditampar oleh Puan Farah, mujur tamparan itu perlahan

"Nenek, sakit lah" jerit Aeris terkejut. Dia tidak tahu pula neneknya perasaan dia curi curi ambil

Habis merah tanganya akibat ditampar, walaupun perlahan

"Nanti dulu, bagi nenek potong baru boleh ambil. Kalau tangan kamu kena pisau tadi macam mana?" Puan Farah menjeling manja pada Aeris yang sengih tidak bersalah itu

"Alaaa nenek, Eris lapar la" tangan Aeris mengambil lagi epal yang siap dipotong

"Ish, budak ni" selesai sahaja potong Puan Farah menghulur pinggan yang berisi epal

Aeris menyambut dan dibawa ke ruang tamu

"Nenek, ambil serbuk asam . Eris lupa la" kata Aeris

"Kamu ni haih" Puan Farah mengambil serbuk asam dan di letak pada dulang lalu di bawa ke ruang tamu

"Nah"

"Terima kasih nenek sayang" Aeris mengambil dan dia mencium pipi Puan Farah

Puan Farah senyum dengan tindakan dari Aeris.

ZAYYAN MENGELUH PERLAHAN, tangan kekarnya naik mengusap rambut Zafran yang sedikit serabai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZAYYAN MENGELUH PERLAHAN, tangan kekarnya naik mengusap rambut Zafran yang sedikit serabai. Tangan sebelah lagi naik menepuk punggung Zafran yang lena tidur di dada bidangnya

"kamu nak mama ke sayang?" Tanya Zayyan. Dia juga beristeri tapi teringat pula kata kata  arwah isterinya itu

flashback....

"Kalau sayang dah tak ada abang cari lah perempuan yang boleh jadi mama dan isteri terbaik untuk abang dan anak kita" kata Diana dengan senyuman kecil. Kekura tangan Zayyan diambil serta dikucup ringkas

"saya tak nak abang dan anak kita rasa sunyi bila tak ada sayang"

End flashback

End flashback

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Zayyan EzradhWhere stories live. Discover now