BERKELIP KELIP MATA BULAT Aeris memandang kereta mewah BMW X6 M yang terparking di halaman rumah Puan Sri Elisa.
"Mama? Kereta siapa ni?" Tanya Aeris. Tertarik pula dia melihat kereta mewah ini. Siapa punya?.
"Oh, itu kereta Zayyan. Mama nak suruh kamu balik kampung dengan Zayyan ,dia rindu nenek katanya" kata Puan Sri Elisa pada Aeris.
Zayyan keluar dari kereta dengan kaca mata hitamnya dan dua butang baju terbuka, merah pipi Aeris melihat Zayyan.
Segak benar bapak orang ni.
"Mana beg Eris? Meh abang Zay ambil" kata Zayyan pada Aeris, luggage Aeris diambil dan di bawa ke dalam bonet kereta.
Baru sahaja Aeris mahu membuka pintu penumpang belakang, Zayyan datang dan menutup kembali.
"Duduk depan dengan Zafran, Zafran tak boleh duduk seseorang di seat kereta kalau tak ada orang nak riba dia. Nanti dia lenguh" Tipu Zayyan. Padahal dia mahu Aeris duduk ditepinya.
Minyak Wangi Zayyan menusuk rongga hidung Aeris, wangi sungguh. Bau orang kaya!.
"Saya duduk belakang dengan Zafran lah" balas Aeris menunduk. Dia meramas tali begnya.
"Zafran tak boleh duduk belakang. Dekat belakang air cond tak rasa kuat sangat, bila Zafran tak kena air cond dia akan demam, kau nak ke anak aku demam? Kalau anak aku demam aku saman kau 1 juta ringgit" ujar Zayyan pada Aeris. Tangannya membuka pintu penumpang hadapan buat Aeris.
Tanpa banyak bunyi Aeris masuk juga. Perlahan lahan Zayyan menutup pintu penumpang hadapan dan dia senyum senget.
"Kau ada nak berhenti dekat mana mana je?" Tanya Zayyan sambil memandu. Sekejap matanya mengerling ke arah Aeris.
Aeris mengangguk perlahan.
"Ada. Nanti awak berhenti RnR Titiwangsa Perak, saya nak beli pau" kata Aeris pada Zayyan. Zayyan mengangguk dan dia menekan laju lagi
Sampai sahaja dia RnR Titiwangsa Perak. Aeris keluar bersama Zafran dan di ikuti Zayyan dari belakang menuju ke dalam kedai yang menjual berbagai jenis makanan dan minuman.
"Saya nak pau isi kelapa satu, isi coklat satu, isi ayam dan isi kentang" kata Aeris pada penjual pau itu.
"Banyak kau makan" tegur Zayyan pada Aeris.
"Kan lambat lagi nak sampai Kelantan, kalau saya sakit perut saya nak suruh papa saman awak 2 juta" kata Aeris pada Zayyan. Zayyan ketawa perlahan dengan ugutan comel dari Aeris.
"Semuanya 10 ringgit" kata penjual pau itu. Baru sahaja Aeris ingin menghulurkan wang ringgit 10 ringgit Zayyan terlebih dahulu menghulurkan 50 ringgit pada penjual pau itu.
"Simpan baki tu" kata Zayyan pada Penjual pau. Penjual pau tersenyum.
"Semoga rezeki abang berjalan dengan lancar dan juga semoga abang bahagia bersama isteri tercinta" kata Penjual pau itu pada Zayyan dan Aeris.
YOU ARE READING
Zayyan Ezradh
Actionslow update Her Obesession Husband series 2 (stand alone series) 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐝𝐡 - duda anak satu , dia mempunyai anak lelaki berumur tiga tahun dan bernama 𝐙𝐚𝐟𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐭𝐡𝐚𝐧. Lima tahun isterinya pergi meninggalkan mereka berdua d...