Bab 15

2.6K 139 7
                                    

AERIS MENANGIS DI DALAM PELUKAN  Puan Sri Elisa.

"Papa benci Aeris ke?" Tanya Aeris perlahan, Aeris memandang Tan Sri Uwais termenung seorang diri di bawah pokok.

"Tak lah, papa mungkin masih terkejut dengan pemergian nenek" balas Puan Sri Elisa. Dia cuba menyedapkan hati anak perempuannya ini.

Azrael datang menghampiri Puan Sri Elisa dan Aeris yang berada di dapur itu.

"Mama, Along nak pergi panggil orang kampung untuk tahlil ni" kata Azrael pada Puan Sri Elisa. Puan Sri Elisa menganggukkan kepala.

"Abang? Lisa ada simpan makanan untuk abang, pergilah makan" kata Puan Sri Elisa. Aeris menunduk kepala apabila perasaan akan kelibat Tan Sri Uwais yang berdiri di hadapan Puan Sri Elisa.

Tan Sri Uwais mendengus perlahan apabila melihat anak gadisnya masih takut dengannya.

"Aeris Karina, papa dah redha dengan pemergian nenek. Papa tak bencikan Karina pun" kata Tan Sri Uwais pada Aeris. Di tarik badan kecil Aeris lalu dipeluk dengan erat.

Kepala Aeris dikucup lembut.

"Pergilah mandi, nanti malam ni tolong mama siapkan makanan untuk orang yang datang tahlil" kata Tan Sri Uwais pada Aeris. Aeris mengangguk lalu dia berlari ke arah biliknya.

"Angah dan acik terlambat ke?" Tanya seorang jejaka di muka pintu, Mankala seorang lagi jejaka diam menahan sedih dengan kepergian nenek.

Asyraff Kayden dan Ayden Khalif. Abang kedua dan abang ketiga Karina.

Azrael menangguk.

"Korang pergi lah naik rehat, malam ni ada tahlil untuk arwah nenek" kata Azrael lalu dia keluar dari rumah.

Sofea Umyra baru sahaja keluar dari bilik.

"Abang Az dah keluar ke?" Tanya Sofea pada Puan Sri Elisa. Puan Sri Elisa tersenyum melihat menantunya.

"Dah, fea duduk la dulu mama nak naik solat asar" kata Puan Sri Elisa pada Sofea.

Puan Sri Elisa meninggalkan mereka bertiga di ruang dapur.

"Mana Eris? Rindu dengan dia, lama tak jumpa adik bongsu" kata Ayden. Sofea tertawa perlahan.

"Papa suruh dia naik mandi, kan ada majlis tahlil buat nenek" balas Sofea. Perlahan lahan dia bangkit dari kerusi lalu mengambil dua gelas air teh suam pada Asyraff dan Ayden.

"Terima kasih kakak ipar" ujar Ayden pada Sofea. Sofea mengangguk dan tersenyum

 Sofea mengangguk dan tersenyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas majlis tahlil....

Leka Aeris membasuh pinggan dan cawan yang sudah kotor itu tanpa sedar seorang lelaki berdiri di belakangnya.

"Aeris" panggil suara itu. Aeris memandang ke arah empunya suara.

"Abang yan" balas Aeris perlahan. Berbunga hatinya apabila melihat Zayyan yang segak berbaju Melayu berwarna merah.

Zayyan berjalan mendekati Aeris. Aeris perlahan mengundur sehingga dirinya bersandar pada dinding.

"Cantik, estas muy encantadora hoy" ujar Zayyan dalam bahasa Sepanyol. Aeris kelip mata cuba ingin memahami apa yang dikata oleh Zayyan.

Tapi sayang, dia tidak faham langsung apa yang di kata oleh Zayyan. Zayyan kutuk dia ke?

"Abang yan? Orang lain tengah tahlil dekat atas kenapa abang yan dekat sini?" Tanya Aeris, risau bila tetamu masuk ke dapur melihat dia berduaan dengan Zayyan.

Sudahlah semua lelaki berada di atas.

"Dahaga air, tak sangka pula kau ada dekat sini" kata Zayyan. Dia bergerak ke tepi untuk mengambil cawan lalu menuang air ke dalam gelas. Rakus

Tak berkelip mata Aeris melihat halkum Zayyan yang bergerak itu

"Kenapa tengok? Tergoda?" Tanya Zayyan dingin. Merah pipi Aeris apabila ditegur oleh Zayyan.

 Merah pipi Aeris apabila ditegur oleh Zayyan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Zayyan EzradhWhere stories live. Discover now