ZAYYAN SENYUM KECIL MELIHAT Aeris melantak pau di dalam kereta. Muncung mulut mulut dah macam itik, sesekali telinganya merah bila Aeris menyuap pau kepada Zafran. Zafran pula comel saja mengadap Aeris sambil mencubit pipi Aeris yang bulat itu .
Kalau dia nak suruh Aeris suapkan juga boleh tak?.
Dia tertarik sungguh dengan pipi Aeris. Makan sahaja mesti pipi itu akan jadi bulat, macam ikan buntal!. Comel, geram sahaja nak kunyah kunyah.
"Abang Zay nak ke?" Tanya Aeris lembut, pau yang masih belum digigit dihulur pada Zayyan. Zayyan mengumam perlahan.
"Aku nak makan macam mana kalau aku tengah memandu?" balas Zayyan. Dia mahu Aeris suap sebenarnya!.
"Kau suap lah aku" sambung Zayyan lagi. Dia senyum senget bila pipi Aeris bertukar warna merah.
Perlahan lahan tangan kecil Aeris mencubit Pau lalu di suap pada Zayyan, tanpa rasa malu Zayyan menyambut.
Matanya terpejam menikmati kelazatan pau yang masih panas itu, tambahan lagi bila disuap. Memang best lah kan?
ZAYYAN MEMBERHENTIKAN KERETA DI stesen minyak petron. Puas dia menunggu kehadiran Aeris di kereta dia membuat keputusan untuk menunggu di luar.
Tiga butang baju di atas terbuka,serta cermin mata prada digunakan untuk menghalang matahari yang cerah itu. Tangan disilang pada dada dan dia menyandarkan badan di kereta.
Mulut tidak berhenti menyiul.
"Mana lah budak buntal ni pergi, lama betul pergi tandas. Ni pergi tandas ke buat tandas" Bebel Zayyan.
5 minit kemudian...
Aeris datang bersama Zafran berserta plastik di tangan yang penuh dengan manisan dan asam.
Tercengang Zayyan melihat dua manusia di hadapannya ini.
"Oh kau orang lama lama kat stesen minyak ni rupanya pergi tawaf kedai ya? Aku bukan main lama tunggu dalam kereta" Bebel Zayyan. Dah macam bapak marah anak.
"Nak, tak baik marah anak kamu. Kesian mereka berdua tu" tegur mak cik penjual keropok.
Terkejut Zayyan dengan teguran mak cik tadi. Muka dia nampak tua sangat ke?
YOU ARE READING
Zayyan Ezradh
Actionslow update Her Obesession Husband series 2 (stand alone series) 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐝𝐡 - duda anak satu , dia mempunyai anak lelaki berumur tiga tahun dan bernama 𝐙𝐚𝐟𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐭𝐡𝐚𝐧. Lima tahun isterinya pergi meninggalkan mereka berdua d...